24/08/2026
PROGRAM JIWA MURNI MADANI KD PANGLIMA HITAM SIRI 3/26
Program Jiwa Murni Madani KD PANGLIMA HITAM Siri 3/26 telah berjaya dilaksanakan di SK Telaga Nenas, Ayer Tawar pada 24 Ogos 26. Program julung kali ini melibat kegigihan 3 pegawai dan 23 LLP TLDM yang bergotong-royong bersama 13 orang guru demi keselesaan warga sekolah.
Fokus utama kerja merangkumi lepaan simen, mengecat, serta pembersihan semak-samun di pagar sekolah. Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Navy People dalam memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat dan kondusif.
Program diakhiri dengan tandatangan Sijil Pelaksanaan oleh Guru Besar, Puan Idiana binti Mohd Idris dan PM KD PANGLIMA HITAM, Kdr Mohd Faizzal bin Mohd Ali TLDM, dengan harapan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.