AMK Padang Serai

AMK Padang Serai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AMK Padang Serai, Public Service, Kulim.

Merry Christmas everyone! May this blessed season fill your hearts with love, peace, joy and endless blessings. πŸŽ„β€οΈFrom ...
25/12/2025

Merry Christmas everyone! May this blessed season fill your hearts with love, peace, joy and endless blessings. πŸŽ„β€οΈ

From AMK Padang Serai

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaYB Dr. Taufiq Johariatas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.Sem...
17/12/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YB Dr. Taufiq Johari
atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Semoga YB Dr. Taufiq Johari terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin serta memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan negara demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada,
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Serai
bersama Ahli Jawatankuasa AMK Padang Serai

Taufiq Johari
Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah

16/12/2025

Angkatan Muda KEADILAN Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dr Taufiq Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pelantikan ini diyakini mampu membawa nafas baharu dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan negara, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

03/11/2025

Selamat Menduduki SPM 2025

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kepada semua calon di seluruh negara.

Saat ini menjadi detik yang amat bermakna dalam perjalanan hidup setiap pelajar titik mula kepada masa depan yang penuh harapan dan peluang. Setiap hela nafas usaha, setiap malam yang dihabiskan untuk mengulang kaji, dan setiap doa yang dipanjatkan, semuanya akan terbalas dengan kejayaan, insyaAllah.

Hadapilah setiap kertas peperiksaan dengan tenang dan yakin. Ingatlah bahawa kejayaan tidak hanya diukur pada angka keputusan, tetapi juga pada nilai kejujuran, ketekunan, dan semangat juang yang tidak pernah padam.

Jadikan SPM ini bukan sekadar peperiksaan, tetapi medan untuk membuktikan bahawa usaha gigih sentiasa mendahului hasil. Usah gentar jika ada cabaran, kerana di sebalik setiap kesulitan itu pasti tersimpan kemanisan yang tidak ternilai.

Kepada para guru, ibu bapa, dan seluruh warga sekolah terima kasih atas bimbingan, doa, dan sokongan yang tidak pernah putus. Sesungguhnya kejayaan para pelajar adalah juga hasil kasih dan pengorbanan anda semua.

Semoga semua calon SPM 2025 dikurniakan ketenangan fikiran, kesihatan yang baik, dan ilham yang tepat sepanjang menjawab soalan. Yakinlah, dengan usaha, doa, dan tawakal, kejayaan pasti menjadi milik anda.

Selamat maju jaya dan semoga SPM 2025 menjadi langkah pertama menuju masa depan yang gemilang!


03/11/2025

KENAIKAN CUKAI MBAS: AFNAN HARUS ADA TEKAD POLITIK, BUKAN SEKADAR RETORIK

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah memandang serius kenyataan YB Afnan Hamimi, Ahli Parlimen Alor Setar, berhubung isu kenaikan kadar cukai taksiran oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Pertama, YB Afnan sendiri menyatakan secara peribadi, Beliau tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tersebut. Namun umum mengetahui bahawa MBAS berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh PAS, dan sebarang keputusan berkaitan kadar cukai adalah di bawah pengetahuan serta tanggungjawab pentadbiran negeri.

Sebagai sebahagian daripada kepimpinan PAS, YB tidak boleh sekadar menyatakan ketidaksetujuan tanpa tindakan. Jika benar tidak bersetuju, di mana suara tegas YB dalam mendesak Kerajaan Negeri menangguhkan pelaksanaan ini?

Kedua, kenyataan YB yang dilihat cuba mempertahankan kenaikan kadar cukai ini amat mengecewakan. Seorang pemimpin seharusnya membela rakyat, bukan menghalalkan beban tambahan ke atas mereka.

Ketiga, jika benar YB memiliki political will dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai wakil rakyat, maka tindakan sewajarnya ialah mendesak MBAS serta Kerajaan Negeri Kedah mendedahkan asas pengiraan kadar cukai baharu tersebut.

Sehubungan itu, AMK Kedah menegaskan bahawa:
1) Kerajaan Negeri Kedah perlu segera menggantung pelaksanaan kadar baharu cukai taksiran MBAS dan mengadakan sesi libat urus terbuka bersama penduduk setempat yang terkesan.
2) MBAS perlu mengemukakan laporan penuh berkaitan asas penilaian dan kadar peratusan sebenar bagi setiap kategori hartanah.

AMK Kedah menggesa supaya pemimpin Kerajaan Negeri berhenti daripada beretorik dan tampil membela kepentingan rakyat.

Fitri Ismail
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah


AMK Padang Serai terus komited mendekati anak muda melalui aktiviti sihat dan berfaedah. Baru-baru ini, kami telah menga...
11/10/2025

AMK Padang Serai terus komited mendekati anak muda melalui aktiviti sihat dan berfaedah. Baru-baru ini, kami telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal serta menyumbangkan 30 helai jersi futsal kepada pemain muda di kawasan Padang Serai. πŸ’ͺ⚽️

Program ini bukan sekadar sukan, tetapi juga simbol perpaduan dan semangat kebersamaan tanpa mengira kaum dan agama. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Turut hadir memeriahkan acara ialah Ketua Wanita Padang Serai dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Warga Daerah Kulim, yang sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan belia dan komuniti setempat.

Sebagai Ketua AMK Padang Serai, saya amat berbesar hati melihat semangat anak muda yang hadir dan bersama menjayakan program ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat! πŸ™




π‘·π’†π’“π’π’‚π’˜π’‚π’π’‚π’ 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒂𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑭𝒖𝒕𝒔𝒂𝒍 3 𝑷𝒆𝒏𝒋𝒖𝒓𝒖 𝑨𝑴𝑲 π‘·π’‚π’…π’‚π’π’ˆ π‘Ίπ’†π’“π’‚π’ŠTarikh   : 5 October 2025Tempat : Fuza Sport Arena Kulim,Kedah....
08/10/2025

π‘·π’†π’“π’π’‚π’˜π’‚π’π’‚π’ 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒂𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑭𝒖𝒕𝒔𝒂𝒍 3 𝑷𝒆𝒏𝒋𝒖𝒓𝒖 𝑨𝑴𝑲 π‘·π’‚π’…π’‚π’π’ˆ π‘Ίπ’†π’“π’‚π’Š
Tarikh : 5 October 2025
Tempat : Fuza Sport Arena Kulim,Kedah.

Alhamdulillah, Program Perlawanan Persahabatan Futsal 3 Penjuru AMK Padang Serai telah selesai dengan jayanya!

Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan anak muda, serta sebagai platform untuk mengasah bakat dan memperkukuhkan ukhuwah antara peserta.

AMK Padang Serai sentiasa komited untuk mendekati golongan belia melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sihat seperti ini, demi melahirkan generasi muda yang cergas, berdaya saing dan bersemangat juang tinggi dalam bidang sukan khususnya futsal.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga semangat ini terus membara dan memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda!




Address

Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK Padang Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category