30/08/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐ ๐๐จ๐๐๐๐จ๐ฅ ๐ฅ๐๐ฆ๐จ๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ด๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐ ๐จ๐ง
Lumut, 28 Ogos 26 - Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK) telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Markas Pangkalan Lumut bertempat di Dewan Shariff, Pangkalan Lumut.
Program turut diserikan dengan persembahan Kumpulan Qasidah Al-Basyair, Manjung dan Kumpulan Nasyid SRAR An Nuriah. Selain itu, sambutan ini turut diisi dengan tausiah yang telah disampaikan oleh AF Ust Hj Muhammad Khairul Basri bin Osman, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kg Gajah. Program ini di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Mencintai Rasul (๐พ๐โ๐๐๐ก) serta cenderahati kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini. Turut hadir Pemangku Komander Pangkalan Lumut, Kept Hj Shaiful Fadzli bin Ismail TLDM serta pegawai-pegawai kanan MPL.
Secara keseluruhannya, program telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Markas Pangkalan Lumut. Program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai sirah serta kepimpinan Rasulullah SAW, malah turut memupuk kecintaan kepada Baginda serta menggalakkan warga TLDM Pangkalan Lumut khususnya dapat mengamalkan sunnah dan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Markas Pangkalan Lumut Official
Markas Pangkalan Lumut