21/04/2026
Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Peringgit telah dipengerusikan oleh Ybhg Datuk Shafari Bin Abdullah bagi membincangkan persiapan akhir menjelang Mesyuarat Agung Cawangan yang akan berlangsung pada:
🗓 Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Balai Raya Peringgit
Mesyuarat sayap-sayap UMNO yang melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri akan bermula pada jam 8.30 malam, sebelum diteruskan dengan Mesyuarat Agung Cawangan Peringgit.
Sehubungan itu, semua ahli UMNO Cawangan Peringgit dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan mesyuarat ini serta mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan aktiviti akan datang.
Kehadiran anda amat dihargai.