17/03/2025
Kompleks Sultan Abu Bakar, 17 Mac 2025 - Pada Jam 0715Hrs ,berlaku kebakaran kereta di laluan selepas Tol Tanjung Kupang menghala ke Singapura.
Ketika anggota Trafik KSAB sedang bertugas kawalan statik di laluan motorsikal dan kenderaan berat di arah Keluar Malaysia di Kompleks Sultan Abu Bakar para petugas dikejutkan dengan insiden sebuah M/kar secara tiba-tiba mengeluarkan asap tebal dan terbakar di lorong
Anggota dari Balai Polis KSAB telah cuba memberikan bantuan memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api namun tidak berjaya.
Kawalan lalulintas diberikan agar aliran trafik tidak bertambah sesak dan bergerak lancar.
Anggota Bomba telah tiba di tempat kejadian dan kebakaran kenderaan tersebut berjaya dipadamkan dan tiada yang cedera hanya pemilik kenderaan mengalami kemalangan jiwa.