Bahagian PK KDN Sarawak

Bahagian PK KDN Sarawak Public & government service

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan 4 Akta iaitu Akta Agensi Persendirian 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 & Akta Penapisan Filem 2002

25/08/2026

✨ DI SEBALIK LENSA | MAULIDUR RASUL 1448H ✨

Sekilas momen penuh kemeriahan dan kebersamaan Sambutan Maulidur Rasul 1448H hari ini bersama Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN Sarawak dan warga Kampung Moyan Laut, Asajaya

Indahnya ukhuwah apabila bersama-sama menghayati, berselawat dan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ﷺ

Terima kasih warga Kampung Moyan Laut atas sambutan yang begitu meriah dan penuh mesra dan sokongan diberikan untuk menjayakan program Bahagian PK KDN Negeri Sarawak.

25/08/2026

•SEKILAS DARI RERUAI PAMERAN BAHAGIAN PK KDN SARAWAK HARI INI•

SOALAN : APA YANG ADA DI PAMERAN BAHAGIAN PK KDN SARAWAK HARI INI?

Ini antara informasi, bahan penerangan dan perkongsian yang dibawakan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Negeri Sarawak kepada para pengunjung yang datang hari ini.

•MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H•BAHAGIAN PK KDN SARAWAK BERSAMA KOMUNITI MOYAN LAUT, ASAJAYA25 Ogos 2026 | Masjid ...
25/08/2026

•MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H•
BAHAGIAN PK KDN SARAWAK BERSAMA KOMUNITI MOYAN LAUT, ASAJAYA

25 Ogos 2026 | Masjid Darul Naim, Kampung Moyan Laut, Asajaya

25 Ogos 2026 menjadi satu tarikh yang bermakna apabila Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) turut bersama-sama warga Kampung Moyan Laut, Asajaya dalam pengisian sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M.

Penglibatan ini bukan sekadar melalui pameran dan hebahan berkaitan akta-akta di bawah seliaan PK KDN, malah turut disemarakkan dengan pelaksanaan Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) sebagai satu usaha mendekati masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memiliki dan menggunakan Al-Quran yang mempunyai kelulusan dan perakuan KDN.

Melalui pameran yang diadakan, masyarakat berpeluang mendapatkan penerangan secara langsung mengenai pelbagai akta di bawah seliaan Bahagian PK KDN, termasuk contoh Al-Quran yang mempunyai kelulusan dan yang tiada kelulusan, serta kesalahan-kesalahan yang berkaitan.

Manakala sambutan terhadap Program Jom Exchange Al-Quran ini p**a amat menggalakkan daripada seluruh pengunjung yang hadir untuk menukarkan Al-Quran mereka.

Lebih menceriakan suasana sambutan, Bahagian PK KDN Sarawak turut menyumbang cenderahati bagi penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak, sebagai tanda sokongan terhadap penglibatan generasi muda dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta seluruh warga Kampung Moyan Laut, Asajaya atas kerjasama, sokongan dan sambutan yang cukup padu.

Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi menjadi ruang untuk kita menghidupkan kembali nilai kasih sayang, ilmu, ukhuwah dan kecintaan kepada Al-Quran dalam kehidupan dan Bahagian ini amat berbesar hati dapat bersama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.





🌙✨ JOM HADIR & MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) kini tiba di daerah Asajaya "...
24/08/2026

🌙✨ JOM HADIR & MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) kini tiba di daerah Asajaya

"SAVE THE DETAIL" :
📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
🕢 7.30 Pagi
📍 Masjid Darul Naim, Kampung Moyan Laut, Asajaya

Juh seluruh warga Kampung Moyan Laut, Asajaya dan kawasan sekitar , bersama-sama kita memeriahkan program JEQ anjuran reruai Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Negeri Sarawak Kementerian Dalam Negeri bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H yang penuh dengan pengisian rohani, aktiviti menarik serta suasana ukhuwah dan kebersamaan.

Satu (1) Al-Quran terhad kepada satu penama dan sila bawa Al-Quran lusuh, rosak dan tiada perakuan KDN ke reruai kami esok. Wara-warakan program ini kepada ahli keluarga dan rukun tetangga anda.

Marilah kita bersama-sama menyambut sambutan Maulidur Rasul ini dengan memperkukuhkan ukhuwah dan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam program JEQ yang dinanti-nantikan ini!

Jumpa anda disinun...





21 OGOS 2026🌷 SEINDAH KENANGAN, SETULUS PENGHARGAAN 🌷•MAJLIS PERPISAHAN BUAT PUAN YM RAJA NORAMIRA BINTI RAJA MOHD NASRU...
22/08/2026

21 OGOS 2026
🌷 SEINDAH KENANGAN, SETULUS PENGHARGAAN 🌷
•MAJLIS PERPISAHAN BUAT PUAN YM RAJA NORAMIRA BINTI RAJA MOHD NASRUNDIN DAN PUAN NEN HAIZATUL AKMAR BINTI NENYAI•

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu majlis penghargaan buat Puan YM Raja Noramira dan Puan Nen Haizatul sebagai tanda mengenang jasa, menghargai komitmen serta segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Bahagian PK KDN Negeri Sarawak.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Atom anak Peter, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Negeri Sarawak, bersama para pegawai kanan serta seluruh warga Bahagian PK KDN Negeri Sarawak bagi bersama-sama meraikan kedua-dua warga yang bakal melangkah ke tempat bertugas yang baharu.

💐 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-duanya di atas penempatan baru serta amanah baharu yang bakal dipikul. Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang bersama Bahagian PK KDN Negeri Sarawak menjadi bekalan berharga dalam meneruskan tugas dan tanggungjawab di tempat baharu.

Selamat maju jaya di tempat baharu, semoga terus cemerlang dalam kerjaya, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberikan kekuatan serta kejayaan dalam melaksanakan setiap amanah.

🤍 Terima kasih atas segala jasa dan bakti dan segala kenangan bersama akan sentiasa dihargai.

Daripada seluruh warga
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak
Kementerian Dalam Negeri

SEMARAK KASIH MADANI, SEMARAK KESEDARAN: BAHAGIAN PK KDN NEGERI SARAWAK DEKATI MASYARAKAT MELALUI JEQ & PAMERAN AKTA📍Sem...
20/08/2026

SEMARAK KASIH MADANI, SEMARAK KESEDARAN: BAHAGIAN PK KDN NEGERI SARAWAK DEKATI MASYARAKAT MELALUI JEQ & PAMERAN AKTA

📍Sematan, Sarawak | 20 Ogos 2026

Walaupun Sarawak diuji dengan keadaan jerebu agak tinggi hari ini, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) KDN Negeri Sarawak tetap komited dan terus memperkukuh pendekatan penguatkuasaan berasaskan komuniti menerusi penyertaan dalam Majlis Perasmian Program Semarak Kasih Madani Daerah Kecil Sematan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat, Kampung Tanah Hitam, Sematan, Sarawak.

Dalam program ini, Bahagian PK KDN Negeri Sarawak telah melaksanakan dua inisiatif utama iaitu Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) – Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Kelulusan serta Pameran Berkaitan Akta di bawah seliaan Bahagian PK KDN.

📖 JOM EXCHANGE AL-QURAN (JEQ)
Melalui kaunter JEQ, orang awam diberi peluang untuk menukar naskhah Al-Quran yang rosak, lusuh atau tidak mempunyai kelulusan KDN kepada naskhah Al-Quran baharu yang mempunyai kelulusan KDN.

📚 PAMERAN & PENDIDIKAN KEPADA MASYARAKAT
Selain itu, pameran Bahagian PK KDN Negeri Sarawak turut menjadi medium untuk memberikan penerangan kepada pengunjung berkaitan kepentingan memastikan Al-Quran yang dibeli mempunyai kelulusan dan perakuan KDN, di samping memperkenalkan contoh naskhah yang mempunyai kelulusan serta yang tidak mempunyai kelulusan.

Orang awam turut diberikan penerangan berkaitan pelbagai jenis kesalahan di bawah akta yang berkaitan dengan fungsi PK KDN, sekali gus meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai aspek pematuhan perundangan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta kepada seluruh masyarakat Sematan atas sambutan dan kerjasama yang diberikan.



i

SESI PERKONGSIAN ILMU : PROGRAM TAKLIMAT ASAS PENGUATKUASAAN KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA BAHARU•AKTA AMCP 1984 & LMC•Ba...
18/08/2026

SESI PERKONGSIAN ILMU : PROGRAM TAKLIMAT ASAS PENGUATKUASAAN KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA BAHARU
•AKTA AMCP 1984 & LMC•

Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Taklimat Asas Penguatkuasaan kepada Anggota Baharu yang memberi pendedahan dan pemahaman asas berkaitan Akta AMCP 1984 dan LMC.

📌 BUTIRAN PROGRAM
18 OGOS 2026 | SELASA
🕑 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
📍 RUAI KENYALANG

Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh pengetahuan, kefahaman serta kesiapsiagaan pegawai penguat kuasa baharu dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas penguatkuasaan dengan lebih berkesan, profesional dan berintegriti dibawah AMCP 1984 dan LMC.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Suhaili bin Siam dan En. Aloysious Malius di atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta memberikan penerangan yang bermanfaat kepada para pegawai penguat kuasa baharu.

18/08/2026

⏳ COUNTDOWN 2 HARI LAGI!

WARGA SEMATAN, JOM EXCHANGE AL-QURAN!

📅 20 OGOS 2026 (KHAMIS)
⏰ 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
📍 DEWAN MASYARAKAT, KAMPUNG TANAH HITAM, SEMATAN, SARAWAK

Bersempena Majlis Perasmian Program Semarak Kasih Madani Daerah Kecil Sematan Tahun 2026 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), warga Sematan dan kawasan berdekatan dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) yang akan diadakan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri.

📖 Ada Al-Quran yang tiada perakuan KDN atau telah rosak?

Jangan biarkan ia tersimpan begitu sahaja! Bawa bersama dan tukarkan kepada naskhah Al-Quran baharu yang mempunyai perakuan KDN.

Juh embak keluarga, jiran dan sahabat untuk hadir bersama. Sambil memeriahkan Program Semarak Kasih Madani, marilah kita sama-sama menjayakan Jom Exchange Al-Quran (JEQ).

📌 Pertukaran terhad kepada satu (1) naskhah Al-Quran bagi satu penama sahaja.



SESI MENANDATANGANI PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI 1972KUCHING | 17 OGOS 2026 Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sar...
17/08/2026

SESI MENANDATANGANI PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

KUCHING | 17 OGOS 2026

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Sesi Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 melibatkan penolong pegawai penguat kuasa lantikan baharu KP5 dan pembantu penguat kuasa KP1.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ruai Kenyalang ini telah disaksikan oleh Ketua Seksyen Pematuhan dan Penguatkuasaan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, En. Atom anak Peter.

Semoga kesemua pegawai lantikan baharu ini akan menjalankan amanah, tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh komited serta terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kepentingan organisasi, masyarakat dan negara.



Address

Kuching

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 11:45
14:00 - 16:30

Telephone

+6082524255

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian PK KDN Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian PK KDN Sarawak:

Shortcuts

Share