Komuniti Madani Kulai Rasmi

Komuniti Madani Kulai Rasmi Bersama membina masyarakat progresif, inklusif, sejahtera yang berteraskan konsep MADANI.

Sabun pencuci lantai percuma menanti anda di Dobi Kasih Rahmah! πŸ“ Lokasi: Jalan Manggis, Kampung Pertanian, Kulai πŸ“ Goog...
20/05/2026

Sabun pencuci lantai percuma menanti anda di Dobi Kasih Rahmah!

πŸ“ Lokasi: Jalan Manggis, Kampung Pertanian, Kulai
πŸ“ Google Map: https://maps.app.goo.gl/GKyz84aRjCBUEPc46

Datang dan ambil selagi stok masih ada. Terhad kepada siapa cepat, dia dapat! 😊

πŸ“’ PERHATIAN ANAK MUDA & IBU BAPA DI KULAI! πŸοΈπŸ‡²πŸ‡ΎBerita baik buat pelajar sekolah daripada golongan B40!Kerajaan melalui i...
15/05/2026

πŸ“’ PERHATIAN ANAK MUDA & IBU BAPA DI KULAI! πŸοΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Berita baik buat pelajar sekolah daripada golongan B40!

Kerajaan melalui inisiatif MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) 2026 mensasarkan seramai 60,000 pelajar untuk memperoleh lesen motosikal B2 secara PERCUMA! βœ…

Program ini merupakan kerjasama strategik antara JPJ dan KPM bagi:

βœ”οΈ Memperkukuh budaya keselamatan jalan raya
βœ”οΈ Meningkatkan kesedaran serta pematuhan undang-undang jalan raya
βœ”οΈ Membantu pelajar mendapatkan lesen secara sah dan selamat

πŸ’° Peruntukan sebanyak RM18.5 juta telah disediakan bagi menjayakan program ini.

πŸ“Œ Kepada ibu bapa dan pelajar yang layak, jangan lepaskan peluang ini!

πŸ”— Mohon di sini:
https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2

πŸ›οΈ PROGRAM JUALAN RAHMAH UNTUK WARGA PARLIMEN KULAI!Ayuh hadir beramai-ramai ke Program Jualan Rahmah bagi mendapatkan p...
14/05/2026

πŸ›οΈ PROGRAM JUALAN RAHMAH UNTUK WARGA PARLIMEN KULAI!

Ayuh hadir beramai-ramai ke Program Jualan Rahmah bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan demi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. ✨

♻️ Sila bawa beg sendiri.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Bawa bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan.

πŸ“Dewan Raya Serbaguna Felda Taib Andak, Kulai
πŸ“… 16 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•™ 10.00 pagi - 2.00 petang
πŸ“Œ https://share.google/CeENICVhBstq0OLz0

πŸ“Dewan Semai Bakti Felda Bukit Batu
πŸ“… 17 Mei 2026 (Ahad)
πŸ•™ 10.00 pagi - 2.00 petang
πŸ“Œhttps://share.google/ZUxgbnmibeh9NJ1Rs

πŸ›’ Pelbagai barangan asas dan keperluan harian ditawarkan dengan harga Rahmah untuk manfaat seluruh masyarakat.

🎊 Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!




12/05/2026

✨ Dobi Kasih Rahmah kini rasmi beroperasi di Kampung Pertanian, Kulai!

Semoga kemudahan ini memberi manfaat dan meringankan urusan warga setempat ❀️🀝

πŸ“ Jalan Manggis, Kampung Pertanian, Kulai

Dobi Kasih Rahmah kini Beroperasi!Kampung Pertanian, Kulai kini mempunyai kemudahan baharu buat manfaat warga setempat m...
12/05/2026

Dobi Kasih Rahmah kini Beroperasi!

Kampung Pertanian, Kulai kini mempunyai kemudahan baharu buat manfaat warga setempat melalui pembukaan Dobi Kasih Rahmah oleh Komuniti MADANI Kulai untuk kegunaan komuniti sekitar.

πŸ“ Lokasi: Jalan Manggis, Kampung Pertanian, Kulai
πŸ“ Google Map: https://maps.app.goo.gl/GKyz84aRjCBUEPc46

Selain menyediakan kemudahan dobi kepada masyarakat, pada hari ini, 12 Mei 2026, turut diadakan infaq lampin bayi saiz XL untuk mereka yang memerlukan. Pengambilan adalah percuma selagi stok masih ada.

✨ Stok adalah terhad kepada siapa cepat, dia dapat!

Komuniti MADANI Kulai juga amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai. Bagi yang ingin menginfakkan barangan keperluan atau bantuan kepada masyarakat setempat, anda boleh terus hadir ke Dobi Kasih Rahmah atau menghubungi hotline: 013-661 7698.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan memberi manfaat kepada lebih ramai warga setempat. 🀝

11/05/2026

Laporan/foto: Shah Hood (Johor)/Facebook Teo Nie Ching

03/05/2026

πŸ“’ Permohonan SKDS bagi kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Labuan dibuka mulai 4 Mei 2026 melalui portal MySubsidi. πŸš›

Penggunaan fleet card diperkenalkan untuk pembelian diesel bersubsidi dengan kelulusan dan senarai kenderaan. πŸ’³

Pastikan syarat kelayakan dipenuhi dan permohonan dikemukakan mengikut tempoh ditetapkan. βœ…




03/05/2026
02/05/2026

MyKad rosak? Jangan risau β€” boleh tukar dengan mudah di JPN. πŸͺͺ

Proses gantian seawal 30 minit di cawangan terpilih, atau sekitar 5–7 hari bekerja di lokasi lain.

Caj bermula RM10, dan percuma jika gantian dibuat dalam tempoh 12 bulan. ⏱️




Penyerahan Watikah Ketua Komuniti MADANI Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh bermakna, men...
28/04/2026

Penyerahan Watikah Ketua Komuniti MADANI Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh bermakna, mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen tinggi dalam memperkukuh jaringan komuniti di peringkat akar umbi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Komuniti MADANI di bawah Parlimen Kulai yang telah menerima watikah pelantikan bagi sesi semasa. Pelantikan ini melambangkan kepercayaan serta tanggungjawab besar dalam memainkan peranan sebagai penghubung strategik antara kerajaan dan rakyat.

Amanah yang diberikan ini diharap dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme, khususnya dalam menyampaikan maklumat yang sahih, memperkukuh perpaduan serta menyokong aspirasi Malaysia MADANI secara menyeluruh.

Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih progresif, inklusif dan sejahtera, khususnya di Parlimen Kulai dan amnya di Negeri Johor.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sekijang, YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa; Ahli Parlimen Segamat, YB Tuan Yuneswaran Ramaraj; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, YBhg. Puan Julina Johan; serta Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, YBrs. Encik Mohd Rizal bin Hashim.

πŸ›’ PROGRAM JUALAN RAHMAH KHAS UNTUK WARGA KULAI Inilah peluang terbaik untuk warga Kulai dan sekitar mendapatkan barangan...
10/04/2026

πŸ›’ PROGRAM JUALAN RAHMAH KHAS UNTUK WARGA KULAI

Inilah peluang terbaik untuk warga Kulai dan sekitar mendapatkan barangan keperluan harian pada Harga Rahmah yang jauh lebih murah.

Pelbagai barangan asas seperti beras, minyak masak, telur, ayam, gula dan barangan dapur ditawarkan pada harga istimewa.

Lebih menarik, bantuan SARA / MySARA juga boleh digunakan semasa jualan ini.

πŸ“ Ahad | 12 April 2026
πŸ•™ 10.00 pagi - 2.00 petang
🏫 Dewan Orang Ramai Kg Sri Gunung Pulai
πŸ“ https://share.google/njW6TOjoJxfwc7Ejl

πŸŽ‰ Jom datang beramai-ramai!

Beli barangan dapur dengan Harga Rahmah.

Ajak keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan! Jumpa anda semua di sana!




Address

Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Madani Kulai Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komuniti Madani Kulai Rasmi:

Share