11/08/2026
๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ฃ๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ง ๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฉ๐๐๐๐ข๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐
Hari ini Pavilion Sarawak telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Dr. Mohd Haniff bin Hassan, Ketua Sekretariat MAHA 2026 bagi meninjau tahap kesiapsiagaan serta kemajuan persiapan tapak pameran di Laman-Lama serta Pavilion Negeri sempena MAHA 2026.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pn. Amilda Binti Abu Bakar, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan M-FICORD merangkap Ketua Urus Setia Pavilion Sarawak. Turut sama mengiringi sesi tinjauan ini adalah wakil-wakil daripada Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), SALCRA, dan SARIB.
Segala persiapan kini berada di fasa akhir bagi memastikan Pavilion Sarawak tampil serba lengkap, menarik, dan bersedia menyambut kedatangan para pengunjung!
MAHA 2026 akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026. Jumpa kitak di Pavilion Sarawak!