03/08/2026
Bakat dirai minat disantuni...
2 Ogos 2026 (Ahad) - Program Serlahkan Bakat Anda diteruskan lagi pelaksanaannya bagi edisi tahun 2026 ini di Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL).
Diadakan di Dewan Serbaguna DKL, program ini menjadi pentas kepada penghuni-penghuni DKL mempamerkan bakat terpendam dan kebolehan mereka berdasarkan minat masing-masing.
Pelbagai aksi telah dipertontonkan oleh para penghuni antaranya kemahiran menimbang bola, melukis, menjahit, bertutur bahasa Perancis, alunan tarannum dan lain-lain lagi.
Di samping melatih keyakinan diri untuk membuat persembahan di khalayak umum, program ini turut menyampaikan satu mesej kepada penghuni-penghuni bahawa DKL turut menghargai minat dan bakat mereka walau dalam bidang apa sekalipun dan walau sekecil apa sekalipun kebolehan tersebut.
Tahniah kepada semua penghuni yang telah menjadikan objektif pelaksanaan program ini berjaya dicapai.