11/08/2026
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA UMNO LABUAN
DI MANA SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DI LABUAN?
LABUAN, 11 Ogos 2026
Pemuda UMNO Labuan mempersoalkan tahap kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Labuan yang dilihat masih belum begitu terasa, khususnya daripada pihak Perbadanan Labuan & Jabatan Wilayah Persekutuan.
Bulan Kemerdekaan sepatutnya menjadi antara tempoh paling meriah di Labuan dengan kibaran Jalur Gemilang, program patriotik dan penglibatan masyarakat.
Namun sehingga kini, suasana sambutan masih dilihat hambar dan kurang menyerlah berbanding apa yang sepatutnya.
Pemuda UMNO Labuan berpandangan, sebagai agensi utama yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan Labuan, Perbadanan Labuan perlu mengambil serius perkara ini.
Jangan biarkan Bulan Kebangsaan berlalu tanpa semaraknya.
Labuan juga mempunyai sejarah, identiti dan semangat patriotisme yang perlu diraikan serta ditonjolkan kepada seluruh rakyat, khususnya generasi muda.
Pemuda UMNO Labuan berharap Perbadanan Labuan & Jabatan Wilayah Persekutuan dapat menjelaskan mengapa sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini masih kelihatan begitu hambar di Labuan.
PEMUDA UMNO LABUAN