23/05/2026
🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-19 SKUBA2 2026 🏆
KOT19 SKUBA2 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 21 Mei 2026 di Padang SKUBA2. Acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid, malah turut mengeratkan semangat kerjasama seluruh warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada perasmi majlis,
Lim Soon Hai (Ahli Majlis Iskandar Puteri Zon 18)
atas kesudian hadir dan merasmikan kejohanan pada tahun ini.
🎖️ Ketua Kontinjen - Prince Jaya Aviram Ruben a/l Suresh
🎖️ Pembawa Bendera Kejohanan - Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza
✨ Tahniah kepada para pemenang ✨
🥇 Johan Keseluruhan — Rumah Alpha 💚
🥁 Johan Perbarisan — Rumah Delta 💙
🏅 Johan Sukantara — Rumah Alpha 💚
👟 Olahragawan
Muhammad Zafran Amsyar bin Fauzul Azim (Alpha)
👟 Olahragawati
Nur Qaseh Qalesya binti Abdul Hafiz (Delta)
⭐ Olahragawan Harapan
Syed Mohsein Jeffrey bin Syed Mohamed Redza (Gamma)
⭐ Olahragawati Harapan
Nur Dauliya Puteri binti Mohamed Hussain (Gamma)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, guru, ibu bapa serta warga SKUBA2 yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.
Ucapan terima kasih juga buat 15 orang sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang sudi meluangkan masa, tenaga dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Kehadiran dan bantuan yang diberikan amat dihargai.
Semoga semangat juang, disiplin dan kesukanan terus subur dalam diri setiap murid. 💪🏻
📸 ALBUM KOT19 -
https://photos.app.goo.gl/9TfYojw5XwQvu4Ne8