17/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐-๐
๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐พ
17 Julai 2026 | Jumaat | Miri ๐
Satu lawatan kerja dan sesi libat urus telah diadakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, ke Ladang Farm Direct pada 17 Julai 2026. ๐
Ladang Farm Direct diusahakan oleh seorang pengusaha pertanian yang berdedikasi, En. Yek Nai Boom, yang memfokuskan kepada tanaman ๐๐ฐ๐ญ๐ฅ๐ฆ๐ฏ ๐๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฏ, ๐๐ข๐ฅ๐ฆ ๐๐ฆ๐ธ, ๐๐ฐ๐ค๐ฌ ๐๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฏ, Labu Pandan, dan Labu Manis. ๐ Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat perkembangan projek pertanian tersebut, di samping mendapatkan maklum balas langsung mengenai operasi dan potensi pembangunan ladang berkenaan. ๐
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Profesor Dr. Harry Entebang, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB), bersama-sama wakil daripada agensi-agensi berkaitan. ๐ค
Semasa sesi tersebut, Pegawai FAMA Bahagian Miri, En. Kemin anak Rantap, telah menyampaikan Sijil ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ฆ๐ด๐ต kepada En. Yek Nai Boom sebagai pengiktirafan terhadap pengeluaran produk melon yang telah memenuhi piawaian pensijilan ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ฆ๐ด๐ต. ๐
Selain itu, En. Kemin anak Rantap turut menyerahkan salinan Dokumen Perjanjian Jual Beli ๐๐ฐ๐ณ๐ธ๐ข๐ณ๐ฅ ๐๐จ๐ณ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต antara FAMA dan Farm Direct bagi tujuan pemasaran hasil Labu Manis yang diusahakan di ladang tersebut. โ๏ธ Perjanjian ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh jaminan pasaran kepada pengusaha, sekali gus meningkatkan daya saing produk tempatan melalui kerjasama strategik antara FAMA dan pihak pengeluar. ๐
Lawatan ini mencerminkan komitmen tinggi pihak kerajaan dan agensi berkaitan dalam memperkukuh pembangunan sektor agromakanan, meningkatkan pendapatan golongan petani, serta memastikan hasil pertanian tempatan terus berdaya saing di pasaran domestik mahupun antarabangsa. ๐
Laman Sosial Rasmi FAMA Negeri Sarawak