Bersama Padang Serai P017

Bersama Padang Serai P017 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bersama Padang Serai P017, Political Party, Taman Sejahtera, Lunas.

Sertai BERSAMA melalui kod rujukan saya: https://bersama.org/ms/daftar/daftar-ahli?referral=00010425

Pengaruh BERSAMA dibina dari sokongan rakyat biasa yang tidak mengharapkan balasan.

Terima kasih semua. Kita kalah semua dan hilang deposit.. Sebenarnya, pada minggu pertama kempen, INVOKE telah keluarkan...
13/07/2026

Terima kasih semua. Kita kalah semua dan hilang deposit..

Sebenarnya, pada minggu pertama kempen, INVOKE telah keluarkan data yang menunjukkan BERSAMA hanya boleh meraih 4% - 6% undi. Ini memang petanda yang BERSAMA boleh hilang semua deposit.

Inilah masalah INVOKE ni. Memang takde belas kasihan langsung. Tetapi begitulah sikapnya data yang jujur. Data yang jujur akan beri panduan tentang kebenaran walaupun kebenaran itu pedih. Bukan sekadar bentang apa yang sedap nak didengar.

Terpana juga kita dengan dapatan INVOKE tu.

Maka dengan mengekalkan naratif yang realistik, Rafizi pun tak berhenti dengan IRL beliau dari pagi sampai petang, kemudian bersambung lagi dengan ceramah di waktu malam.

Calon-calon juga terus dengan aktiviti ketuk pintu dan bertemu pengundi.

Kita juga pesan dengan calon-calon agar jangan menyerang orang lain sebab kita sendiri pun tak kuat.

Harapan kita ialah semoga akan ada swing undi berlaku pada saat akhir. Ternyata swing itu berlaku, tetapi belum ke arah BERSAMA.

Maka keputusan itu sudah dijangka. Itulah sebabnya setiap kali kami bertemu dengan penyokong yang bersemangat dan yakin BERSAMA boleh menang satu kerusi, kami hanya sambut dengan ucapan terima kasih dan disusuli dengan ayat "tak pasti, susah nak cakap".

Kecewa itu tetap ada. Tapi kita akan terus berusaha.

Terima kasih atas sokongan, kerja keras dan doa semua pihak.

Syukri Razab

"BERSAMA gagal?" "Tutup kedai?"Kalau itu ukuran politik, ramai parti yang wujud hari ini pun sepatutnya sudah lama "tutu...
13/07/2026

"BERSAMA gagal?" "Tutup kedai?"

Kalau itu ukuran politik, ramai parti yang wujud hari ini pun sepatutnya sudah lama "tutup kedai" selepas kekalahan pertama.

Hakikatnya, PRN Johor ialah permulaan untuk memperkenalkan jenama Parti BERSAMA kepada rakyat Malaysia, bukannya penamat perjuangan.

Dalam dunia pemasaran (marketing), orang tidak terus membeli produk yang baru dikenali. Langkah pertama ialah membina kesedaran jenama (brand awareness). Rakyat perlu tahu siapa kita, apa perjuangan kita dan apa yang kita tawarkan. Itu proses yang tidak berlaku dalam seminggu.

Yang lebih menghairankan, mengapa PH begitu sibuk menyalahkan BERSAMA?

Undi bukan hak milik PH. Jika pengundi memilih BERSAMA, itu bermaksud mereka membuat pilihan sendiri. Menyalahkan parti lain hanya menunjukkan PH masih gagal memahami mengapa sebahagian penyokong mereka mencari alternatif.

BERSAMA tidak ditubuhkan untuk membalas dendam. BERSAMA ditubuhkan kerana semakin ramai rakyat mahukan politik yang lebih berprinsip dan berani menegur sesiapa sahaja.

Kami menerima keputusan PRN Johor dengan terbuka. Tetapi perjuangan membina sebuah parti tidak diukur melalui satu pilihan raya.

Jenama BERSAMA baru dilahirkan. Perjalanan baru bermula. Yang panik bukan kami, tetapi mereka yang takut apabila rakyat mula mempunyai pilihan. 💛

"BERSAMA pengacau?"Dalam demokrasi, parti yang menawarkan pilihan kepada rakyat bukan "pengacau". Pengundi bukan milik m...
12/07/2026

"BERSAMA pengacau?"

Dalam demokrasi, parti yang menawarkan pilihan kepada rakyat bukan "pengacau". Pengundi bukan milik mana-mana parti.

Jika ada rakyat yang memilih BERSAMA, itu bermakna mereka membuat keputusan sendiri setelah menilai semua pilihan yang ada.

Menyalahkan parti lain kerana kehilangan undi hanya mengelakkan persoalan sebenar: mengapa sebahagian penyokong memilih untuk tidak lagi menyokong parti tersebut?

BERSAMA bertanding secara terbuka, mengikut undang-undang dan menawarkan Akujanji Khidmat kepada rakyat. Kami tidak mengambil hak sesiapa. Kami hanya menawarkan satu pilihan baharu.

Demokrasi yang sihat bukan meminta rakyat mengundi kerana "takut undi pecah", tetapi meyakinkan rakyat bahawa anda layak menerima undi mereka.

Jika mahu mendapatkan semula kepercayaan rakyat, jawapannya bukan menyalahkan BERSAMA. Jawapannya ialah memahami mengapa rakyat mencari alternatif.

Terima kasih kepada setiap rakyat Johor yang memilih BERSAMA.Setiap undi yang diberikan kepada sebuah parti yang baru be...
12/07/2026

Terima kasih kepada setiap rakyat Johor yang memilih BERSAMA.

Setiap undi yang diberikan kepada sebuah parti yang baru berusia 50 hari adalah satu amanah yang besar.

Kami tidak mengambilnya sebagai angka di atas kertas. Kami menerimanya sebagai tanda bahawa di luar sana ada rakyat Malaysia yang percaya kepada agenda yang dibawa BERSAMA dan nilai-nilai yang kami perjuangkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli dan sukarelawan BERSAMA yang datang dari seluruh negara untuk membantu kempen ini.

Ada yang memohon cuti daripada kerja. Ada yang memandu berjam-jam dari luar Johor. Ada yang menggunakan wang sendiri untuk untuk minyak, tol, makan dan tempat tinggal.

Ramai yang tinggal hampir dua minggu di Johor semata-mata mahu membantu sebuah parti yang belum pun mempunyai wakil rakyat.

Mereka menjadi PACA dari awal pagi hingga selesai pengiraan undi.

Mereka memasang bendera di bawah panas dan hujan.

Mereka mengangkat kerusi, mengedarkan risalah, dan melakukan seribu satu kerja yang kebanyakan orang tidak pernah nampak.

Tiada elaun yang lumayan. Tiada jaminan kemenangan.

Yang ada hanyalah keyakinan bahawa perjuangan ini berbaloi. Bahawa BERSAMA mampu menjadi wadah untuk membina politik yang lebih berprinsip dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Perjuangan seperti ini tidak akan pernah dibina oleh seorang individu.

Ia dibina oleh ribuan rakyat biasa yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang sendiri kerana percaya perubahan tidak akan datang jika semua hanya menunggu orang lain melakukannya.

Kepada semua yang mengundi BERSAMA, kepada semua yang berkempen, kepada semua yang menyumbang, dan kepada semua yang mendoakan kami, saya ucapkan terima kasih.

Rafizi Ramli

Keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2026 bukanlah seperti yang diharapkan oleh BERSAMA.Namun begitu, kami amat berterima...
12/07/2026

Keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2026 bukanlah seperti yang diharapkan oleh BERSAMA.

Namun begitu, kami amat berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memberikan sokongan dan memilih kami.

Dari lubuk hati saya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua calon dan sukarelawan yang telah bekerja keras serta berkorban tanpa mengenal penat sepanjang tempoh kempen.

Walaupun kami tidak berjaya memenangi sebarang kerusi kali ini, kita tetap boleh berbangga dengan keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sebuah parti yang masih muda.

BERSAMA tidak akan melupakan segala pengorbanan yang telah anda semua lakukan demi negara dan parti.

Perjalanan kita masih panjang.

Kekecewaan seperti ini adalah sebahagian daripada perjuangan.

Namun, dengan ketabahan dan disiplin, saya yakin BERSAMA mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada politik Malaysia serta merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat.

Janganlah kita berputus asa. Sebaliknya, gandakan usaha untuk menghadapi medan pilihan raya yang akan datang, termasuk di Negeri Sembilan.

Marilah kita terus bekerja supaya lebih ramai rakyat Malaysia mengenali perjuangan kita, memahami apa yang ingin kita capai demi negara, dan bersama-sama menyertai gerakan ini.

Kita mungkin mengalami satu kemunduran sementara di Johor.

Namun perjuangan kita untuk membina sebuah Malaysia yang mengangkat martabat dan kesejahteraan seluruh rakyatnya baru sahaja bermula.

Nik Nazmi

TERIMA KASIH, BANGSA JOHOR. 💛Setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap rakyat Johor yang telah memberikan sokongan dan m...
12/07/2026

TERIMA KASIH, BANGSA JOHOR. 💛

Setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap rakyat Johor yang telah memberikan sokongan dan mengundi Parti BERSAMA.

Setiap undi yang diberikan amat bermakna. Ia bukan sekadar tanda sokongan kepada sebuah parti, tetapi satu isyarat bahawa masih ada rakyat yang mahukan politik yang lebih bersih, berprinsip dan benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.

Perjuangan ini tidak berakhir di sini. Ini hanyalah permulaan.

Dengan izin Allah, setiap langkah kecil hari ini akan menjadi asas kepada perubahan yang lebih besar pada masa hadapan.

For A Better Nation.

Insya-Allah, kita akan terus melangkah.

💛 Ayuh BERSAMA.

"Apa sebenarnya sumbangan Rafizi?"Soalan itu sering ditanya sejak kebelakangan ini.Hakikatnya, mudah untuk mentertawakan...
12/07/2026

"Apa sebenarnya sumbangan Rafizi?"

Soalan itu sering ditanya sejak kebelakangan ini.

Hakikatnya, mudah untuk mentertawakan seseorang ketika dia kalah. Lebih sukar untuk berlaku adil terhadap sejarah.

Rafizi Ramli bukan seorang yang sempurna, dan beliau sendiri tidak pernah mendakwa begitu. Namun tidak adil untuk menafikan bahawa beliau pernah membawa budaya politik yang lebih berasaskan data, dasar dan semak imbang. Beliau juga pernah membangkitkan pelbagai isu yang memberi kesan besar kepada negara, walaupun berdepan tekanan dan risiko.

Anda boleh tidak bersetuju dengan beliau. Anda boleh memilih parti lain. Itu hak setiap rakyat dalam demokrasi.

Tetapi memadam semua sumbangan seseorang hanya kerana beliau memilih haluan politik yang berbeza bukanlah penilaian yang adil.

Perjuangan politik bukan larian 100 meter. Ia adalah maraton. Ada saat menang, ada saat kalah. Ramai pemimpin melalui kedua-duanya sebelum sejarah membuat penilaian.

Kami tidak malu bermula dari bawah.

Kepercayaan rakyat bukan dibina dalam sehari, tetapi melalui kesabaran, keikhlasan dan keberanian untuk terus berkhidmat.

Hari ini mungkin bukan hari kemenangan.

Namun selagi masih ada rakyat yang percaya kepada politik berprinsip, perjuangan ini belum berakhir.

Perjalanan masih panjang. Masa depan sentiasa milik mereka yang tidak pernah berhenti berusaha. 💛

JANGAN HUKUM BERDASARKAN RUPA, BERTINDAKLAH BERDASARKAN BUKTIInsiden melibatkan seorang wanita hamil yang didakwa disyak...
12/07/2026

JANGAN HUKUM BERDASARKAN RUPA, BERTINDAKLAH BERDASARKAN BUKTI

Insiden melibatkan seorang wanita hamil yang didakwa disyaki mencuri kerana bentuk perutnya mengundang pelbagai reaksi.

Jika benar berlaku seperti yang didakwa, ia mengingatkan kita bahawa setiap siasatan mesti dibuat berdasarkan bukti, bukannya andaian atau penampilan fizikal seseorang.

Premis perniagaan memang berhak melindungi harta mereka dan mengambil tindakan terhadap kes kecurian. Namun, setiap tindakan hendaklah dilakukan secara profesional, berhemah dan mengikut prosedur.

Tiada siapa patut dimalukan di khalayak ramai hanya kerana disyaki, apatah lagi jika tiada bukti yang jelas.

Pada masa yang sama, kita juga perlu berlaku adil kepada semua pihak. Setakat ini, orang ramai hanya mengetahui satu versi cerita. Biarlah siasatan dijalankan dan penjelasan daripada pihak pasar raya turut didengar sebelum membuat kesimpulan.

Maruah manusia mesti dihormati. Hak premis untuk melindungi harta benda juga mesti dipelihara.

Keadilan hanya dapat ditegakkan apabila setiap tindakan dibuat berasaskan fakta, bukan prasangka.

KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.Walaupun kepu...
11/07/2026

KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026

Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.

Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.

Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.

Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.

Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.

Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.

Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.

Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.

Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.

Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.

Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.

Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.

Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.

Rafizi Ramli
11 Julai 2026

Address

Taman Sejahtera
Lunas
09600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersama Padang Serai P017 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share