Jabatan Pertanian Labuan

Website Contact the organization

Jabatan Pertanian Labuan Jabatan Pertanian Labuan adalah Rakan Kebun Anda! Pengembangan adalah Teras Perkhidmatan Kami!

Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara. Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara. Mewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian. Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin. Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar. Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.

PENGAUDITAN LUAR MS ISO 9001:2015 PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN PERTANIAN DI JABATAN PERTANIAN WP LABUAN TAHUN 2026Pengaudit...
29/09/2026

PENGAUDITAN LUAR MS ISO 9001:2015 PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN PERTANIAN DI JABATAN PERTANIAN WP LABUAN TAHUN 2026

Pengauditan Luar MS ISO 9001:2015 bagi skop Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (PPP) yang telah berlangsung pada 28 September 2026. Sesi pengauditan ini telah dikendalikan secara profesional oleh barisan Juruaudit Luar daripada Syarikat PSV Surveillance yang terdiri daripada :

โ€ข Encik Izzat Izwan Bin Othman (Ketua Juruaudit)
โ€ข Encik Mohamed Heszzuddin Abu Hassan (Juruaudit)

Proses audit ini merangkumi pemeriksaan dokumen, temu bual, serta lawatan verifikasi yang melibatkan lokasi Ibu Pejabat Jabatan Pertanian WP Labuan.

Proses ini amat penting bagi menilai pematuhan serta keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan. Ia juga memastikan penyampaian khidmat nasihat, pemindahan teknologi moden, dan bimbingan teknikal kepada kumpulan sasar (para petani dan usahawan tani) sentiasa berada pada standard kualiti yang ditetapkan.

Diakhir sesi pengauditan, Puan Hafizah Binti Abdul Katha, Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian WP Labuan menitipkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen luar biasa yang telah diberikan.

"Standard yang tinggi mencerminkan integriti yang tinggi. Terima kasih atas usaha keras semua pihak untuk mengekalkan standard MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian."

Syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja di Jabatan Pertanian WP Labuan yang terlibat, serta jutaan terima kasih kepada barisan Juruaudit Luar atas penilaian yang telus.

โ€œBersama memacu sektor pertanian yang dinamik, berkualiti, dan berintegritiโ€

๐ŸŒฑ SELESAI KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI ๐ŸŒฑAlhamdulillah, telah selesai dilaksanakan Kursus Tanaman Secara Fertigasi anj...
19/09/2026

๐ŸŒฑ SELESAI KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI ๐ŸŒฑ

Alhamdulillah, telah selesai dilaksanakan Kursus Tanaman Secara Fertigasi anjuran Jabatan Pertanian WP Labuan pada 19 September 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pertanian Labuan.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas sistem fertigasi, penyediaan tanaman, pengurusan nutrien serta penjagaan tanaman menggunakan kaedah fertigasi.

Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen yang diberikan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam aktiviti pertanian masing-masing. ๐ŸŒฑ๐Ÿ’ง

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat! ๐Ÿ‘๐ŸŒฟ


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus menyatukan kita dalam memb...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang maju dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH JABATAN PERTANIAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUANPERODUA KEMBARA NOMBOR PEN...
14/09/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH JABATAN PERTANIAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

PERODUA KEMBARA
NOMBOR PENDAFTARAN WHR3254

๐ŸŒฑ KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI ๐ŸŒฑNak belajar cara menanam sayur menggunakan sistem fertigasi dengan lebih mudah, terat...
14/09/2026

๐ŸŒฑ KURSUS TANAMAN SECARA FERTIGASI ๐ŸŒฑ

Nak belajar cara menanam sayur menggunakan sistem fertigasi dengan lebih mudah, teratur dan berkesan? ๐ŸŒฟ๐Ÿ’ง

Jom sertai Kursus Tanaman Secara Fertigasi yang akan memberikan pendedahan mengenai asas sistem fertigasi, pengurusan baja dan nutrien, penyiraman serta penjagaan tanaman.

๐Ÿ‘จโ€๐ŸŒพ Penceramah:
En. Mohd Fahzullah bin Jimy

๐Ÿ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan D197, Jabatan Pertanian Labuan
๐Ÿ‘ฅ Peserta: Terhad kepada 30 orang sahaja

๐ŸŒฑ Antara perkara yang akan dipelajari:
โœ… Pengenalan sistem fertigasi
โœ… Jenis media dan tanaman yang sesuai
โœ… Pengurusan baja dan nutrien
โœ… Sistem penyiraman dan kawalan air
โœ… Teknik penjagaan serta meningkatkan hasil tanaman

๐Ÿ“ข Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam teknologi pertanian moden!

๐Ÿ“ DAFTAR SEKARANG:
Klik di sini untuk pendaftaran Kursus
https://forms.gle/PtjLKknr7AHvjSpH6
https://forms.gle/PtjLKknr7AHvjSpH6
https://forms.gle/PtjLKknr7AHvjSpH6
Tempat adalah terhad kepada 30 peserta sahaja. ๐ŸŒฟ

๐ŸŒฑ KURSUS TANAMAN SECARA HIDROPONIK ๐ŸŒฑ               12 SEPTEMBER 2026   Jabatan Pertanian W.P Labuan telah menganjurkan K...
14/09/2026

๐ŸŒฑ KURSUS TANAMAN SECARA HIDROPONIK ๐ŸŒฑ
12 SEPTEMBER 2026

Jabatan Pertanian W.P Labuan telah menganjurkan Kursus Tanaman Secara Hidroponik yang disertai seramai 30 orang peserta.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta mengenai kaedah penanaman secara hidroponik, termasuk pengenalan sistem hidroponik, penyediaan keperluan tanaman serta kaedah penjagaan tanaman yang betul.

Peserta turut diberikan penerangan dan tunjuk cara secara praktikal bagi membantu meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam mengaplikasikan teknologi hidroponik di rumah mahupun sebagai satu peluang untuk menjana pendapatan.

๐ŸŒฟ Pertanian moden, mudah dan praktikal!
๐ŸŒฑ Hidroponik โ€“ pilihan bijak untuk pertanian bandar.

Terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen yang diberikan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mengusahakan tanaman hidroponik secara berterusan.

Jabatan Pertanian W.P Labuan
Memperkasa Pertanian,
Menjamin Keterjaminan Makanan

permohonan telah penuh โ˜บ๏ธโ˜บ๏ธโ˜บ๏ธ
10/09/2026

permohonan telah penuh โ˜บ๏ธโ˜บ๏ธโ˜บ๏ธ

๐ŸŒฑ๐Ÿ’ง KURSUS TANAMAN SECARA HIDROPONIK ๐Ÿ’ง๐ŸŒฑ
โ€œTeknologi Pertanian Moden, Tanaman Segar Sepanjang Masaโ€

๐Ÿ“ข PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

Jom sertai kursus ini untuk mempelajari asas tanaman secara hidroponik serta teknik penanaman moden yang mudah, praktikal dan sesuai diaplikasikan di rumah, komuniti dan projek pertanian.

โœจ PESERTA AKAN DIDEDAHKAN KEPADA:
โœ… Pengenalan sistem tanaman hidroponik
โœ… Kaedah pemasangan sistem hidroponik
โœ… Pengurusan air dan nutrien tanaman
โœ… Teknik penjagaan tanaman hidroponik
โœ… Tip menghasilkan tanaman yang sihat dan berkualiti

๐Ÿ“… TARIKH: 12 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
โฐ MASA: 8.00 PAGI โ€“ 1.00 PETANG
๐Ÿ“ TEMPAT: DEWAN D197, JABATAN PERTANIAN LABUAN

๐Ÿ‘ฅ PESERTA TERHAD: 30 ORANG SAHAJA
๐ŸŽ‰ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

๐Ÿ“Œ MAKLUMAN PESERTA:
Peserta yang berjaya dipilih akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp rasmi kursus bagi tujuan penyampaian maklumat, persediaan dan urusan berkaitan kursus.

๐Ÿ”— DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/oW9HKFKVHHNWZKKPK2z9KGA
https://forms.gle/oW9HVVHKVHNWZKKPK2z9KGA
https://forms.gle/oW9HNHKFHKHKWZKKPK2z9KGA

โšก Tempat adalah terhad. Rebut peluang ini untuk belajar dan memulakan tanaman hidroponik anda!

08/09/2026
๐ŸŒฑ๐Ÿ’ง KURSUS TANAMAN SECARA HIDROPONIK ๐Ÿ’ง๐ŸŒฑโ€œTeknologi Pertanian Moden, Tanaman Segar Sepanjang Masaโ€๐Ÿ“ข PENDAFTARAN KINI DIBUKA...
08/09/2026

๐ŸŒฑ๐Ÿ’ง KURSUS TANAMAN SECARA HIDROPONIK ๐Ÿ’ง๐ŸŒฑ
โ€œTeknologi Pertanian Moden, Tanaman Segar Sepanjang Masaโ€

๐Ÿ“ข PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

Jom sertai kursus ini untuk mempelajari asas tanaman secara hidroponik serta teknik penanaman moden yang mudah, praktikal dan sesuai diaplikasikan di rumah, komuniti dan projek pertanian.

โœจ PESERTA AKAN DIDEDAHKAN KEPADA:
โœ… Pengenalan sistem tanaman hidroponik
โœ… Kaedah pemasangan sistem hidroponik
โœ… Pengurusan air dan nutrien tanaman
โœ… Teknik penjagaan tanaman hidroponik
โœ… Tip menghasilkan tanaman yang sihat dan berkualiti

๐Ÿ“… TARIKH: 12 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
โฐ MASA: 8.00 PAGI โ€“ 1.00 PETANG
๐Ÿ“ TEMPAT: DEWAN D197, JABATAN PERTANIAN LABUAN

๐Ÿ‘ฅ PESERTA TERHAD: 30 ORANG SAHAJA
๐ŸŽ‰ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

๐Ÿ“Œ MAKLUMAN PESERTA:
Peserta yang berjaya dipilih akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp rasmi kursus bagi tujuan penyampaian maklumat, persediaan dan urusan berkaitan kursus.

๐Ÿ”— DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/oW9HKFKVHHNWZKKPK2z9KGA
https://forms.gle/oW9HVVHKVHNWZKKPK2z9KGA
https://forms.gle/oW9HNHKFHKHKWZKKPK2z9KGA

โšก Tempat adalah terhad. Rebut peluang ini untuk belajar dan memulakan tanaman hidroponik anda!

Lawatan pemantauan kebun En. Moktar bin Nadius di Kg. Layangan bersama Timbalan Pengarah Pertanian, En. Rasheed bin Abdu...
27/08/2026

Lawatan pemantauan kebun En. Moktar bin Nadius di Kg. Layangan bersama Timbalan Pengarah Pertanian, En. Rasheed bin Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Pertanian, En. Joevier Jonny.

27 Ogos 2026

Lawatan ini turut disertai dengan pemberian khidmat nasihat berkaitan pengurusan dan penjagaan tanaman bagi membantu meningkatkan hasil serta produktiviti kebun.

Address

JABATAN PERTANIAN WP LABUAN Jalan BUKIT KUDA KG KILAN WP
Labuan
87021

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pertanian Labuan:

Shortcuts

Share