MK RAJD 1 DIV

MK RAJD 1 DIV Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MK RAJD 1 DIV, Government Official, Kuching.

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐊𝐀𝐁𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐆𝐀 𝐓𝐈𝐔𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐀𝐅𝐄 𝐖𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐍...
02/02/2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐊𝐀𝐁𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐆𝐀 𝐓𝐈𝐔𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐀𝐅𝐄 𝐖𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐏𝐎𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆, 29 Januari 2026 – Kerja-kerja pembangunan dan naik taraf sistem bekalan air di pos-pos sempadan negeri Sarawak merupakan salah satu inisiatif penting untuk mengekalkan keperluan asas anggota yang bertugas di sempadan. Justeru, satu pelaksanaan projek sedang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan ini yang melibatkan pembinaan telaga tiub dan pemasangan Sistem Rawatan Air Kabin yang dibangunkan oleh Dr. Mohd Zainizam bin Shahdan (UTHM) dan projek naik taraf bagi pos yang mempunyai sumber air (air sungai, air bukit dan kolam tadahan) akan dipasang Sistem Rawatan Air 𝑆𝑎𝑓𝑒 𝑊ℎ𝑒𝑟𝑒 yang dibangunkan oleh Brig Jen Dr. Mohd Arshil bin Moideen. Projek ini telah dilaksanakan di 14 lokasi berbeza bermula pada bulan Okt 25 dan dijangka siap pada bulan Mac 26.

MK RAJD 1 Div telah mengaturgerakkan Peg dan anggota LLP dari pasukan 3 Skn RAJD untuk melaksanakan kolaborasi bersama Tim Teknikal kontraktor melalui latihan praktikal bagi kedua-dua Sistem Rawatan Air tersebut di 3 lokasi berbeza pos sempadan. Latihan praktikal Sistem Rawatan Air 𝑆𝑎𝑓𝑒 𝑊ℎ𝑒𝑟𝑒 telah dilaksanakan pada 16 hingga 18 Jan 26 dengan penglibatan seramai 12 x anggota LLP manakala pada 28 hingga 29 Jan 26, seramai 3 x Peg dan 12 x anggota LLP telah menyertai latihan praktikal Sistem Rawatan Air Kabin Telaga Tiub.

Objektif latihan ini adalah bagi meningkatkan tahap kefahaman serta kemahiran anggota dalam pengendalian pemasangan serta cara untuk mengoperasi dan menyelenggara sistem rawatan air ini di samping mengetahui langkah keselamatan dalam penggunaan telaga tiub. Semua anggota didedahkan dengan penerangan teori dan latihan praktikal yang jelas bagi memastikan sistem ini dapat digunakan secara optimum pada masa akan datang.

Latihan ini juga mencerminkan komitmen pihak atasan dalam memastikan kemudahan asas sentiasa berada pada tahap terbaik demi mengekalkan moral serta menjaga kebajikan anggota yang bertugas di setiap pos sempadan.

𝘋𝘪𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘔𝘒 𝘙𝘈𝘑𝘋 1 𝘋𝘪𝘷

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐀𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝟏 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆: Serah Terima Tugas Ajutan MK RAJD 1 Di...
29/01/2026

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐀𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝟏 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍

𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆: Serah Terima Tugas Ajutan MK RAJD 1 Div di antara Kapt Qairul Fiqri bin Zainal Abidin dengan Kapt Mohamad Faez Iqmal bin Zamri telah dilaksanakan pada 27 Jan 26 bertempat di Foyer MK RAJD 1 Div. Majlis Serah Terima Tugas Ajutan ini telah disaksikan oleh Kol Ali Zakafri bin Hj Ab Aziz, Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen (KRJ 1 Div). Acara ini turut dihadiri oleh Lt Kol Azman bin Abdullah, Timbalan Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen (TKRJ 1 Div), Peg Pem 3 Skn RAJD, Peg dan LLP MK RAJD 1 Div serta Peg dan wakil PTTK 3 Skn RAJD.

Acara dimulakan dengan ketibaan KRJ 1 Div dan seterusnya sesi menandatangani nota serah terima tugas diantara Kapt Qairul Fiqri bin Zainal Abidin dengan Kapt Mohamad Faez Iqmal bin Zamri yang disaksikan oleh KRJ 1 Div. Acara diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar bersama warga MK RAJD 1 Div serta tetamu jemputan.

Kapt Qairul Fiqri bin Zainal Abidin telah menjawat jawatan sebagai Ajutan MK RAJD 1 Div mulai 6 Mac 23 hingga 27 Jan 26 dan seterusnya akan bertukar keluar ke 93 UPKAT sebagai Pegawai Staf 3 Pelaksanaan. Kapt Mohamad Faez Iqmal bin Zamri yang menjawat jawatan Ajutan yang baru p**a telah bertukar masuk dari 8 Skn RAJD.

Seluruh warga MK RAJD 1 Div mengucapkan terima kasih kepada mantan Ajutan yang telah menabur khidmat bakti sepanjang bertugas di MK RAJD 1 Div serta mengucapkan selamat maju jaya di tempat yang baru. Turut diucapkan selamat datang kepada Ajutan MK RAJD 1 Div yang baru serta selamat bertugas di Bumi Kenyalang.

- 𝘋𝘪𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘔𝘒 𝘙𝘈𝘑𝘋 1 𝘋𝘪𝘷

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐃 𝟏 𝐃𝐈𝐕 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍...
29/01/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐉𝐃 𝟏 𝐃𝐈𝐕 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆: Perbarisan Perutusan Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD) Sempena Tahun Baru 2026 telah dilaksanakan di Padang Kawad 4 KAD, Kem Penrissen pada 27 Jan 26. Perbarisan tersebut melibatkan anggota perbarisan berkekuatan seramai 31 Pegawai dan 551 LLP dari warga Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) serta melibatkan aset tempur yang ada di Wilayah 2.

Antara pengisian perbarisan tersebut adalah Penyampaian Sijil dan Plaka Pengiktirafan bagi 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎𝑛 𝐴𝑟𝑚𝑦 𝑆𝑡𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟𝑑𝑠 (MASt) kepada pasukan yang telah lulus dalam pemeriksaan Audit Luaran MASt oleh Tim Audit Luaran MK PMTTD pada tahun 2025. Pasukan MK RAJD 1 Div telah diberi pengkitirafan di dalam MASt Pengurusan Dokumentasi Persaraan dan Pemberhentian Anggota Angkatan Tetap Tentera Darat yang telah disampaikan kepada Kol Ali Zakafri bin Hj Ab Aziz, Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen.

Dalam majlis berasingan, PMT TD turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Esei Peringkat Panglima Medan Timur Tentera Darat Tahun 2025 semasa Majllis Jamuan Makan Sempena Perbarisan Perutusan. Pertandingan yang telah dipertandingan adalah mengikut kategori pangkat. Warga RAJD 1 Div yang telah memenangi pertandingan esei tersebut adalah seramai 2 Pegawai dan 1 LLP seperti berikut:

1. Kol Rashdan bin Abdul Rashid, mantan Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen yang diwakili oleh Kol Ali Zakafri bin Hj Ab Aziz mendapat Johan bagi Kategori 1 (Kol ke atas).

2. Kapt Qairul Fiqri bin Zainal Abidin, Ajutan MK RAJD 1 Div mendapat Naib Johan bagi Kategori 3 (Kapt/Lt/Lt M).

3. LKpl Alif Rusyaidi bin Rudy, 3 Skn RAJD mendapat Naib Johan bagi Kategori 5 (Kpl ke bawah).

Tahniah diucapkan kepada warga MK RAJD 1 Div yang telah mencapai kejayaan dalam Pengiktirafan MASt serta pemenang pertandingan esei diatas pencapaian yang amat membanggakan. Sesungguhnya pengiktirafan ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada warga RAJD 1 Div supaya berusaha dengan lebih keras untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

𝐷𝑖𝑠𝑒𝑑𝑖𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑀𝐾 𝑅𝐴𝐽𝐷 1 𝐷𝑖𝑣


𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 (𝐋𝐊𝐏) 𝐍𝐎 𝟑𝐀 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝟏 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐊𝐔𝐂𝐇...
24/01/2026

𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 (𝐋𝐊𝐏) 𝐍𝐎 𝟑𝐀 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝟏 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆: Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) Nombor 3A LLP RAJD Peringkat RAJD 1 Div Siri 1/2026 telah dilaksanakan di MK RAJD 1 Div, Kem Penrissen pada 20 hingga 23 Jan 26. Ianya bertujuan untuk memilih dan mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan perjawatan. Lembaga ini telah dilaksanakan dengan kehadiran calon-calon dari pasukan bawah naungan RAJD 1 Div termasuk anggota-anggota Kekuatan Luar Rejimen (KLR) RAJD di sekitar Sarawak.

Seramai 7 PTTK dan 36 PTTR telah terlibat dalam LKP No 3A pada siri ini. Semua calon telah melalui tiga peringkat bermula dengan peringkat pertama iaitu taklimat LKP dan tapisan BMI, peringkat kedua iaitu ujian bertulis, Ujian Kecergasan Asas (UKA), ujian kawad dan ujian praktikal mengajar serta peringkat ketiga iaitu Sesi Temuduga Lembaga. Sesi temuduga ini telah dinilai oleh panel penilai yang dipengerusikan oleh Komander Rejimen Jurutera 1 Div, Kol Ali Zakafri bin Hj Ab Aziz, Timbalan Komander Rejimen Jurutera 1 Div, Lt Kol Azman bin Abdullah, Pegawai Pemerintah 3 Skn RAJD, Mej Muhammad Mikyad Mike bin Andrew serta wakil pegawai dari Cwg Jurutera MK PMTTD dan 91 UPKAT.

Penganjuran LKP ini bertujuan untuk mempersiapkan calon dari segi fizikal dan mental sebelum dinilai di peringkat Jabatanarah RAJD serta mengenalpasti calon yang benar-benar layak dan berketerampilan untuk disokong kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan perjawatan di pasukan.

𝐷𝑖𝑠𝑒𝑑𝑖𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑀𝐾 𝑅𝐴𝐽𝐷 1 𝐷𝑖𝑣


17/01/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 ZON 1 DivSARAWAK, 16 Januari 2026 - Wakil Zon 1 Di...
16/01/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 ZON 1 Div

SARAWAK, 16 Januari 2026 - Wakil Zon 1 Div JKHEW RAJD, Mej Sharini binti Shafii telah mempengerusikan Mesyuarat JKHEW RAJD bagi Zon 1 Div Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat MK RAJD 1 Div.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi, di mana beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli yang hadir diatas komitmen, dedikasi serta sumbang bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan bagi tahun 2025.

Beliau seterusnya menzahirkan harapan agar segala aktiviti dan program yang dirancang bagi Tahun 2026 dapat dilaksanakan secara berimpak tinggi melalui penglibatan aktif Wanita RAJD, bukan sahaja sebagai platform pembangunan dan pemerkasaan, malah sebagai medium untuk merapatkan hubungan silaturahim, memperkukuh semangat kekitaan dan meningkatkan ukhwah sesama ahli. Usaha ini diharapkan dapat memberi manfaat berterusan kepada kebajikan dan pembangunan Wanita RAJD.




𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝟏 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓𝐌𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐆. 12 Jan ...
12/01/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝟏 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

𝐌𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐆. 12 Jan 26 – Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Panglima Medan Timur Tentera Darat di pejabatnya di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Kem Muara Tuang. Tujuan kunjungan hormat ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan commander guidance sempena mengambil alih tugas sebagai Komander Rejimen Jurutera yang baru pada 18 Nov 25 yang lalu. Di dalam sesi pertemuan ini Panglima Medan Timur Tentera Darat telah memberi nasihat agar melaksanakan tugas yang diamanahkan mengikut tatakelola yang betul berdasarkan perintah dan dasar yang telah dikeluarkan. Setiap pemerintah haruslah melaksanakan tugas dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas sepertimana arahan yang telah dikeluarkan dari masa ke semasa. Panglima Medan Timur juga mengingatkan agar sebagai warga PMTTD, hendaklah menjadi warga dan ketumbukan yang berprinsip dan berpegang teguh kepada etos kepahlawanan agar menjadi warga yang berperibadi unggul malah dapat memahami, menghayati, mengamalkan nilai-nilai murni serta mengamalkan gaya hidup sihat, bermoral dan beretika pada sebilang masa selaras dengan Perintah Ulung TEDUNG.

12/01/2026

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MK RAJD 1 DIV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share