PAS KAWASAN TENGGARA

PAS KAWASAN TENGGARA OFFICIAL page bagi PAS Kawasan Tenggara (P155) (N34) (N35). PAS FOR ALL ! PAS KAWASAN TENGGARA P155 terdiri daripada DUN PANTI N34 dan DUN PASIR RAJA N35.

Ini adalah OFFICIAL page bagi PAS Kawasan Tenggara. Page ini adalah kesinambungan page http://www.facebook.com/people/Pas-Tenggara yang mempunyai limited friend request. Invite rakan2 FB anda untuk LIKE page ini.

Tanpa KhilafPunca segala kekalutanKami tak benci cina atau india..
11/05/2026

Tanpa Khilaf

Punca segala kekalutan

Kami tak benci cina atau india..

Minda Presiden PASPAS MENGAJAK PERPADUAN ISTIQAMAHParti Islam Se-Malaysia (PAS) mencadangkan perpaduan sebagaimana yang ...
11/05/2026

Minda Presiden PAS

PAS MENGAJAK PERPADUAN ISTIQAMAH

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencadangkan perpaduan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW, bermula dengan perpaduan bangsa Arab yang disatukan oleh Islam dan kemanusiaan, diikuti oleh perpaduan masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa berkonsepkan kemanusiaan dan keadilan kepada semua dalam negara yang dipimpin oleh Islam. Hal ini berpandukan firman Allah SWT:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٠٣ وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤ وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٥

“Dan berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (103) Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf, dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (104) Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat. (105)” [Surah Ali ‘Imran: 103–105]

Begitulah kita memulakan perpaduan Melayu Islam dan bumiputera yang memimpin dan bersama dengan pelbagai kaum dan agama berkonsepkan kemanusiaan dan keadilan kepada semua, bersama cadangan Tun Dr. Mahathir yang mempunyai banyak pengalaman dan paling lama dalam politik negara.

PAS menolak perpaduan yang tidak mendaulatkan Islam dan umatnya bersama DAP dan gagasan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak istiqamah, berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Presiden UMNO menolak kerjasama Islam bersama PAS kerana ada DNA khianat dalam PAS tanpa bukti yang benar.

UMNO p**a ada kaitan dengan DNAA yang nyata mengepung UMNO dalam UMDAP (UMNO yang bekerjasama dengan DAP), namun tidak menjadi halangan kepada usaha perpaduan umat.

Asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikatakan kepada PAS ialah molekul pembawa maklumat genetik dalam hampir semua organisma hidup, berfungsi sebagai ‘buku resipi’ yang mengandungi arahan untuk pertumbuhan, perkembangan, dan fungsi sel. DNA berbentuk heliks ganda dua (double helix) dan menyimpan kod genetik menggunakan empat bes kimia, iaitu adenina, sitosina, guanina, dan timina.

DNAA p**a bermaksud “dilepaskan tanpa dibebaskan” (discharge not amounting to an acquittal) dalam konteks undang-undang Malaysia. DNAA ialah keputusan mahkamah bilamana seseorang tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan buat sementara waktu, namun pihak pendakwaan masih boleh menuduh semula individu tersebut atas tuduhan yang sama pada masa hadapan. Inilah masalah yang diketahui umum ada pada pemimpin UMNO.

PAS berpegang pada konsep Islam bahawa orang yang dituduh adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dengan adil. Maka, tidak menjadi halangan kepada usaha perpaduan Melayu dan Islam.

Konsep Muafakat Nasional (MN) sebenarnya telah diadakan lebih awal sebelum kelahiran Presiden UMNO sekarang, iaitu sejak zaman melawan penjajahan dan selepas kemerdekaan pada masa Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Abdul Razak. PAS bersama menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menentang komunis.

Tiba-tiba, UMNO yang berkuasa menggunakannya bagi menentang pengaruh PAS sehingga beberapa orang pemimpin PAS ditahan bawah ISA. Rupa-rupanya DNA khianat ini ada pada UMNO, bukan pada PAS. Peristiwa itu tetap diingati oleh Melayu yang tidak lupa. PAS berpegang pada Islam supaya tidak pernah mengkhianati sesiapa dalam semua perjanjian. PAS berjanji dengan hukum Islam dan membatalkan janji dengan hukum Islam juga.

Menjadi lumrah semua pihak yang berbeza pendapat boleh berkelahi dan berperang sambil mengaku pihak masing-masing yang lebih betul, benar, dan baik. Adapun lawannya adalah salah, buruk, dan jahat. Hal ini termasuk pendapat Iblis dan pengikutnya yang paling jahat hingga Hari Kiamat.

Al-Quran menceritakan peristiwa Iblis yang paling dilaknat Allah berkata di hadapan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

إِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي خَٰلِقُۢ بَشَرٗا مِّن طِينٖ ٧١ فَإِذَا سَوَّيۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُۥ سَٰجِدِينَ ٧٢ فَسَجَدَ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ كُلُّهُمۡ أَجۡمَعُونَ ٧٣ إِلَّآ إِبۡلِيسَ ٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٧٤ قَالَ يَـٰٓإِبۡلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسۡجُدَ لِمَا خَلَقۡتُ بِيَدَيَّۖ أَسۡتَكۡبَرۡتَ أَمۡ كُنتَ مِنَ ٱلۡعَالِينَ ٧٥ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ ٧٦

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. (71) Maka, apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan kepadanya roh (ciptaan-Ku); maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.’ (72) Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuanya. (73) Kecuali Iblis; dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. (74) Allah berfirman, ‘Wahai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan dua Tangan-Ku? Adakah kamu menyombongkan diri atau adakah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?’ (75) Iblis berkata, ‘Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau menciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau menciptakan daripada tanah.’ (76)” [Surah Sad: 71–76]

Begitu juga Yahudi yang paling dimurkai Allah dan Nasrani yang sesat sebagaimana firman Allah SWT:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ لَيۡسَتِ ٱلنَّصَٰرَىٰ عَلَىٰ شَيۡءٖ وَقَالَتِ ٱلنَّصَٰرَىٰ لَيۡسَتِ ٱلۡيَهُودُ عَلَىٰ شَيۡءٖ وَهُمۡ يَتۡلُونَ ٱلۡكِتَٰبَۗ كَذَٰلِكَ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ مِثۡلَ قَوۡلِهِمۡۚ فَٱللَّهُ يَحۡكُمُ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ ١١٣

“Dan orang-orang Yahudi berkata, ‘Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan,’ dan orang-orang Nasrani berkata, ‘Orang-orang Yahudi itu tidak mempunyai suatu pegangan,’ padahal mereka (sama-sama) membaca al-Kitab. Demikian p**a orang-orang yang tidak mengetahui mengatakan seperti ucapan mereka itu. Maka, Allah akan mengadili antara mereka pada Hari Kiamat tentang apa-apa yang mereka berselisih padanya.” [Surah al-Baqarah: 113]

Hanya Allah SWT yang menentukan kebenaran. Dia menegaskan dengan firman-Nya:

ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٤٦ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ ١٤٧ وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٤٨

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (146) Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. (147) Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka, berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana-mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada Hari Kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (148)” [Surah al-Baqarah: 146–148]

Apabila berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan Ahli Kitab yang semuanya percaya kepada Allah dan mengetahui kebenaran ialah ketetapan Allah secara mutlak kerana sifat Allah Yang Maha Mengetahui serta bersifat dengan Kebijaksanaan dan Kesempurnaan Yang Maha Suci daripada kekurangan. Maka, Allah meminta kaum Yahudi dan Kristian supaya kembali kepada ketetapan Allah serta jangan menipu atau menuduh sesiapa menipu, nanti menyesal pada Hari Akhirat kelak.

Semua ayat al-Quran ialah petunjuk dan membawa pengajarannya yang khusus kepada umat Islam yang bertelingkah dan berselisih faham supaya kembali kepada ketetapan Allah, sekiranya mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Hal ini termasuklah perselisihan antara PAS dengan UMNO (dua parti yang mengaku Islam). PAS pernah mencadangkan kepada UMNO dahulu sebelum daripada pemimpin UMNO yang ada sekarang yang cakapnya berdegar-degar menegakkan kebenaran dan membohongi pihak yang lain, walaupun sudah tersungkur dalam satu lubuk bersama DAP dan sekutunya, menuduh p**a pihak yang lain menipu, khususnya terhadap PAS.

Maka, dicadangkan supaya menghidupkan semangat bermuzakarah mencari kebenaran yang diajar oleh Islam yang dianut bersama bagi menyahut seruan Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya serta ulu al-amr antara kamu! Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]

Jadikanlah petunjuk Allah yang bercahaya untuk menyuluh mana muka yang sebenarnya penipu, pengkhianat, dan pembohong. Carilah dan cadangkanlah pihak ketiga dalam kalangan m***i atau ilmuwan Islam untuk membuka kitab Allah dan segala ilmunya dengan ikhlas, amanah, dan benar.

Janganlah menjadi seperti golongan Ahli Kitab yang mendabik dada. Firman Allah SWT:

وَقَالُواْ لَن يَدۡخُلَ ٱلۡجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوۡ نَصَٰرَىٰۗ تِلۡكَ أَمَانِيُّهُمۡۗ قُلۡ هَاتُواْ بُرۡهَٰنَكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ١١١ بَلَىٰۚ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَلَهُۥٓ أَجۡرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ١١٢

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata, ‘Sekali-kali tidak akan masuk Syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.’ Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah, ‘Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu ialah orang yang benar.’ (111) (Tidak demikian), bahkan sesiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedangkan dia berbuat kebajikan, maka baginya pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka serta tidak (p**a) mereka bersedih hati. (112)” [Surah al-Baqarah: 111–112]

Dalam UMNO ramai juga ilmuwan Islam dan kalangan ilmuwan yang berpihak kepada UMNO.

Cadangan muzakarah ini pernah dibawa oleh para ilmuwan pada tahun 1984 dahulu yang diketuai oleh Tan Sri Prof. Dr. Muhammad Abdul Rauf dan Tan Sri Datuk Prof. Ahmad Ibrahim daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mereka mewakili para ilmuwan bagi menyelesaikan pertelingkahan dalam kalangan Melayu Islam, namun pihak UMNO tidak memberikan jawapan setelah mereka sendiri mengadakan muzakarah dalam UMNO.

UMNO juga pernah membatalkan debat ilmu antara PAS dengan UMNO melalui Majlis Raja-Raja apabila PAS bertegas sedia menyertainya dan tidak mahu membatalkan, selepas UMNO sendiri berlatih berdebat dengan PAS secara lakonan pada tahun 2001.

Allah menjanjikan rahmat kepada orang-orang beriman yang bertolong-menolong sesama mereka untuk melaksanakan amar ma‘ruf dan nahi mungkar di samping beribadat. Firman Allah SWT:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَـٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٧١

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma‘ruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, serta mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberikan rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Tawbah: 71]

Didahulukan sebutan amar ma‘ruf dan nahi mungkar, barulah diikuti perkara ibadat menunjukkan betapa penting melaksanakan kewajipan tersebut bersama mereka yang beriman lelaki dan perempuan secara khusus dengan janji mendapat rahmat Allah.

UMNO jangan jadi penakut berada dalam Kerajaan PH yang melaksanakan undang-undang berkaitan kaum, agama, dan institusi diraja (3R) yang nyata meminggirkan Islam. Menjadikan UMDAP laksana tikus kenyang dalam kepuk padi.

Berlaku kelalaian dalam UMNO setelah lama berkuasa, sehingga leka dan jatuh kerana tidak sedar bersama para pemimpin generasi baharu yang dicipta dalam kelekaan dan kelalaian. Mereka tidak diuji untuk menghadapi cabaran perjuangan sehingga terpalit dengan kesalahan yang besar, menjadikan mereka penakut dan mahu terus berada dalam kerajaan yang berpenyakit bagi menyelamatkan diri masing-masing, sehingga perjuangan agama, bangsa, dan negara tidak lagi menjadi keutamaan.

Kita pernah bersama dalam kerajaan campuran dengan BERSATU dan UMNO. Kalangan UMDAP beberapa kali mencuba untuk memecat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berebut jawatan dan akhirnya mengkhianati Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri daripada UMNO sendiri dengan menarik diri dan memaksa diadakan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) di Melaka dan Johor serta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk UMNO merampas kuasa kerana mahu menyelamatkan diri dengan jawatan PM. Tiba-tiba, UMNO gagal, lalu melutut dengan hina di hadapan DAP dan bersekongkol menjadi UMDAP.

UMNO kini mewarisi para pemimpin yang hina dan penakut, walaupun mendabik dada dengan arahan tuan mereka yang menjadi dalang di belakang mereka. Keadaan ini seperti ilmuwan yang disifatkan oleh Allah SWT mengejar kesenangan, tetapi menolak kebenaran laksana anjing kelaparan sebagaimana firman-Nya:

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّالِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ ١٧٧ مَن يَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِيۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ١٧٨

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikannya (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176) Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177) Sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi. (178)” [Surah al-A‘raf: 175–178]

Kalangan beragama yang hidup mencari makan diarahkan oleh syaitan yang menjadi dalang di belakang mereka untuk memberikan makanan dan menjaga anjing yang diletakkan di dalam sangkar yang cantik dan mewah, disuruh menyalak sesiapa sahaja di tempat yang selesa sambil mendapat makanan lazat yang lumayan. Tidak sedar dirinya dihina apabila meninggalkan agama dan umat sebagai dasar perjuangan.

UMDAP dikongkong oleh sistem diktator PH melalui konsep 3R yang menyekat suara rakyat sehingga menyanggah prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjunjung demokrasi, termasuk pada masa gerakan reformasi yang berslogankan “suara rakyat suara keramat” bagi menghayati slogan demokrasi purba “suara rakyat suara tuhan” yang berprinsip syirik (dosa besar dalam Islam).

Undang-undang 3R melawan firman Allah SWT:

وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ ٣

“Demi masa. (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (3)” [Surah al-‘Asr: 1–3]

Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dari RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

‌الدِّينُ ‌النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ.

“Agama adalah nasihat.” Kami bertanya, “Kepada siapa?” Baginda menjawab, “Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, serta kepada para pemimpin kaum Muslimin dan rakyat mereka.” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no. 55]

Tidakkah undang-undang 3R menutup pintu nasihat yang melawan Islam, perlembagaan negara, dan konsep demokrasi?

Apabila UMNO dipimpin oleh kalangan yang tidak beristiqamah, menjadikan ahli dan pengikutnya laksana anak ayam kehilangan ibu yang terpaksa menyorok di mana-mana sahaja bagi menyelamatkan diri daripada helang dan sewah yang berkeliaran dan berebut untuk menyambarnya.

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA memberikan amaran kepada bangsa Arab:

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالإِسْلَامِ، فَمَهْمَا ابْتَغَيْنَا الْعِزَّةَ بِغَيْرِ مَا أَعَزَّنَا بِهِ اللَّهُ أَذَلَّنَا اللَّهُ.

“Kita ialah kaum (bangsa Arab) yang diperkasakan Allah bersama Islam. Kalau kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam yang telah kita diperkasakan Allah dengannya, nescaya Allah akan menjadikan kita hina.” [Sa‘id Hawwa, al-Asas fi al-Tafsir, jld. 1, hlm. 179]

Kini, kita menyaksikan Arab yang paling kaya hasil buminya menjadi hina laksana lembu susuan yang diambil susunya dengan upah memakan rumput kering sambil dikurung di dalam kandang berhawa dingin.

Marilah kembali ke pangkal jalan dengan meletakkan keutamaan perpaduan umat Rasulullah SAW yang mengisytiharkan pengampunan kepada semua pemimpin Makkah yang berlaku zalim terhadap dirinya dan para sahabatnya. Hal ini menghayati firman Allah SWT:

وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٞ لِّلصَّـٰبِرِينَ ١٢٦ وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُ فِي ضَيۡقٖ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ ١٢٧ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ ١٢٨

“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Bersabarlah (wahai Muhammad), dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa-apa yang mereka tipu dayakan. (127) Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (128)” [Surah al-Nahl: 126–128]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Zulqa‘dah 1447 / 11 Mei 2026

[Bil: 33 / 2026]

Secara faktanya, dengan 56 ADUN dan majoriti dua pertiga yang dimiliki BN di Johor ketika ini, kestabilan kerajaan neger...
07/05/2026

Secara faktanya, dengan 56 ADUN dan majoriti dua pertiga yang dimiliki BN di Johor ketika ini, kestabilan kerajaan negeri sebenarnya sudah pun terjamin tanpa memerlukan ADUN lantikan.

Namun, keputusan yang diluluskan dalam sidang DUN hari ini bakal menyaksikan jumlah penyokong kerajaan bertambah lagi dalam dewan.

Dari satu sudut, pelantikan ini boleh dilihat sebagai usaha memperkukuh fungsi pentadbiran dan representasi.

Namun, dari kaca mata politik, ia sukar dipisahkan daripada persepsi bahawa BN sedang membina “talian hayat” tambahan sebagai persediaan menghadapi landskap PRU16 yang dijangka lebih mencabar.

Langkah ini juga seolah-olah memberi isyarat bahawa BN sendiri telah mengenal pasti risiko politik yang mungkin dihadapi pada PRU16 nanti.

Dalam masa yang sama, keputusan ini juga sudah pasti akan melibatkan pertambahan kos perbelanjaan kerajaan negeri. Pelantikan tambahan tersebut tentunya mempunyai implikasi kewangan termasuk elaun, kemudahan serta kos pentadbiran lain yang akhirnya ditanggung oleh kerajaan negeri.

Sudah tentu pelbagai justifikasi boleh diberikan atas nama kestabilan dan representasi. Namun, dari sudut persepsi politik rakyat, tafsiran sedemikian sukar untuk dielakkan.

Wallahua‘lam.

Mohd Firdaus Jaafar
Ketupan Penerangan PAS Negeri Johor
7 Mei 2026

KENYATAAN MEDIA PASPESTA MUZIK AIR: TANGANI KRITIK AWAM DENGAN MATANG, MALAYSIA PERLU PROMOSI TULEN, BUKAN CIPLAKAN MURA...
05/05/2026

KENYATAAN MEDIA PAS

PESTA MUZIK AIR: TANGANI KRITIK AWAM DENGAN MATANG, MALAYSIA PERLU PROMOSI TULEN, BUKAN CIPLAKAN MURAHAN

PAS merakamkan rasa kecewa atas respons semberono dan tidak cermat Menteri Pelancongan, Seni dan Warisan YB Dato Sri Tiong King Sing berkait kritikan dan reaksi awam terhadap Festival Muzik Air Rain Rave di Bukit Bintang anjuran kementerian terbabit bermula 30 April dan berakhir hari ini.

Dalam sidang media pasca pelancaran acara itu semalam, beliau antara lain dilaporkan berkata, "Jangan semua program dijadikan isu politik. Kalau begitu, bagaimana mahu membangunkan ekonomi?... Mana-mana pihak merasakan boleh datang (silakan) datang. Kalau merasakan agama kita tidak beri kelulusan, jangan datang."

PAS percaya kenyataan sedemikian tidak wajar sama sekali diucapkan oleh menteri Kabinet, lebih-lebih lagi oleh individu yang diamanahkan tugas memaju dan mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dan dihormati.

Menteri Pelancongan hendaklah bercakap mewakili semua rakyat dan kalangan. Beliau wajib menjuarai nilai-nilai perpaduan, saling menghormati, peka budaya dan keterangkuman, bukannya bersikap defensif dan berfikiran selekeh dengan mengetepikan kebimbangan sah orang ramai begitu sahaja.

Kritikan yang disuarakan banyak pihak, termasuk dalam kalangan pemimpin kerajaan sendiri, bukanlah tidak munasabah, apatah lagi keterlaluan atau melampau.

Rata-rata ia berkisar persoalan serius seperti kesopanan awam, kesesuaian tempat, perlindungan ruang awam mesra-keluarga, sensitiviti budaya, kawalan khalayak, keselamatan dan mesej luas yang ditonjolkan tentang nilai serta keutamaan negara.

Isu-isu ini menuntut penjelasan dan libat urus yang bermutu dan bermaruah, bukannya tempelak dan pelecehan oleh seorang menteri persekutuan.

Dalam pada itu, PAS juga percaya, program seumpama ini yang lebih menyerupai suasana dalam sebuah disko atau kelab malam, tetapi pada skala lebih besar dan terbuka lebih sesuai dianjurkan oleh pihak swasta secara tertutup dan terhad kerana sifatnya yang mengundang kontroversi, selain tidak inklusif.

la tidak harus diangkat sebagai acara utama kerajaan, apatah lagi diwarwarkan sebagai acara utama promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk menunjukkan keseriusan dan kredibiliti negara sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang penting.

Lebih parah, episod ini turut menyerlahkan realiti ketandusan idea dan imaginasi yang membimbangkan dalam dasar dan penggerak utama pelancongan negara.

Malaysia memiliki aset alam, budaya, sejarah dan warisan yang luar biasa dan dicemburui oleh banyak negara lain.

Kekuatan kita bergantung pada identiti tulen ini - daripada bandar dan lokasi warisan, hutan hujan, p**au-p**au, makanan, seni tradisional, pelbagai acara dan hasilan budaya, kerahmahan rakyat hinggalah kepada keharmonian sosial.

Malaysia harus bersaing atas kecemerlangan, keunikan dan kualiti kita sendiri, bukannya melalui gimik hiruk-pikuk di jalanan, trend yang diimport atau ciplakan murahan yang dibentuk demikian rupa hanya untuk menarik perhatian sementara atau melepaskan emosi semata-mata.

Strategi pelancongan yang serius diukur sama ada ia menambah ketibaan pelancongan berkualiti, memperpanjang tempoh lawatan, mencipta pekerjaan yang mampan, memanfaatkan perniagaan tempatan, memulihara warisan negara dan memperkukuh reputasi Malaysia.

Justeru isu besarnya bukanlah semata-mata tentang siapakah yang hadir dan tidak, tetapi sama ada kepimpinan kementerian menyedari tentang kepentingan jawatan yang disandang serta tanggungjawab untuk membentuk imej baik Malaysia di mata semua.

Pada saat persaingan pelancongan serantau begitu sengit, Malaysia tidak boleh muncul dengan penjenamaan yang dangkal, provokasi tidak perlu atau menteri yang keliru antara publisiti dengan kemajuan.

PAS menggesa kerajaan supaya memfokuskan semula dasar-dasar teras pelancongan negara, meningkatkan standard kepimpinan awam dan mempromosi Malaysia dengan yakin, matang dan harga diri kebangsaan yang kini kelihatan begitu terhakis.

Terima kasih.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 02 Mei 2026.

Berkat | Prihatin | SejahteraSemalam di Muar, satu langkah baru telah dimulakan.Program penuh bersejarah ini telah mengh...
27/04/2026

Berkat | Prihatin | Sejahtera

Semalam di Muar, satu langkah baru telah dimulakan.

Program penuh bersejarah ini telah menghimpunkan seluruh pimpinan tertinggi Perikatan Nasional Negeri Johor dan penampilan Panglima Perang yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YAB Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor.

Pelancaran tagline rasmi PAS Johor membawa satu naratif jelas untuk masa depan negeri ini:

🌙 Berkat
Kepimpinan bermula dengan niat yang ikhlas, mencari reda Allah.

🤝 Prihatin
Daripada niat yang bersih, lahir hubungan yang dekat dengan rakyat – tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

⚖️ Sejahtera
Bila hubungan terbina dengan jujur, hasilnya adalah kesejahteraan untuk semua.

Ini bukan sekadar slogan.
Ini adalah janji dan arah perjuangan untuk seluruh rakyat Johor.

Pelancaran jentera ini menjadi titik mula gerak kerja yang lebih tersusun di seluruh Johor termasuk PAS Kawasan Tenggara, dalam memastikan kesiapsiagaan menghadapi pilihanraya Yang dijangka akan berlaku penghujung tahun ini, insyaAllah.

Johor milik kita semua.
Mari bina masa depan dengan nilai yang menyatukan.



Ziarah Mahabbah sahabat-sahabat di Kg Temenin baru dan Kg Lukut yang ditimpa musibah dan diuji dengan kesihatan.Moga All...
19/04/2026

Ziarah Mahabbah sahabat-sahabat di Kg Temenin baru dan Kg Lukut yang ditimpa musibah dan diuji dengan kesihatan.

Moga Allah SWT permudahkan urusan kesembuhan dan gantikan kehilangan dengan yang lebih baik.

Aamiin ya Rabbal Alamin 🤲

Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Tenggara bersama PASTI dan SRITI Kawasan Tenggara tel...
18/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Tenggara bersama PASTI dan SRITI Kawasan Tenggara telah berlangsung dengan penuh meriah pada bertempat di Dewan Felda Bukit Besar pada hari Jumaat 17 April 2026.
Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam ini berjaya menghimpunkan masyarakat setempat, ibu bapa, guru-guru, para pelajar serta pimpinan komuniti dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah sempena bulan Syawal yang mulia.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat, antaranya Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, YB Haji Manndzri bin Haji Nasib, Ahli Parlimen Tenggara, serta YB Puan Rashidah Ismail, ADUN Pasir Raja. Kehadiran para pimpinan ini menambahkan lagi kemeriahan dan memberi sokongan kepada program yang dianjurkan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan majlis, antaranya persembahan Qasidah Safwannur yang mendendangkan alunan qasidah yang menyentuh jiwa, Persembahan khas dari anak anak SRITI serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang menceriakan lagi suasana Aidilfitri.

Para tetamu juga dijamu dengan pelbagai juadah istimewa Aidilfitri yang disediakan oleh pihak penganjur, menjadikan majlis ini sebagai medan terbaik untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, para penyumbang, sukarelawan serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Semoga program seperti ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan serta menyemarakkan nilai - nilai murni dalam masyarakat

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌙

🌙✨ *JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI* ✨🌙*PAS KAWASAN TENGGARA bersama PASTI & SRITI Tahfiz Al-Ummah, Tenggara...
15/04/2026

🌙✨ *JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI* ✨🌙

*PAS KAWASAN TENGGARA bersama PASTI & SRITI Tahfiz Al-Ummah, Tenggara 2026*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh kesyukuran sempena Syawal yang mulia, kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan, Dato’/Datin serta seluruh keluarga untuk hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 17 April 2026
🗓 Bersamaan: 28 Syawal 1447H
🕗 Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Tempat: Dewan Felda Bukit Besar
https://maps.app.goo.gl/6oV4g4Mm4behVaEa7

Majlis ini diadakan sebagai tanda ukhuwah dan medan mengeratkan silaturrahim antara kita semua.

🍽 Juadah istimewa Aidilfitri menanti anda!
🎶 Persembahan Qasidah Safwannur
🥋 Persembahan Silat
💰Pemberian Duit Raya Kanak-kanak

Kehadiran Tuan/Puan amatlah kami alu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Address

Kulai
81440

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KAWASAN TENGGARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS KAWASAN TENGGARA:

Share