Land Custody and Development Authority - LCDA

Land Custody and Development Authority - LCDA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Land Custody and Development Authority - LCDA, Government Organization, Level 18, 19, 20, 21, & 22, , Tower 2, Hikmah Exchange, , Jalan Haji Taha, Kuching.

MISI
Kami melaksanakan projek pembangunan tanah di seluruh Sarawak bagi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti secara mampan sambil mencapai keuntungan organisasi dan mencipta nilai untuk para pemegang taruh kami.

16/08/2026
16/08/2026

πŸŽ“ YOUR RESEARCH DESERVES TO BE SEEN. YOUR IDEAS DESERVE TO BE HEARD.

Have you conducted research, developed a project, or have an idea that can contribute to a more sustainable and socially responsible future?

Here’s your chance to showcase it at SIAC 2026! 🌏✨

πŸ† SIAC 2026 POSTER COMPETITION is now open for submissions!

Whether you’re an undergraduate, postgraduate researcher, professional, practitioner or independent contributor, share your work and compete for prizes of up to:

πŸ₯‡ RM3,000 – Open Category
πŸ₯‡ RM1,500 – Postgraduate Category
πŸ₯‡ RM1,000 – Undergraduate Category

πŸ’° Total prizes + consolation prizes available!
πŸ“œ All participants will receive an e-certificate.

πŸ“Œ Focus areas include:
🌱 Social Impact Assessment
🌿 Sustainability Assessment
🀝 Stakeholder Engagement
🏘️ Community Development
🌍 Social Sustainability
πŸ“Š Social Risk Management
…and more!

πŸ“… 23–25 November 2026
πŸ“ Pullman Hotel, Kuching, Sarawak

✨ Theme: Emerging Voices, Shared Futures: Advancing Social Impact Assessment

Don’t just keep your research on paper β€” put your ideas in the spotlight!

πŸ‘‰ Submit your poster and be part of the SIAC 2026.

πŸ“© [email protected]

Jointly Organised by: Land Custody and Development Authority - LCDA with Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR)
In Collaboration with PLANMalaysia and Malaysian Association of Social Impact Assessment
Supported by BESarawak

🌾 HARVESTING CEREMONY OF THE PERENNIAL RICE PILOT PROJECT 🌾Miri, 6 Ogos 2026 – YBhg. Datu Sr Haji Zaidi bin Haji Mahdi, ...
06/08/2026

🌾 HARVESTING CEREMONY OF THE PERENNIAL RICE PILOT PROJECT 🌾

Miri, 6 Ogos 2026 – YBhg. Datu Sr Haji Zaidi bin Haji Mahdi, Pengurus Besar LCDA, telah menghadiri Harvesting Ceremony of The Perennial Rice Pilot Project yang berlangsung di Kuala Baram, Miri.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak serta dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam pelaksanaan projek rintis yang memperkenalkan teknologi penanaman padi perennial sebagai pendekatan inovatif dalam sektor pertanian.

Kehadiran LCDA pada majlis ini mencerminkan sokongan terhadap inisiatif yang menggalakkan inovasi, pembangunan sektor pertanian serta kerjasama strategik antara pelbagai pihak ke arah pembangunan yang mampan di Sarawak.

04/08/2026
Kuching, 31 Julai 2026- Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) telah mengadakan Program Solat Maghrib dan Isyak ...
31/07/2026

Kuching, 31 Julai 2026- Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) telah mengadakan Program Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah, Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat sempena perpindahan ke pejabat baharu LCDA di Hikmah Exchange.

Program ini diadakan sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, rahmat dan petunjuk Allah SWT agar segala urusan, amanah dan tanggungjawab yang dilaksanakan di pejabat baharu sentiasa dipermudahkan dan diberkati.

Semoga perpindahan ini menjadi satu permulaan yang baik dalam memperkukuh komitmen LCDA untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

Diharapkan agar seluruh warga LCDA terus dikurniakan kekuatan, kesatuan dan iltizam dalam melaksanakan amanah demi pembangunan negeri Sarawak.

Kuching, 31 Julai 2026 – Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) hari ini telah menyampaikan sumbangan kepada man...
31/07/2026

Kuching, 31 Julai 2026 – Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) hari ini telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Tabuan Hilir sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang terjejas.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat LCDA, Encik Saiful Bahari Amra Ramly.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa dalam menghadapi dugaan serta menyokong proses pemulihan mereka.

LCDA sentiasa komited dalam menyantuni masyarakat dan berharap semua mangsa terus diberi kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan. Semoga mereka dapat kembali membina kehidupan yang lebih baik bersama keluarga.

Turut hadir ialah penghulu Kampung Tabuan Melayu, Encik Hamzah Haji Dollah dan ketua kampung Tabuan Hilir, Encik Darus Muhamad.

29/07/2026

β›³ LCDA 45th Sapphire Anniversary Golf Invitational Tournament

Sekitar kemeriahan Program Golf LCDA sempena sambutan ulangtahun ke-45 LCDA pada tahun 2026 ini yang menghimpunkan warga kerja dan rakan strategik dalam suasana santai, sekali gus mengeratkan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT LCDA KE LOKASI BAHARU BERKUAT KUASA 31 JULAI 2026Dimaklumkan bahawa pejabat Lembaga Pemba...
28/07/2026

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT LCDA KE LOKASI BAHARU BERKUAT KUASA 31 JULAI 2026

Dimaklumkan bahawa pejabat Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) bersama anak-anak syarikatnya telah berpindah ke lokasi baharu seperti berikut:

πŸ“ Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Level 18, 19, 20, 21 & 22 Menara 2, Hikmah Exchange Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak.

Sehubungan itu, semua urusan rasmi termasuk surat-menyurat serta penghantaran dokumen hendaklah menggunakan alamat baharu tersebut berkuat kuasa mulai 31 Julai 2026.

Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Jom Singgah ke Booth LCDA di Agrofest Serian! 🌱🍍SERIAN, 24 Julai 2026 - Terokai pelbagai hasil pertanian premium keluara...
24/07/2026

Jom Singgah ke Booth LCDA di Agrofest Serian! 🌱🍍

SERIAN, 24 Julai 2026 - Terokai pelbagai hasil pertanian premium keluaran LCDA termasuk Nanas MD2, Halia Bentong fertigasi serta produk nilai tambah yang berkualiti tinggi. Dapatkan peluang melihat sendiri bagaimana inovasi dan teknologi moden membantu menghasilkan produk tempatan yang berdaya saing serta menyokong pembangunan sektor agromakanan Sarawak.

Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan pasukan kami, mendapatkan maklumat tentang inisiatif pertanian LCDA serta merasai sendiri produk yang dipamerkan. Singgah ke Booth LCDA dan bersama-sama menyokong pertanian moden, keterjaminan makanan serta masa depan industri agromakanan Sarawak. Kami menantikan kehadiran anda!

Address

Level 18, 19, 20, 21, & 22, , Tower 2, Hikmah Exchange, , Jalan Haji Taha
Kuching
93400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Land Custody and Development Authority - LCDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share