Armada Bersatu Sarawak

Armada Bersatu Sarawak Akaun Rasmi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak.

03/10/2025

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Saya amat memahami keresahan dan kegusaran yang sedang dirasai oleh ahli-ahli BERSATU berhubung dengan cabaran yang sedang kita hadapi.

Dalam suasana seperti ini, perkara paling penting ialah kita kekal bertenang, berdisiplin dan yakin bahawa segala isu akan diuruskan melalui saluran parti yang sah. Sebarang tindakan luar daripada saluran ini hanya akan melemahkan parti dan memberi ruang kepada musuh politik kita.

Saya menegaskan sekali lagi bahawa Lembaga Disiplin parti telah diberikan mandat penuh untuk menyiasat dan membuat keputusan dengan adil, telus dan berlandaskan Perlembagaan parti. Justeru, saya meminta semua ahli memberi ruang dan kepercayaan kepada proses ini berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Kita berada dalam perjuangan yang jauh lebih besar – memperkukuhkan BERSATU, memperkukuhkan Perikatan Nasional, dan membela kepentingan rakyat. Jangan sesekali kita biarkan cabaran dalaman mengalih perhatian kita daripada matlamat ini.

Saya menyeru seluruh ahli untuk terus berdiri teguh, saling menyokong dan menzahirkan kesetiaan kepada perjuangan parti. Saat inilah kita diuji, dan saya yakin dengan kesabaran serta disiplin, kita akan keluar daripada cabaran ini lebih kuat, lebih utuh dan lebih bersatu.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi BERSATU Malaysia
3 Oktober 2025

πŠπŽππ•π„ππ’π˜π„π 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔Konvensyen BERSATU hari ini telah diadakan dengan kehadiran pimpinan Bahagian dari seluruh negara.Konv...
14/07/2024

πŠπŽππ•π„ππ’π˜π„π 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔

Konvensyen BERSATU hari ini telah diadakan dengan kehadiran pimpinan Bahagian dari seluruh negara.

Konvensyen yang membawa tema Mendokong Idealisme, Memperkasa Kesatuan, Membina Kekuatan ini telah menyaksikan perasmian Idealisme Pejuangan BERSATU oleh Presiden BERSATU, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Idealisme Pejuangan BERSATU menyenaraikan 5 prinsip utama iaitu Insklusif, Sederhana, Demokratik, Integriti dan Prihatin sebagai pegangan dan amalan semua ahli BERSATU.

Dengan adanya Idealisme Pejuangan BERSATU, ia akan mengukuhkan jati diri, pegangan dan asas pejuangan ahli kearah kejayaan BERSATU.

πŒπ€π’πˆπ‡ 𝐀𝐃𝐀 π’πˆππ€π‘πŠπ€π‡ 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐.𝟎?1. Semalam mewakili Parti Pribumi BERSATU Malaysia dan Perikatan Nasional sa...
14/07/2024

πŒπ€π’πˆπ‡ 𝐀𝐃𝐀 π’πˆππ€π‘πŠπ€π‡ 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐.𝟎?

1. Semalam mewakili Parti Pribumi BERSATU Malaysia dan Perikatan Nasional saya dijemput berdialog bersama golongan profesional graduan dan alumni universiti-universiti Australia anjuran UNSW Alumni Malaysia Announcements. Tajuk forum ialah β€œNew Malaysia 2.0: From Reimagination to Reality”.

2. Selain daripada dua ahli akademik prolifik Dr. Bridget Welsh, Dr. Lee Hwok Aun dan pengasas Malaysiakini - sdr. Premesh Chandran, saya telah digandingkan dengan senior Universiti Teknologi Petronas - Main Page (UTP) saya - YB Yeo Bee Yin, ahli parlimen Puchong (DAP).

3. Kami berdua graduan daripada program yang sama - Bachelor of Engineering (Chemical). Beliau memang hebat dari segi akademik - first class. Ketika kami di UTP saya mahasiswa tahun 1 manakala beliau sudah berada di tahun akhir pengajian.

4. Ketika itu (tahun 2006) saya baru selesai tamrin Jemaah Islam Kampus (JIK) PAS. Yang bawa masuk saya ke dalam JIK PAS ketika itu ialah ahli parlimen Jerantut, super senior UTP saya - YB Ir. Khairil Nizam Khirudin (beliau graduan program Mechanical Engineering).

5. YB Yeo Bee Yin masuk DAP selepas beliau menjadi Gates Scholar di University of Cambridge - salah seorang lagi ialah Dr. Ong Kian Ming. Mereka berdua dikader oleh Tony Pua.

6. Dalam forum semalam saya dapat banyak pandangan dan komen menarik (lihat dalam gambar) daripada warga profesional khususnya dari kalangan bukan Melayu.

7. Saya jelaskan Malaysia Baru 2.0 yang mereka harapkan telah punah. Rakyat di bawah khususnya orang Melayu lebih bernolstagia dengan Malaysia yang lama: pertumbuhan ekonomi dan politik yang stabil. Kekecewaan mereka dapat dirasai bila kerajaan Madani gagal menguruskan β€œekonomi rakyat” dengan baik. Ianya menjadi lebih parah apabila PH sudah tidak lagi jujur dalam menjalankan reformasi yang mereka laung-laungkan selama ini. Perlanggaran hak asasi manusia dan prinsip demokrasi semakin menjadi-jadi di bawah kerajaan Madani. Semua ini menyebakan harapan Malaysia Baharu 2.0 semakin terhakis.

8. Sebagai pembangkang berwibawa saya tegaskan BERSATU, PAS dan PN akan terus bergerak ke titik tengah dalam spektrum jalur politik. Kami sedar undi Melayu yang kami miliki sudah capai tahap yang tepu. Untuk maju ke depan, kami perlu menjadi pembangkang yang berpolisi dan berisi untuk semua rakyat Malaysia sebagai calon β€œgovernment in waiting”.

9. Penerangan ringkas saya semalam mendapat sambutan yang baik daripada warga profesional khususnya dari kalangan bukan Melayu. Mereka kini berminat dan mahu berjinak-jinak mengenali BERSATU, PAS dan PN dengan lebih dekat.

10. Dengan trajektori politik terkini, kami yakin PRU16 bakal milik PN lebih-lebih lagi kepimpinan BERSATU dan PAS telah jalani proses konsolidisasi yang akan menguatkan lagi PN.

𝐘𝐁 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ π…π€π˜π‡π’π€π‹
Ahli Parlimen Machang
Ketua ARMADA BERSATU Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional

π€π‡π‹πˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ”πŠπˆπ“ 𝐆𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 π“π„π‘πˆπŒπ€ π‡π€πŠπˆπŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ†πŠπ€π πŠπ„π‘π”π’πˆ Saya begitu kagum dengan usaha Ahli Parlimen Bukit...
14/06/2024

π€π‡π‹πˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π ππ”πŠπˆπ“ 𝐆𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 π“π„π‘πˆπŒπ€ π‡π€πŠπˆπŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ†πŠπ€π πŠπ„π‘π”π’πˆ

Saya begitu kagum dengan usaha Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Dato' Syed Abu Hussin menumpukan masa dan tenaga untuk menyiapkan kenyataan akhbar 14 perenggan menjustifikasikan status kedudukan keahlian parti dan parlimen beliau.

Tapi, usaha ini sia-sia kerana semuanya boleh disanggah dengan satu infografik yang telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) seperti yang tertera dalam laman webnya (rujuk pautan dibawah).

Pautan :https://www.bheuu.gov.my/pdf/Penerbitan/INFOGRAFIK%20AKTA%20ANTI%20LOMPAT%20PARTI.pdf

Cadangan saya, Ahli Parlimen Bukit Gantang boleh rujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) atau mungkin Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendapat pandangan yang lebih arif.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang. Mungkin kerjaya perniagaan ikan dan beras lebih sesuai untuk beliau. Boleh bantu lebih ramai rakyat.

𝐘𝐁 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ π…π€π˜π‡π’π€π‹ 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ πŠπ€πŒπ€π‹
Ahli Parlimen Machang

ππ„ππ˜π€π’π€π‘π€π π’π”ππ’πˆπƒπˆ 𝐀𝐋𝐀 πŒπ€πƒπ€ππˆ π“π„πŒππ€ππ†, 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ€ππ†π’π€πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“!1. ARMADA BERSATU Malaysia mengikut rapat pengumuman dasa...
10/06/2024

ππ„ππ˜π€π’π€π‘π€π π’π”ππ’πˆπƒπˆ 𝐀𝐋𝐀 πŒπ€πƒπ€ππˆ π“π„πŒππ€ππ†, 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ€ππ†π’π€πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“!

1. ARMADA BERSATU Malaysia mengikut rapat pengumuman dasar oleh kerajaan yang menaikkan harga diesel bermula 10 Jun 2024. Rata-rata rakyat sudah mula mencongak nasib mereka jika harga petrol juga sama dinaikkan. Jika diunjurkan apa yang kerajaan buat dalam dasar diesel kepada dasar petrol akan datang, kita akan hadapi masa depan yang perit.

2. Kerajaan memperkenalkan Sistem Kawalan Diesel Subsidi yang membolehkan kenderaan tertentu membeli minyak pada harga murah tetapi sebahagian besar kenderaan lain terpaksa membeli pada harga mahal.

3. Kerajaan mengambil jalan penyelesaian separuh masak dengan Bantuan BUDI Madani iaitu pemberian tunai RM200 kepada pengguna diesel yang layak. Reaksi daripada pengguna kenderaan diesel rata-rata yakin jumlah itu tidak mencukupi.

4. Kerajaan mungkin menganggap sesetengah industri logistik sebagai ibu kepada segala kos. Kononnya, apabila sesetengah kenderaan mendapat minyak murah, maka harga semua barang tidak naik. Tetapi dalam dunia sebenar, semua industri umumnya ada pengangkutan barang sendiri. Dasar subsidi untuk kenderaan terpilih menjejaskan tabiat operasi semua industri. Kerajaan seolah-olah memaksa para peniaga mengubah sistem mereka secara tiba-tiba.

5. ARMADA BERSATU Malaysia yakin jika dasar sebegini dibuat dalam harga petrol, malapetaka besar akan menimpa rakyat. Petrol bukan sahaja untuk peniaga malah untuk seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairan jika rakyat kelak terpaksa mengubah tabiat berbelanja secara tiba-tiba.

6. Sebelum ini, Perdana Menteri seolah-olah mahu berperang dengan golongan maha kaya. Menteri Ekonomi p**a ada formula untuk golongan bawahan. Kita tidak lihat "falsafah" atau "mekanisme" tersebut dalam dasar diesel. Barangkali Perdana Menteri berfikiran pemilik syarikat logistik bukan maha kaya.

7. Jika golongan maha kaya pemilik firma logistik mengalami kenaikan kos minyak, hanya keuntungan mereka yang akan berkurangan yang tidak membawa mereka kepada gulung tikar. Sudah pasti menjadi kesalahan kepada syarikat logistik jika mereka memindahkan kenaikan kos kepada kilang walhal disebabkan oleh kurang efisien dalam operasi mereka.

8. ARMADA BERSATU Malaysia menggesa agar kerajaan mengkaji semula mekanisme terhadap Sistem Kawalan Diesel Subsidi kerana ianya semakin membebankan rakyat akibat kos sara hidup yang akan meningkat. Ini jelas menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dengan memperkenalkan sistem PADU dan sekarang p**a BUDI Madani yang jelas tidak efisien. Kerajaan harus lebih prihatin dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang rata-ratanya melihat ianya tidak mencukupi dan tidak berpatutan. Jangan mangsakan rakyat hanya kerana pelaksanaan dasar Madani yang separuh masak dan tempang!

𝐘𝐁 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ π…π€π˜π‡π’π€π‹ 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ πŠπ€πŒπ€π‹
Ahli Parlimen Machang
Ketua Armada BERSATU Malaysia

KENYATAAN MEDIA1. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada Jum...
08/06/2024

KENYATAAN MEDIA

1. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada Jumaat, 7 Jun 2024, yang dipengerusikan Presiden, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

2. Majlis Pimpinan Tertinggi mematuhi ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas BERSATU pada 25 November 2023 yang sebulat suara memutuskan bahawa YB Tan Sri Muhyiddin kekal sebagai Presiden bagi pemilihan akan datang.

3. BERSATU juga kekal mengikut Perlembagaan parti bagi pertandingan untuk jawatan-jawatan lain, dengan calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan Oktober ini perlu memohon kepada Majlis Pimpinan Tertinggi selari dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan BERSATU.

4. Parti turut melantik YB Datuk Dr. Radzi Jidin serta Tuan Abdullah Omar Bledram sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Putrajaya dan Ketua Bahagian (Penaja) Labuan yang baharu.

5. Status tujuh wakil rakyat yang berpaling tadah juga telah diputuskan dan Majlis Pimpinan Tertinggi mengarahkan Setiausaha Agung untuk membuat tindakan susulan.

6. Pada masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan banyak perkara melibatkan situasi terkini ekonomi negara, beban kos sara hidup rakyat yang tiada penyelesaian, isu penyasaran subsidi bahan api oleh kerajaan serta senario semasa politik negara yang meresahkan.

7. Selain itu, mesyuarat turut memutuskan tarikh-tarikh persidangan seperti berikut:

- Cawangan (20 Julai – 31 Ogos 2024)
- Bahagian (12 – 26 Oktober 2024)
- Perhimpunan Agung Sayap Bersekutu dan Srikandi Muda (28 November 2024)
- Perhimpunan Agung Sayap Armada dan Srikandi (29 November 2024)
- Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU (30 November – 1 Disember 2024)

DATO' SERI HAMZAH ZAINUDIN
SETIAUSAHA AGUNG
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
8 Jun 2024, Kuala Lumpur

Saya minta maaf kepada semua guru-guru di Machang kerana tidak dapat meraikan Hari Guru di sekolah-sekolah hari ini. Ara...
17/05/2024

Saya minta maaf kepada semua guru-guru di Machang kerana tidak dapat meraikan Hari Guru di sekolah-sekolah hari ini.

Arahan daripada KP Kementerian Pendidikan Malaysia ini jelas dianggap kami ini seperti penjenayah, β€œpersona non grata”. Maklumlah hanya penjenayah saja yang tak layak masuk sekolah.

Tapi saya percaya arahan ini berpunca daripada sikap dan pendirian Menteri Pendidikan itu sendiri. Pegawai kerajaan ini hanya menurut perintah.

Ahli-ahli parlimen pembangkang bukan cikai dari segi kelulusan. Kami boleh bantu sekolah-sekolah di bawah parlimen kami kalau diberikan ruang dan peluang. Bukan untuk berpolitik tapi membangun anak bangsa.

Tapi inilah tatakelola Malaysia Madani - apa yang dahulu ditentang kini mereka buat lebih dahsyat berbanding musuh politik yang mereka lawan.

Padanlah pendidikan kita semakin menjunam πŸ€¦β€β™‚οΈ

Selamat Hari Guru!

Haritu pasal keputusan Lembaga Pengampunan DS Najib Razak, akhbar The Strait Times di Singapura ini yang tahu dan lapor ...
05/05/2024

Haritu pasal keputusan Lembaga Pengampunan DS Najib Razak, akhbar The Strait Times di Singapura ini yang tahu dan lapor dulu (terbukti benar). Kini akhbar yang sama dedahkan bahawa subsidi minyak - diesel dan petroleum - akan dipotong oleh kerajaan selepas Raya Haji.

Kalau ini fitnah, sila saman. Bloomberg pasal kasino pun belum disaman.

Pertahankan maruah kerajaan agar tidak dibuli media asing!

05/05/2024

πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππŽπ‡πŽππ† 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ππ€πˆπŠπ€π 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆, π‘π€πŠπ˜π€π“ 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πŒπ„π‘π€ππ€!

Menteri Komunikasi jangan auta! Penaikan 13% gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lah yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia. Sebaliknya pada tahun 2007, mantan Perdana Menteri pada ketika itu telah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 35%. Jangan kamu ingat penjawat awam yang bergred rendah bukan penjawat awam! Jangan lah kamu ingin menegakkan benang yang basah!

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat fakta dan realiti yang sebenar ekonomi rakyat di bawah. Rakyat mengalami kenaikan harga barang. Ini disebabkan cukai-cukai baharu yang dikenakan kepada rakyat dan kenaikan tarif air dan elektrik. Mengikut laporan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) jelas menunjukkan kos pengeluaran barang di Malaysia semakin meningkat. Perdana Menteri boleh salahkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) kerana salah lapor jika perkara ini tidak benar.

Kenaikan tangga gaji ini adalah berita yang tidak pasti lagi kerana ianya hanya akan dilaksana jikalau Belanjawan 2025 diluluskan. Walhal, yang pasti adalah harga barang terus meningkat! Cukai-cukai baru yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak menaikkan harga barang dan tidak membebankan rakyat? Inilah satu lagi pembohongan kerajaan pada harini!

𝐘𝐁 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ π…π€π˜π‡π’π€π‹ 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ πŠπ€πŒπ€π‹
Ahli Parlimen Machang
Timbalan Pemuda Perikatan Nasional

πŸ“Ή Malaysian Gazette

30/03/2024

π‡π„ππ“πˆπŠπ€π ππ‘πŽπ•πŽπŠπ€π’πˆ πŒπ„π‹π€πŒππ€π” πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐊 πŒπ€π‘π“! 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ„π‹π€πŒππ€π”πˆ 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒 π€π†π€πŒπ€!

Umara’ khususnya DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sudah bertitah - hentikan sebarang provokasi yang boleh bawa perpecahan antara kaum dan agama! Siasatan dan proses keadilan sedang berjalan - serahkan semuanya kepada Pihak Berkuasa yang Bertanggungjawab memelihara kesucian Agama Islam dan Keharmonian Kaum dan Agama di negara ini.

Jangan melampaui batas dalam bertindak kerana jelas perbuatan membakar, merosakkan harta benda tidak kira milik sesiapa pun termasuk hak milik perniagaan orang bukan Islam yang merupakan warganegara sah di Malaysia jelas bertentangan dengan ajaran Allah dan Baginda Rasul ο·Ί.

Armada Bersatu Malaysia dan Pemuda Perikatan Nasional memberi amaran kepada mana-mana kump**an ekstremis jangan kami tiup api perpecahan antara kaum dan agama kerana kami akan pertahankan hak semua rakyat Malaysia seperti mana yang diajar oleh Baginda Rasulullah ο·Ί dalam hukum Perundangan Islam!

𝐘𝐁 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ π…π€π˜π‡π’π€π‹ 𝐖𝐀𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ πŠπ€πŒπ€π‹
Ketua ARMADA BERSATU Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional

30/03/2024

ARMADA BERSATU Malaysia mahu Polis dan Kementerian Dalam Negeri guna Subseksyen 4(5) Akta SOSMA (2012) untuk siasat dan tangkap semua tali barut ejen perisik I$r@el ini! DAP dan sekutu jangan halang pihak polis buat kerja macam kamu halang dalam parlimen sewaktu kerajaan ingin lanjutkan Subseksyen 4(5) pada 2022!

Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Armada Bersatu Sarawak:

Share