10/08/2026
โ๐จ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐
๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐
๐ ๐๐ ๐๐๐๐.โ - ๐ฏ๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
KUCHING, 8 Ogos 26 โ Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Kuching dengan kerjasama Pejabat Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching telah melaksanakan Sukan Awasan (Bola Jaring) di Padang Bola Jaring, SMK Tabuan Jaya yang merupakan acara ketujuh dalam siri Sukan Awasan selepas penganjuran beberapa acara sukan terdahulu.
Berlandaskan konsep Tiga Awasan, penganjuran pertandingan ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh semangat setiakawan, komunikasi dan kerjasama dalam kalangan warga PSTL Kuching dan PWTL Kuching. Selain meningkatkan kecergasan, aktiviti ini turut menyemai nilai kepimpinan, ketahanan diri dan kesukanan yang menjadi asas pembentukan warga ๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ข๐ท๐บ ๐๐ฆ๐ฐ๐ฑ๐ญ๐ฆ Kuching yang cergas dan berdaya saing.
Keputusan Sukan Awasan (Bola Jaring):
๐ฅAwasan Biru
๐ฅAwasan Putih
๐ฅAwasan Merah
Program Sukan Awasan ini membuktikan bahawa kekuatan pasukan terbina melalui kerjasama setiap individu. Semoga semangat kesukanan yang diterapkan terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, kecergasan dan kesiapsiagaan warga ๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ข๐ท๐บ ๐๐ฆ๐ฐ๐ฑ๐ญ๐ฆ Kuching dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi TLDM dan kedaulatan maritim negara.
Sumber | Artikel | Gambar : PR PWTL Kuching
Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pemerintahan Armada Timur
Kementerian Pertahanan Malaysia