09/03/2026
CSR ‘KASIH RAMADAN’ KURSUS DPB40113 BUSINESS ETHICS PELAJAR DPR4A BERSAMA ANAK YATIM DI BEDAYA
8 Mac 2026- Pelajar DPR4A mengambil mengambil inisiatif untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama anak yatim Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (BEDAYA) di Jalan Bukit, Kulim. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi salah satu keperluan kursus DPB40113 Business Ethics iaitu aktiviti CSR pelajar bersama komuniti dan peranan mereka yang boleh dipertingkatkan.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan di BEDAYA ini ialah.sesi ramah mesra AJK pelajar bersama anak yatim, bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Kemuncak acara adalah penyerahan sumbangan infaq ‘Kasih Ramadan’ kepada anak-anak yatim serta barangan keperluan harian makanan asas seperti minyak masak, beras dan tepung kepada pihak pengurusan rumah anak yatim. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, adalah menjadi harapan ia dapat memberikan sedikit kegembiraan serta manfaat kepada semua.
Anak-anak yatim kelihatan gembira menerima sumbangan yang diberikan.
Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan membantu golongan yang memerlukan. Melalui program seperti ini juga, pelajar dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, keprihatinan, empati, integriti dan semangat sukarelawan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Diharapkan pengalaman ini dapat membentuk pelajar menjadi individu yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga mempunyai nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial yang tinggi apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus melakukan kebaikan, untuk berkongsi rezeki dan melakukan kebaikan pada masa akan datang.
Oleh: Noor Faizah / Nurul Fazlena / Danial Iman