73 BN KPD

73 BN KPD


20/03/2026
MAJLIS KHATAM AL QURAN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJAMELAKA, 13 Mac 2026 - Bersempena bulan Ramadan yang pe...
17/03/2026

MAJLIS KHATAM AL QURAN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA, 13 Mac 2026 - Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Pasukan 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Musollah Azman, Kem Terendak. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu pengisian kerohanian bagi mengimarahkan bulan Ramadan di kalangan warga 73 Bn KPD.

Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan lagi penghayatan terhadap Al-Quran di samping menggalakkan amalan membaca selaras dengan keistimewaan bulan Ramadan yang menjadi medan terbaik untuk meningkatkan amalan ibadah.

Majlis ini telah dipimpin oleh Lt M Muhammad Hafizi bin Mohd Firdaus bersama-sama para peserta tadarus Al-Quran yang berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Seramai 18 orang anggota telah menyertai program tadarus Al-Quran ini, diikuti oleh kaki tangan awam yang turut sama menjayakan pengisian program tersebut.

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta Tadarus Al-Quran yang telah disempurnakan oleh Mej Mohd Azizul bin Mokhtar, Penolong Pegawai Memerintah 73 Bn Kpd sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan mereka sepanjang program berlangsung.

Penganjuran majlis seumpama ini diharapkan dapat terus memupuk semangat kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuh nilai kerohanian dalam kalangan warga 73 Bn KPD sepanjang bulan Ramadan.




(SIARAN LEWAT) MAJLIS BERBUKA PUASA 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA MELAKA, 5 Mac 2026 - Majlis Berbuka Puasa Pering...
13/03/2026

(SIARAN LEWAT) MAJLIS BERBUKA PUASA 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA, 5 Mac 2026 - Majlis Berbuka Puasa Peringkat Pasukan 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) telah diadakan dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan. Majlis ini diadakan di Musolla Azman, 73 Bn KPD bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak sebagai platform memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga 73 Bn KPD.

Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Lt Kol Kogilabalan Nair a/l Gunasekaran, Pegawai Memerintah 73 Bn KPD. Ketibaan Pegawai Memerintah telah disambut mesra oleh seluruh warga 73 Bn KPD sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan acara berbuka puasa secara sederhana di perkarangan Musolla Azman dengan menjamah kurma dan kuih-muih, sebelum seluruh hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Seusai solat, majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa yang turut diadakan di Dewan Salim.

Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja mengimarahkan bulan Ramadhan, malah berperanan sebagai medium mempererat ukhuwah, meningkatkan moral serta menyemarakkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga 73 Bn KPD.




07/03/2026

(๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฃ๐—— ๐Ÿ‘ฅ)

Segmen Kenali Warga Kor kali ini menampilkan ๐—ฃ๐—ช ๐—œ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐—ธ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ, 44 tahun, yang kini berkhidmat sebagai ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ท๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป di ๐Ÿณ๐Ÿฏ ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ.

Sebagai Sarjan Mejar Rejimen, beliau memainkan peranan penting dalam memastikan aspek disiplin, kebajikan serta pentadbiran anggota di peringkat batalion sentiasa berada pada tahap terbaik. Jawatan ini juga menuntut pengalaman, kepimpinan serta ketegasan dalam membantu Pegawai Memerintah memastikan setiap tugas dan tanggungjawab unit dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Pengalaman serta komitmen yang ditunjukkan mencerminkan profesionalisme warga Kor Perkhidmatan DiRaja yang sentiasa berpegang kepada prinsip โ€œBerkhidmat Kepada Semuaโ€ dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab.

@68

.0wayforward







PERBARISAN IKRAR BEBAS RASUAH 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJAMELAKA, 27 Februari 26 - Pasukan 73 Batalion Kor Perkhi...
28/02/2026

PERBARISAN IKRAR BEBAS RASUAH 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA, 27 Februari 26 - Pasukan 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) telah mengadakan Perbarisan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Salim, 73 Bn KPD dengan penglibatan seluruh pegawai dan anggota pasukan. Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan ketelusan selaras dengan aspirasi Tentera Darat Malaysia.

Perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Kogilabalan Nair a/l Gunasekaran yang turut bersama-sama melafazkan Ikrar Bebas Rasuah sebagai simbol iltizam dan tekad untuk menolak sebarang bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Perbarisan ini diakhiri dengan bacaan doa sebagai simbolik kesepakatan seluruh warga skuadron untuk menegakkan nilai murni dalam perkhidmatan.




(SIARAN LEWAT) MESYUARAT PEGAWAI MEMERINTAH 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA SIRI 1/26MELAKA, 16 Februari 26 - Pasuka...
24/02/2026

(SIARAN LEWAT) MESYUARAT PEGAWAI MEMERINTAH 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA SIRI 1/26

MELAKA, 16 Februari 26 - Pasukan 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) telah melaksanakan Mesyuarat Pegawai Memerintah Siri 1/26 di Bilik Mesyuarat Rahman. Mesyuarat dimulakan dengan acara bergambar bersama ahli mesyuarat di hadapan Bangunan Bekalan. Mesyuarat kemudiannya diteruskan lagi dengan Bacaan Doa dan Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi.

Mesyuarat Peg Mem 73 Bn KPD Siri 1/26 diadakan bertujuan bagi membincangkan perkara - perkara berkaitan gerakan, pentadbiran dan logistik serta wadah perkongsian pandangan berkenaan permasalahan atau isu - isu di pasukan. Pegawai Memerintah dalam ucapan penutupnya telah menyampaikan hasrat beliau bagi halatuju pasukan selain mengingatkan kesemua Peg dan PTTK agar terus komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.




PERBARISAN HARI ULANG TAHUN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE โ€“ 37MELAKA, 9 FEBRUARI 2026 โ€“ Perbarisan Hari...
11/02/2026

PERBARISAN HARI ULANG TAHUN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE โ€“ 37

MELAKA, 9 FEBRUARI 2026 โ€“ Perbarisan Hari Ulang Tahun 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) Ke โ€“ 37 telah diadakan di Padang Kawad Pasukan yang berkekuatan seramai 6 x Pegawai dan 78 anggota Lain โ€“ Lain Pangkat (LLP). Perbarisan yang diketuai oleh Mej Ridzuan bin Norman dimulai dengan nyanyian Kor Perkhidmatan DiRaja seterusnya diikuti dengan Acara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut 73 Bn KPD antara Mej Mohd Azizul bin Mokhtar dengan Pemangku Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut 73 Bn KPD iaitu Kapt Abdul Razzak Othmani bin Ab Rahim. Mantan Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut 73 Bn KPD kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Memerintah 73 Bn KPD.

Perbarisan juga turut diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat kepada 16 x anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat daripada Pbt ke LKpl. Seterusnya, Pegawai Memerintah 73 Bn KPD telah menyampaikan ucapan, di mana beliau merakamkan ucapan tahniah kepada anggota yang baru disempurnakan pemakaian pangkat. Pegawai Memerintah juga turut mengajak warga 73 Bn KPD untuk mengenang sejarah penubuhan pasukan sepanjang 37 tahun ditubuhkan.

Tanggal 1 Februari 1989 merupakan tarikh keramat bagi Pasukan 73 Bn KPD yang mana tarikh ini merupakan detik penubuhan 73 Bn KPD secara Ad Hoc di Kem Terendak. Penubuhan Pasukan ini merangkumi Markas Batalion, Kompeni Angkut, Kompeni Bekalan dan Kompeni Hantaran Udara. Namun pada 15 Oktober 2009, Markas Tentera Darat telah mengeluarkan arahan untuk meletakkan Kompeni Hantaran Udara 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja di bawah implimentasi sejajar dengan perkembangan Tentera Darat yang menjurus ke arah membentuk sebuah organisasi yang lebih bersifat lean and mean dan fokus kepada tugas teras iaitu aspek pengangkutan dan bekalan.

Namun begitu, bagi memastikan bantuan dan sokongan yang jitu, beberapa pasukan telah diletakkan dan ditubuhkan di bawah perintah 73 Bn KPD. Antaranya adalah 11 Kompeni Angkut KPD (AW) dan 14 Kompeni Angkut KPD (AW) diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD mulai 1 Julai 2007, UPPK Terendak ditubuhkan pada tahun 21 November 2011 dan diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD. SBTD Terendak diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD mulai 12 Oktober 2018. SBTD Gemas diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD mulai 11 Mac 2019.

Menelusuri sepanjang 37 tahun penubuhannya, 73 Bn KPD telah berfungsi sebagai pasukan bantuan khidmat yang memberi bantuan logistik untuk memenuhi keperluan operasi Tentera Darat secara amnya dan Formasi Divisyen Ketiga Infrantri Malaysia secara khasnya. Justeru, Perbarisan Hut 73 Bn KPD Ke โ€“ 37 telah dilaksanakan sebagai satu penghargaan dan ingatan terhadap hari penubuhan pasukan ini.




HARI PENGAJIAN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA (MEMAHAMI STRATEGI PELAKSANAAN PELAN ANTI RASUAH ATM - ISU DA...
10/02/2026

HARI PENGAJIAN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA (MEMAHAMI STRATEGI PELAKSANAAN PELAN ANTI RASUAH ATM - ISU DAN CABARAN)

MELAKA, 5 Febuari 2026 - Pasukan 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) telah melaksanakan Hari Pengajian Pasukan bertempat di Dewan Salim 73 Bn KPD. Antara pengisian program yang dianjurkan adalah Ceramah berkenaan dengan Integriti di dalam ATM - Isu dan Cabaran yang disampaikan oleh Lt Kol Kogilabalan Nair a/l Gunasekaran, Pegawai Memerintah 73 Bn KPD.

Objektif program ini diadakan bagi memberi maklumat kepada semua warga 73 Bn KPD mengenai bahayanya rasuah terhadap organisasi dan pentingnya integriti didalam diri individu. Program ini juga turut membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi di setiap peringkat serta turut membincangkan mengenai faktor kecemerlangan integriti yang boleh diterapkan didalam diri individu dan organisasi.

Melalui program seumpama ini, adalah diharap semua warga 73 Bn KPD beroleh manfaat. Program seperti ini merupakan antara aktiviti rejimental yang dilaksanakan secara berkala bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran warga 73 Bn KPD.




FUN RUN 3.7 KM SEMPENA HARI ULANG TAHUN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE 37MELAKA, 3 Febuari 2026 - Warga 73 Batal...
06/02/2026

FUN RUN 3.7 KM SEMPENA HARI ULANG TAHUN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE 37

MELAKA, 3 Febuari 2026 - Warga 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn Kpd) telah meraikan Hari Ulang Tahun Pasukan Ke 37 dengan Fun Run 3.7 Kilometer di sekitar kawasan Kem Terendak.

Aktiviti dimulakan dengan pemanasan badan bertempat di Padang Kawad 73 Bn KPD serta taklimat keselamatan oleh Physical Training Instructor (PTI) sebelum pelepasan disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 73 Bn KPD iaitu Lt Kol Kogilabalan Nair a/l Gunasekaran.

Pelaksanaan larian ini adalah sebagai simbolik warga 73 Bn KPD bagi meraikan HUT Pasukan Ke 37. Sebagai Warga Pasukan 73 Bn KPD, semua lapisan peringkat patut meraikan dengan penuh rasa bertanggungjawab agar bersama - sama memastikan Pasukan 73 Bn KPD lebih cemerlang dan cergas dalam merealisasikan matlamat ATM sebagai Angkatan Masa Hadapan - Benteng Pertahanan Negara.

Program Fun Run ini juga dapat menjaga kesihatan serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental warga 73 Bn KPD.




MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJAMELAKA, 2 Febru...
06/02/2026

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA, 2 Februari 2026 โ€“ Pasukan 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) telah melaksanakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Dhuha Sempena Hari Ulang Tahun 73 Bn KPD yang ke 37 bertempat di Musolla Azman, 73 Bn KPD. Majlis dimulakan dengan solat dhuha berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Yassin serta doa selamat yang dipimpin oleh PW II Hamdi bin Omar, Penyelia Hal Agama 73 Bn KPD.

Majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan dan keselamatan untuk semua warga 73 Bn KPD serta menyuburkan semangat cintakan negara berlandaskan ajaran Islam. Majlis juga diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh PW II Hamdi bin Omar. Turut hadir bersama โ€“ sama, Pegawai Memerintah 73 Bn KPD, Lt Kol Kogilabalan Nair a/l Gunasekaran yang turut menyampaikan sumbangan derma kilat kepada Kpl Mohd Khusairey bin Khalid yang telah kehilangan ibu mertuanya pada 21 Jan 26 yang lalu.




(SIARAN LEWAT) PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KOMPENI BEKALAN DAN AJUTAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN ...
05/02/2026

(SIARAN LEWAT) PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KOMPENI BEKALAN DAN AJUTAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA, 27 Januari 2026 โ€“ Seramai 3 pegawai dan 65 anggota Lain โ€“ Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan dan Ajutan 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD). Mej Mohd Amin bin Haji Atan, Mantan Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan bertukar keluar ke Markas Garison Gemas menjawat jawatan sebagai Pegawai Perumahan dan Mej Norazuan bin Mohamad selaku Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan 73 Bn KPD yang baharu.

Perbarisan telah diketuai oleh Kapt Nur Amira binti Baharin, Pegawai Akaun Kompeni Bekalan 73 Bn KPD. Acara dimulakan dengan nyayian lagu Kor Perkhidmatan DiRaja disusuli dengan pemeriksaan barisan. Dalam ucapan Mantan Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan, beliau merakamkan setinggi โ€“ tinggi penghargaan kepada seluruh warga 73 Bn KPD atas kerjasama, dedikasi dan disiplin yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau memegang jawatan.

Perbarisan turut diteruskan dengan acara serah menyerah Ajutan di Padang Kawad 73 Bn KPD. Pemangku Ajutan, Kapt Abdul Razzak Othmani bin Ab Rahim telah menyerahkan Tugas Ajutan kepada Kapt Aisyah binti Mohammad. Perbarisan telah disaksikan oleh Lt Kol Kogilabalan Nair a/l Gunasekaran, Pegawai Memerintah 73 Bn KPD. Perbarisan diteruskan lagi dengan Majlis Pemakaian Pangkat Staf Sarjan Hamdi bin Omar ke Pangkat Pegawai Waran II.

Perbarisan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang โ€“ kenang bersama warga 73 Bn KPD. Seluruh warga 73 Bn KPD merakamkan setinggi โ€“ tinggi penghargaan atas khidmat bakti mantan Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan dan mengalu โ€“ alukan kepimpinan Pegawai Pemerintah Kompeni Bekalan yang baharu bagi mengekalkan kecemerlangan organisasi.




(SIARAN LEWAT) PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJAMELAKA, 20 Januari 2026 - Perbarisan Peg...
04/02/2026

(SIARAN LEWAT) PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA

MELAKA, 20 Januari 2026 - Perbarisan Pegawai Memerintah 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) telah dilaksanakan dengan penuh adat dan rejimental yang bertempat di Padang Kawad 73 Bn KPD.

Perbarisan ini telah dipimpin oleh Mej Mohd Azizul bin Mokhtar, Pemangku Penolong Pegawai Memerintah selaku Pegawai Perbarisan dengan penglibatan kesemua pegawai dan anggota 73 Bn KPD.

Perbarisan penuh istiadat ini telah dimulakan dengan penerimaan tabik hormat oleh Lt Kol Kogilabalan Nair a/l Gunasekaran, Pegawai Memerintah 73 Bn KPD dan disusuli dengan pemeriksaan barisan sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah.

Dalam ucapannya , Pegawai Memerintah telah mengariskan beberapa keutamaan beliau yang harus diberikan perhatian khusus oleh setiap warga dalam menghadapi tahun 2026 yang dijangka akan lebih mencabar.

Antara intipati ucapan beliau adalah berhati - hati dalam memuat naik sebarang kenyataan di dalam media sosial. Selain itu, Pegawai Memerintah juga turut menegaskan bahawa pasukan mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap penyalahgunaan dadah dan memandang serius kesalahan tidak hadir tanpa cuti (THTC)

Sesunguhnya, Perbarisan ini adalah manifestasi komitmen berterusan 73 Bn KPD dalam mengukuhkan displin , semangat setiakawan serta kesiapsiagaan pasukan demi amanah yang dipertanggungjawabkan.




Address

73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja Kem Terendak
Malacca City
76200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 73 BN KPD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share