27/08/2026
*PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA: JABATAN PENJARA LAHAD DATU 🇲🇾*
*27 OGOS 2026* | DEWAN TOH PUAN NORLIDAH, PENJARA LAHAD DATU
Program Khas Aku Kasih Malaysia telah berlangsung dengan penuh pengisian di Dewan Toh Puan Norlidah, Penjara Lahad Datu, melibatkan penyertaan warga kerja Penjara Lahad Datu.
Program ini menjadi wadah dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai kenegaraan dan kecintaan kepada negara.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh *Encik Darwis bin Dawing*, *_Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sabah_*, yang berkongsi ilmu, pandangan dan pengetahuan berkaitan kepentingan penghayatan kenegaraan serta pembentukan masyarakat yang berintegriti, bertanggungjawab dan berjiwa patriotik.
Turut hadir *PKK Jorennedy Sylvester*, *Pengarah Penjara Lahad Datu* dan *Puan Artishah binti Seharing, Ketua Bahagian Pengurusan Penjara Lahad Datu,* bersama warga kerja Penjara Lahad Datu.
Semoga Program Khas Aku Kasih Malaysia ini terus menjadi platform dalam menyemai rasa cinta kepada negara, memperkukuh semangat kebersamaan serta membudayakan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kalangan warga kerja.
“Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.” 🇲🇾
Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan
Penjara Sandakan
Penjara Tawau Official