16/12/2024
15 Disember 2024
9.00 pagi
PKPDK Titian Syurga Kukup
Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Terapi Carakerja dan Fisioterapi Peringkat PKPDK Daerah Pontian anjuran PKPDK Titian Syurga Kukup. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program pada kali ini.
Terima kasih kepada En Mohd Firdaos bin Zulkifli, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Unit Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) merangkap Penyelaras PDK Daerah Pontian yang dapat meluangkan masa bersama dalam program ini mewakili Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian.
Terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin bin Buntat, Pengerusi PKPDK Titian Syurga Kukup bersama barisan Ahli Jawatankuasa atas segala sokongan kepada kami untuk melaksanakan program ini.
Terima kasih kepada Penyelia-penyelia dan Petugas-petugas PKPDK Benut, Sinar Bakti dan Titian Kasih yang sudi bersama menjayakan kursus kali ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa pelatih yang dapat mengikuti kursus ini.
Terima kasih kepada Penceramah, Puan Ummu Nadhirah binti Jasudi dan Encik Mohamad Zaki bin Tukiran serta Fasilitator Cik Lina binti Sabarudin dan cik Norumaira binti Hashim yang telah berkongsi ilmu dengan kami. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama demi kecemerlangan pemulihan dalam komuniti masing-masing.
Bagi pihak tuan rumah, mohon maaf atas segala kekurangan. Segala yang baik itu datangnya daripada Rahmat Allah swt, kekurangan itu datangnya daripada kelemahan kami sendiri.
Bersama membantu insan istimewa.
Dengan PDK, hidup lebih bermakna dan penyayang.
PKPDK Titian Syurga Kukup