Palapes Udara Unimas

Palapes Udara Unimas PALAPES Udara UNIMAS
Markas: Kolej Kenanga, UNIMAS
Kerjasama: Pangkalan Udara Kuching

Ucapan Selamat Aidiladha - Unit PALAPES Udara UNIMAS (7 Jun 2025 / 10 Zulhijjah 1446H)Assalamualaikum warahmatullahi wab...
07/06/2025

Ucapan Selamat Aidiladha - Unit PALAPES Udara UNIMAS (7 Jun 2025 / 10 Zulhijjah 1446H)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446H bersamaan 7 Jun 2025. Aidiladha adalah simbol ketakwaan, keikhlasan dan pengorbanan yang tidak ternilai, sebagaimana dicontohi oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Dalam semangat hari yang mulia ini, marilah kita perkuatkan keimanan serta memperbaharui tekad untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ingatlah bahawa “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153). Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan dan menjadikan kita insan yang lebih tabah, ikhlas dan berjiwa besar dalam menghadapi cabaran kehidupan. Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Unit PALAPES Udara UNIMAS.

Pada 7 Disember yang lalu, Lt Mohammad Aniq Aimannuddin Bin Abadi (TUDM) telah tampil memberikan sumbangan bantuan kepad...
16/12/2024

Pada 7 Disember yang lalu, Lt Mohammad Aniq Aimannuddin Bin Abadi (TUDM) telah tampil memberikan sumbangan bantuan kepada Pegawai Kadet Udara Mohamad Ghaffar Bin Jamil, seorang Pegawai Kadet Udara dari Peringkat Junior. Bantuan ini bukan sekadar bentuk sumbangan material, tetapi lebih kepada tanda keprihatinan, sokongan moral dan semangat kebersamaan yang sangat dihargai, terutamanya dalam kalangan unit PALAPES Udara UNIMAS yang sentiasa menjunjung nilai-nilai persaudaraan dan perpaduan.

Pegawai Kadet Udara Mohamad Ghaffar baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dan dalam detik-detik sukar ini, seluruh warga PALAPES Udara UNIMAS berdiri teguh di sisinya. Sumbangan ini diharapkan dapat memberi sedikit kekuatan dan ketenangan hati kepada beliau untuk terus tabah menghadapi cabaran kehidupan. Ini adalah bukti bahawa ikatan di kalangan kami bukan sekadar dalam latihan dan tugas, tetapi juga dalam menghadapi segala dugaan hidup.

Semoga Pegawai Kadet Udara Mohamad Ghaffar terus cekal dan dikelilingi dengan kasih sayang daripada keluarga serta sahabat. Sesungguhnya, kita adalah lebih kuat apabila bersatu.

Majlis Penghargaan Kapten Naimah binti Dun PSSTUDMPada 4 December 2024, Majlis Penghargaan Kapten Naimah binti Dun PSSTU...
15/12/2024

Majlis Penghargaan Kapten Naimah binti Dun PSSTUDM

Pada 4 December 2024, Majlis Penghargaan Kapten Naimah binti Dun PSSTUDM telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, Kolej Kenanga, UNIMAS.

Majlis ini adalah sempena penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala khidmat bakti, pengorbanan dan komitmen yang telah puan curahkan dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh puan memegang jawatan selaku Ajutan PALAPES Udara UNIMAS.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Terima kasih atas bimbingan dan kepimpinan yang puan berikan selama ini. Kami amat menghargai segala ilmu dan nasihat yang telah diberikan. Semoga puan dipanjangkan umur dan diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan.

Akhir sekali, seluruh warga PALAPES Udara UNIMAS sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan selamat maju jaya di tempat baharu kepada Kapten Naimah binti Dun PSSTUDM.

Naik pedati pergi bertapa
Meredah pepohon jalan beriringan
Jasa dan bakti tidak dilupa
Seribu tahun jadi kenangan.

12 & 13 OKTOBER 2024 | PERJUMPAAN PERTAMA DI PUSAT ISLAM TUN ABANG SALAHUDDIN PALAPES UDARA UNIMASPALAPES Udara Universi...
15/10/2024

12 & 13 OKTOBER 2024 | PERJUMPAAN PERTAMA DI PUSAT ISLAM TUN ABANG SALAHUDDIN PALAPES UDARA UNIMAS

PALAPES Udara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan perjumpaan pertama bagi bakal Junior Siri 19 di PITAS pada 12 dan 13 Oktober 2024.

Dalam perjumpaan tersebut, bakal junior telah diberikan taklimat terperinci mengenai tentatif aktiviti yang perlu mereka sertai sepanjang proses pemilihan.

Selain itu, aktiviti ini juga melibatkan tapisan awal yang termasuk ujian flatfoot, serta pengukuran tinggi dan berat bagi memastikan kesesuaian fizikal peserta.

Suasana perjumpaan diakhiri dengan sesi motivasi yang membangkitkan semangat bakal junior untuk terus berusaha dan berharap agar mereka diterima menyertai PALAPES Udara UNIMAS.

Tahniah diucapkan kepada Lt M Nazrul Syazwan Bin Mohd Nazeri diatas pertauliahan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat.Alum...
08/09/2024

Tahniah diucapkan kepada Lt M Nazrul Syazwan Bin Mohd Nazeri diatas pertauliahan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat.

Alumni PSSTUDM UNIMAS Siri-16.

Tahniah diucapkan kepada Lt M Nur Izzudin Bin Mohd Zin diatas pertauliahan Pegawai Muda Tentera Darat.Alumni PSSTUDM UNI...
08/09/2024

Tahniah diucapkan kepada Lt M Nur Izzudin Bin Mohd Zin diatas pertauliahan Pegawai Muda Tentera Darat.

Alumni PSSTUDM UNIMAS Siri-14.

Jadilah Sebahagian daripada Keluarga PALAPES Udara UNIMAS!Adakah anda berminat untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan ...
01/09/2024

Jadilah Sebahagian daripada Keluarga PALAPES Udara UNIMAS!

Adakah anda berminat untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan dan disiplin diri? Sertai PALAPES Udara UNIMAS peringkat junior siri 19/24!

Temui pengalaman yang tidak ternilai, pelajari tentang kerjasama, dan tingkatkan keyakinan diri anda.

Untuk menyertai kami, imbas kod QR di poster atas atau tekan link di bio akaun kami untuk mengisi borang penyertaan di Google Form. Serta, hubungi nombor-nombor di poster untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada legasi PALAPES Udara UNIMAS!

20 Mei 1024 | LATIHAN BERTERUSAN PALAPES UDARA UNIMASLatihan Berterusan PALAPES Udara UNIMAS telah pun dilaksanakan deng...
20/05/2024

20 Mei 1024 | LATIHAN BERTERUSAN PALAPES UDARA UNIMAS

Latihan Berterusan PALAPES Udara UNIMAS telah pun dilaksanakan dengan jayanya pada 04 Mei 24 hingga 10 Mei 24 yang lepas.

Latihan Berterusan PALAPES Udara UNIMAS bagi tahun 2024 telah melibatkan Pegawai Sukarela PSSTUDM dan Pegawai Kadet Udara bagi peringkat Intermediate dan Junior.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti latihan Tali Tinggi, Lawatan ke Pangkalan Udara Kuching, Aktiviti sukarelawan membersihkan Pantai, Karnival sukan dan yang terakhir Majlis Penutupan Latihan Berterusan bagi meraikan kejayaan menamatkan latihan dilaksanakan dengan jayanya.

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"

MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN KEM TAHUNAN PALAPES UDARA UNIMAS TAHUN 2024Kuching, 1 Apr 24 - Komander Pangkalan Udara Kuching...
02/04/2024

MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN KEM TAHUNAN PALAPES UDARA UNIMAS TAHUN 2024

Kuching, 1 Apr 24 - Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutupan Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara UNIMAS pada 10 Mac 24 bertempat di Hotel Penview, Kuching. Penglibatan latihan pada tahun 2024 melibatkan Pegawai Sukarela PSSTUDM, Pegawai Kadet Udara peringkat Intermediate dan Junior secara keseluruhan seramai 114 anggota.

Berikut adalah keputusan penuh bagi pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang Latihan Kem Tahunan berlangsung.

Pertandingan Kawad Kaki

Johan : Kompeni Bravo
Naib Johan : Kompeni Charlie
Ketua Platun Kawad Kaki Terbaik : PK Kpl Adzkia binti Riduansa

Pertandingan Menembak C**t M4

Johan : Kompeni Charlie
Naib Johan : Kompeni Bravo
Jaguh Menembak Pegawai Sukarela PSSTUDM : LtM Nur Dalilah Binti Romzee PSSTUDM
Jaguh Menembak Pegawai Kadet Lelaki : PK Kpl Muhammad Solehin bin Sharulizam
Jaguh Menembak Pegawai Kadet Wanita : PKU Fitri Ayu binti Ayub

Pertandingan Merentas Halangan

Johan : Kompeni Charlie
Naib Johan : Kompeni Bravo

Pertandingan Jalan Lasak 10KM

Johan : Kompeni Bravo
Naib Johan : Kompeni Alpha

Pertandingan Karnival Sukan

Johan : Kompeni Charlie
Naib Johan : Kompeni Bravo

Johan Keseluruhan
Kompeni Bravo

Turut hadir dalam majlis ini adalah Lt Naimah binti Dun PSSTUDM, Ajutan PALAPES Udara UNIMAS, pegawai - pegawai jemputan, barisan jurulatih bantuan dan jurulatih PALAPES Udara UNIMAS.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelatih kerana telah berjaya menamatkan latihan ini dengan jayanya.

Address

Universiti Malaysia Sarawak
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Palapes Udara Unimas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share