Markas 13 Briged

Markas 13 Briged "GAGAH BERANI"

Only The Brave Posted to 13th Infantry Brigade

03/09/2026
LAWATAN KERJA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT KE KTJ 13 BRIGEDLahad Datu – Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Moha...
02/09/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA DARAT KE KTJ 13 BRIGED

Lahad Datu – Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) telah melaksanakan lawatan kerja mulai 1 dan 2 Sep 26 di KTJ 13 Briged sekitar Tawau dan Lahad Datu.

Lawatan kerja YBhg TPTD selama dua hari tertumpu di tapak cadangan penempatan semula 13 Bgd dan pasukan naungan di sekitar Tawau.

YBhg TPTD seterusnya melaksanakan lawatan kerja ke Kem Cenderawasih, Lahad Datu dan TPTD turut berkesempatan melawat tapak pembinaan Kem Desa Kencana, Felda Sahabat 16.

Lawatan kerja ini diakhiri dengan lawatan tapak pos keselamatan di Pulau Sebatik, Tawau.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi dan meningkatkan kebajikan warga tentera.

Disediakan oleh: Sel Risik MK 13 Bgd.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π€π†π€πŒπ€ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ π™πŽπ πŠπ„πŒ π‚π„ππƒπ„π‘π€π–π€π’πˆπ‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”LAHAD DATU, ...
28/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π€π†π€πŒπ€ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ π™πŽπ πŠπ„πŒ π‚π„ππƒπ„π‘π€π–π€π’πˆπ‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

LAHAD DATU, 28 Ogos 26 – Seramai 7 orang pegawai dan 95 orang anggota LLP telah menghadiri Program Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat 13 Bgd bagi Zon Kem Cenderawasih yang telah diadakan di Surau Ar-Raayah, MK 13 Bgd, Kem Cenderawasih.

Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg Lt Kol Shah Rizal bin Chan Shah, Ketua Staf MK 13 Bgd serta Pegawai-Pegawai Pemerintah naungan 13 Bgd.

Program dimulakan dengan Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M yang telah disampaikan oleh Sjn Abdul Hadi bin Hanafi, Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MK 13 Bgd.

Ceramah yang disampaikan mengupas mengenai keperibadian, akhlak serta sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dan teladan kepada seluruh warga 13 Bgd dalam membentuk jati diri, meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam serta memperkukuhkan semangat ukhuwah sesama warga pasukan.

Program diakhiri dengan Khutbah dan Solat Jumaat. Semoga dengan penganjuran program kerohanian seperti ini dapat meningkatkan kecintaan dan penghayatan seluruh warga 13 Bgd terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan warga Gagah Berani yang berakhlak mulia, berdisiplin dan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

Disediakan Oleh: Sel Agama MK 13 Bgd.

COMMANDERS'S AUDIT 13 BRIGED TAHUN 2026 BAGI PASUKAN 26 RAMDTAWAU, 26 Ogos 26 - MK 13 Bgd telah melaksanakan Commander's...
26/08/2026

COMMANDERS'S AUDIT 13 BRIGED TAHUN 2026 BAGI PASUKAN 26 RAMD

TAWAU, 26 Ogos 26 - MK 13 Bgd telah melaksanakan Commander's Audit 13 Bgd Tahun 2026 ke atas pasukan 26 RAMD. Pemeriksaan diketuai oleh Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglima 13 Bgd di Kem Kukusan, Tawau pada hari ini.

Commander's Audit ini adalah kesinambungan dari Pra Commander’s Audit yang telah dilaksanakan pada 17-19 Ogos yang lalu dan bertujuan menilai tahap kesiagaan pasukan.

Dalam masa sama, Panglima 13 Bgd turut berkesempatan menyampaikan amanat kepada warga 26 RAMD yang akan diaturgerak ke Op BALASAH dalam masa terdekat.

26 RAMD juga turut mempamerkan kemampuan pasukan demonstrasi Public Order and Preservation Ordnance (POPO) dan Operation in Built-up Area (OBUA). Commander's Audit 26 RAMD telah diakhiri dengan sesi tandatangan buku lawatan oleh Panglima 13 Bgd.

Disediakan oleh: Sel Risik 26 RAMD.

PAMERAN KETENTERAAN SEMPENA KARNIVAL JUBLI EMAS SMK KUNAKKunak, 21 Ogos 2026 - Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja...
21/08/2026

PAMERAN KETENTERAAN SEMPENA KARNIVAL JUBLI EMAS SMK KUNAK

Kunak, 21 Ogos 2026 - Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) telah memenuhi jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak untuk mengadakan pameran sempena Karnival Jubli Emas yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Pameran yang diadakan bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan para pengunjung, khususnya warga SMK Kunak, berkaitan aset dan kelengkapan ketenteraan yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia. Antara bahan pameran yang dipamerkan termasuk senjata, kelengkapan medan, jerangkap samar, peralatan ketenteraan serta rangsum tempur, di samping penerangan berkaitan jenis, fungsi dan penggunaannya.

Pelaksanaan pameran ini turut memberi peluang kepada para pelajar dan pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat peralatan ketenteraan serta mendapatkan penerangan secara langsung daripada anggota 7 RAMD. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat, khususnya generasi muda, terhadap peranan serta kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Disediakan oleh: 7 RAMD.

π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π’π„πŒππ„ππ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πƒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π π“π„π‹πˆπ’π€πˆLahad Datu, 17 Ogos 2026 – Markas 13 Briged (MK 13 Bgd) t...
17/08/2026

π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π’π„πŒππ„ππ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πƒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π π“π„π‹πˆπ’π€πˆ

Lahad Datu, 17 Ogos 2026 – Markas 13 Briged (MK 13 Bgd) telah memenuhi jemputan Sekolah Kebangsaan Telisai bagi menyampaikan ceramah sempena Bulan Kemerdekaan. Program yang diketuai oleh Guru Besar, Puan Isjumiati binti Iskandar, melibatkan 187 orang pelajar dan 15 orang guru. Ceramah memberi penekanan kepada erti kemerdekaan, sejarah perjuangan, semangat patriotisme serta kepentingan menghargai keamanan dan kedaulatan negara.

Para pelajar turut diberikan penerangan mengenai tanggungjawab generasi muda dalam mengekalkan perpaduan, menghormati sesama masyarakat, mengamalkan disiplin serta belajar bersungguh-sungguh sebagai persediaan menjadi pewaris negara. Program ini turut menjadi platform bagi mendekatkan MK 13 Bgd dengan masyarakat, khususnya golongan pelajar, di samping menyemai nilai cintakan tanah air dan kesedaran terhadap kepentingan mempertahankan negara.

Pihak MK 13 Bgd merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, barisan guru dan para pelajar atas sambutan serta kerjasama yang diberikan. Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Malaysia dalam kalangan generasi muda.

Disediakan Oleh: Sel Pendidikan 13 Bgd

16/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEJARAH LAGU NEGARAKU

Tahukah anda? Lagu Negaraku yang menjadi simbol identiti dan kedaulatan negara mempunyai sejarah yang panjang sebelum dipilih sebagai Lagu Kebangsaan pada tahun 1957.

Daripada melodi lagu negeri Perak, Terang Bulan, lahirlah sebuah lagu yang kini dinyanyikan dengan penuh rasa bangga dan cinta kepada tanah air.

Ayuh hayati sejarah di sebalik lagu kebangsaan kita dan semarakkan semangat patriotisme dalam diri.

Negaraku. πŸ‡²πŸ‡Ύ
Dinyanyikan dengan penuh taat setia.




Address

Lahad Datu

Telephone

+60132837978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas 13 Briged posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Markas 13 Briged:

Shortcuts

Share