25/04/2026
25 April 2026 : Program Bersama Komuniti N.34 Batang Ai 2026 di Rh. James Jembon, Panjai Ruai Asal, Lubok Antu anjuran Majlis Daerah Lubok Antu.
Program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Malcolm Mussen Anak Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.34 Batang Ai telah dihadiri oleh 16 JKKK rumah panjang berdekatan.
Turut hadir semasa program ialah Datin Dorothy Anak Sylvester Pungga, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu, Kr. Larkin Anak Gol, Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Mikai Anak Mandau, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Puan Roseline Anak Neging, Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional Dan Mentor Sarawak, Encik Jampi Anak Tutong, Persatuan Ketua Masyarakat Daerah Lubok Antu, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Lubok Antu, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sri Aman, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman dan Immune Belt Enforcement Team (IBET) Daerah Lubok Antu.
Aktiviti semasa program :-
🐶 Pendaftaran lesen anjing baharu di bawah Majlis Daerah Lubok Antu -36 ekor anjing peliharaan
🆔 Pendaftaran SarawakPass berjaya didaftarkan -27 orang peserta
🐈 Kaunter Vaksinasi Anti Rabies, Mikrocip Dan Pendidikan Kesihatan Rabies oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sri Aman dan Immune Belt Enforcement Team (IBET)
🧑🧑🧒🧒 Kaunter Bantuan Kebajikan Dan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman