Majlis Keselamatan Negara Labuan

Majlis Keselamatan Negara Labuan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri adalah agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar dan arahan berkaitan keselamatan negara.

04/09/2026

SCIATICA: BUKAN SEKADAR “SAKIT PINGGANG TURUN KE KAKI”

Ada yang rasa sakit bermula dari pinggang, turun ke punggung, menjalar ke belakang paha, betis sampai ke kaki.

Ada p**a yang rasa seperti terbakar, mencucuk, kebas atau seperti terkena renjatan elektrik.

Itulah gambaran tipikal sciatica.

Sciatica berlaku apabila akar saraf yang membentuk saraf sciatic menjadi tertekan atau teriritasi. Saraf sciatic ialah antara saraf terbesar dalam badan, bermula dari bahagian bawah tulang belakang dan turun melalui punggung hingga ke kaki.

Punca yang biasa termasuk disc tulang belakang yang menonjol, perubahan degeneratif tulang belakang atau ruang saraf yang semakin sempit.

Bila saraf ini terganggu, sakit tidak semestinya kekal di pinggang. Ia boleh “mengikut laluan saraf” ke punggung, paha, betis dan kaki.

Sebab itu simptomnya boleh berbeza-beza:
• sakit mencucuk atau seperti elektrik
• rasa terbakar
• kebas atau semut-semut
• sakit yang menjalar ke satu belah kaki
• kadang-kadang kaki terasa lemah

Menariknya, sakit yang sangat kuat tidak semestinya bermaksud saraf sudah rosak teruk. Keradangan dan sensitiviti saraf juga boleh menyebabkan kesakitan yang sangat ketara.

Kebanyakan kes boleh beransur pulih dengan rawatan konservatif seperti kekal aktif secara berperingkat, ubat tahan sakit yang sesuai, fisioterapi dan latihan pemulihan.

Tetapi dapatkan pemeriksaan segera jika sakit disertai kelemahan kaki yang semakin teruk, kebas di kawasan celah paha/kemaluan, atau hilang kawalan kencing dan buang air besar.

Jadi kalau sakit “menembak” dari pinggang atau punggung hingga ke kaki, jangan terus anggap ia sekadar lenguh otot.

Kenali laluan sakitnya.
Kenali puncanya.
Rawat dengan betul dan kembali bergerak.

Bacaan IPU Labuan pada 9.00 pagi, 4 September 2026 ialah 98 (SEDERHANA). Walaupun bacaan sudah berada di bawah paras 100...
04/09/2026

Bacaan IPU Labuan pada 9.00 pagi, 4 September 2026 ialah 98 (SEDERHANA). Walaupun bacaan sudah berada di bawah paras 100, jangan terus anggap keadaan jerebu sudah berakhir.

Keadaan udara boleh berubah dari semasa ke semasa. Jadi sebelum keluar atau merancang aktiviti di luar, biasakan semak IPU terlebih dahulu dan sesuaikan aktiviti mengikut keadaan semasa.

Jaga diri, jaga keluarga. Yang penting, jangan tunggu udara kembali tidak sihat baru kita mula berjaga-jaga.

Semoga baik-baik saja semua nya.
03/09/2026

Semoga baik-baik saja semua nya.

Gempa bumi lemah telah berlaku di Keningau, Sabah pada jam 9:31 pagi, 3 September 2026

Koordinat : 5.3° Utara dan 116.1° Timur
Magnitud : 3.4
Jarak : 10km Barat dari Keningau,Sabah
Kedalaman : 10 km

Gegaran dirasai di Keningau, Sabah dan kawasan sekitarnya.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini
https://forms.gle/jeyKFVvFWK4BXcY19


.met.gov.my

Ada perkara dalam hidup yang kita harap boleh diperbetulkan, tetapi masa tidak pernah berjalan ke belakang.Tak perlu sem...
03/09/2026

Ada perkara dalam hidup yang kita harap boleh diperbetulkan, tetapi masa tidak pernah berjalan ke belakang.

Tak perlu sempurna. Cukup pastikan hari ini kita sedikit lebih baik daripada semalam.

03/09/2026
Bacaan 𝗜𝗣𝗨 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 𝟭𝟳𝟱 berada pada tahap 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 setakat 𝟮.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴, 𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲.Orang ramai disarankan mengura...
02/09/2026

Bacaan 𝗜𝗣𝗨 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 𝟭𝟳𝟱 berada pada tahap 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 setakat 𝟮.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴, 𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲.

Orang ramai disarankan mengurangkan aktiviti fizikal dan lasak di luar, memberi perhatian kepada kanak-kanak, warga emas serta individu berisiko, dan sentiasa mengikuti maklumat rasmi berkaitan kualiti udara.

𝗦𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗜𝗣𝗨 • 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 • 𝗟𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮

Dalam setiap perjalanan, ada waktunya kita berasa penat dan langkah menjadi perlahan. Berehatlah jika perlu, tetapi jang...
02/09/2026

Dalam setiap perjalanan, ada waktunya kita berasa penat dan langkah menjadi perlahan. Berehatlah jika perlu, tetapi jangan berhenti mengejar apa yang telah dimulakan.

02/09/2026

Kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) W.P Labuan




02/09/2026

RABU 2 SEPTEMBER 2026 | 6 PAGI

DOA KETIKA JEREBU
02/09/2026

DOA KETIKA JEREBU

DOA KETIKA JEREBU

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, agar Allah SWT mengurniakan cuaca yang baik, memelihara kesihatan masyarakat Labuan serta menjauhkan kita daripada sebarang musibah, kemudaratan dan penyakit. Teruskan berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Semoga keadaan kembali pulih dengan izin Allah SWT.




Address

Majlis Keselamatan Negara WP Labuan, Tingkat 8 Blok 4 Ujana Kewangan
Labuan
87000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share