Markas Pangkalan Lumut Official

Markas Pangkalan Lumut Official Lumut Naval Base Headquarters (HQ LNB) Official FB Page

13/08/2026
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‰π€π’π€πŒπ” πƒπˆπŠπ„ππ€ππ† – π…π€πˆπ‘ π–πˆππƒπ’ 𝐀𝐍𝐃 π…πŽπ‹π‹πŽπ–πˆππ† 𝐒𝐄𝐀𝐒 ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 π€ππ†π†πŽπ“π€ π‹π€πˆπ-π‹π€πˆπ ππ€ππ†πŠπ€π“ (𝐋𝐋𝐏) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“LUMUT, 8 Og...
10/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‰π€π’π€πŒπ” πƒπˆπŠπ„ππ€ππ† – π…π€πˆπ‘ π–πˆππƒπ’ 𝐀𝐍𝐃 π…πŽπ‹π‹πŽπ–πˆππ† 𝐒𝐄𝐀𝐒 ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 π€ππ†π†πŽπ“π€ π‹π€πˆπ-π‹π€πˆπ ππ€ππ†πŠπ€π“ (𝐋𝐋𝐏) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

LUMUT, 8 Ogos 26 – Seramai 241 orang pesara Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang – Fair Winds and Following Seas yang berlangsung di Dewan M. Sidek Shabudin, KD PELANDOK.

Majlis ini merupakan manifestasi penghargaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap jasa, pengorbanan dan khidmat bakti para pesara yang telah menabur bakti serta mencurahkan tenaga demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan, setiap pesara turut menerima RM600 dalam bentuk Skim Sijil Simpanan Premium (SSP).

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Latihan dan Doktrin TLDM, Laksamana Pertama Abd Halim bin Kamarudin, dan turut diiringi oleh Pemangku Komander Pangkalan Lumut, Kept Hj Shaiful Fadzli bin Ismail TLDM bersama warga Pangkalan TLDM Lumut.

Thank you for your service. Your legacy remains. βš“





πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π π‹π”πŒπ”π“ 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πƒπ€π‹π€πŒ ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π“π„πŠππˆπŠπ€π‹LUMUT, 7 Ogos 26 – Markas Pangkalan Lumut te...
09/08/2026

πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π π‹π”πŒπ”π“ 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πƒπ€π‹π€πŒ ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π“π„πŠππˆπŠπ€π‹

LUMUT, 7 Ogos 26 – Markas Pangkalan Lumut telah menerima pelaksanaan Pemeriksaan Teknikal Kenderaan dan Alat Pelbagai (PTKAP), Pemeriksaan Teknikal Senjata Kecil (PTSK) serta Pemeriksaan Teknikal Peluru dan Bahan Letupan (PTPL) bermula 3 hingga 7 Ogos 2026.

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan, keselamatan, keupayaan dan kebolehfungsian aset serta peralatan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan, selaras dengan keperluan pengurusan aset dan kesiapsiagaan operasi.

Sepanjang pemeriksaan, aspek berkaitan pengurusan, penyelenggaraan, dokumentasi serta keadaan fizikal aset dan peralatan telah diberi perhatian bagi memastikan segala tatacara serta prosedur yang ditetapkan dipatuhi dengan sewajarnya.

Hasil pemeriksaan, Markas Pangkalan Lumut berjaya memperoleh markah yang cemerlang, sekali gus membuktikan komitmen dan kesungguhan warga pangkalan dalam memastikan pengurusan aset serta peralatan dilaksanakan secara teratur, sistematik dan berterusan.

Pencapaian ini turut mencerminkan tahap profesionalisme, disiplin dan keprihatinan warga Markas Pangkalan Lumut dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, khususnya bagi memastikan aset dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat serta bersedia untuk digunakan.

Kejayaan yang dicapai ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga Markas Pangkalan Lumut untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta memperkukuh budaya kerja yang berintegriti, cekap dan berorientasikan kesiapsiagaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Markas Pangkalan Lumut atas pencapaian cemerlang yang telah dicapai.


06/08/2026
04/08/2026
01/08/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI PAHLAWAN 2026πŸ‡²πŸ‡ΎHari Pahlawan disambut sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada seluruh perwira negara y...
31/07/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ HARI PAHLAWAN 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Pahlawan disambut sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada seluruh perwira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran tanah air.

Seluruh warga Markas Pangkalan Lumut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia, veteran serta para pahlawan yang telah mencurahkan bakti tanpa mengenal erti lelah dan gentar.

Semoga semangat patriotisme, keberanian dan kesetiaan yang diwariskan oleh para pahlawan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga TLDM dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan maritim negara.

"Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan"

Address

Markas Pangkalan Lumut Official
Lumut
32100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Pangkalan Lumut Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category