MYSPB MBMB

MYSPB MBMB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MYSPB MBMB, MBMB Graha Makmur Jalan Ayer Keroh Tun Abdul Razak, Malacca City.

Sistem Pengurusan Berintegrasi MBMB ini merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Aspek Impak Alam Sekitar, dan Pengurusan Anti Rasuah

11/06/2026

😌 Anda stres di pejabat?

Luangkan beberapa minit setiap hari untuk melakukan regangan ringan bagi membantu mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan fokus dan menyegarkan minda.

Rehat seketika, bergerak secara berkala dan amalkan gaya kerja yang sihat.

Regang sejenak, rasa beza besar!

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


11/06/2026
11/06/2026

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026

Marilah kita bersama-sama memelihara alam sekitar dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari. Setiap tindakan kecil seperti mengurangkan penggunaan plastik, menjimatkan tenaga dan mengamalkan kitar semula mampu memberi impak besar kepada kelestarian bumi.

β€œAlam Terpelihara, Masa Depan Sejahtera.” ♻️

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


11/06/2026
11/06/2026

πŸ“’ BENGKEL OSH COORDINATOR (OSH-C) MBMB 2026 πŸ‘·β€β™‚οΈπŸ‘·β€β™€οΈ

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mempelawa para kontraktor dan majikan untuk menyertai Bengkel OSH Coordinator (OSH-C) MBMB 2026.

πŸ“Œ Mengapa Anda Perlu Sertai?
βœ… Memenuhi keperluan Seksyen 29A, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2022
βœ… Wajib bagi kontraktor MBMB yang mempunyai lebih daripada 5 orang pekerja
βœ… Melantik OSH Coordinator (OSH-C) yang bertauliah
βœ… Sijil penyertaan disediakan
βœ… Boleh membuat tuntutan HRDF
βœ… Mata CCD turut disediakan

πŸ“… Tarikh
6 – 8 Julai 2026

πŸ•— Masa
8.00 pagi – 5.00 petang

πŸ“ Lokasi
Tamara Hotel, Melaka

πŸ’° Yuran Penyertaan
β€’ RM750.00 (Tunai)
β€’ RM850.00 (Local Order / LO)

πŸ”΄ Daftar Sekarang!
Klik pautan atau imbas kod QR pada poster:
https://space.mbmb.gov.my/space/spacdetail.cfm

πŸ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi:
πŸ“Œ Puan Hidayah Zakaria – 019-757 8143
πŸ“Œ Puan Afiqah Abd Aziz – 011-5141 6698

πŸ’‘ Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja anda serta menjadi OSH-C yang kompeten dan bertauliah.





11/06/2026

Bagaimana keadaan kerja anda?

Kesihatan mental di tempat kerja sama pentingnya dengan keselamatan fizikal. Kenali tanda-tanda risiko psikososial seperti tekanan kerja berlebihan, keletihan dan konflik di tempat kerja.

Ambil masa untuk berehat, berkomunikasi dengan baik dan dapatkan sokongan apabila diperlukan.

Tempat kerja yang sihat bermula dengan minda yang sihat. πŸ’™πŸ’‘

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah



11/06/2026

Etika media sosial bukan sekadar tentang apa yang kita kongsi, tetapi juga tentang siapa kita apabila tiada siapa yang menegur.

Dalam dunia yang bergerak pantas, kita mudah terdorong untuk menjadi orang pertama yang memberi reaksi. Namun, lebih penting untuk menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap setiap perkataan yang ditulis dan setiap maklumat yang disebarkan.

Sebelum menekan butang kongsi, tanyakan kepada diri:

βœ”οΈ Adakah maklumat ini benar?
βœ”οΈ Adakah ia memberi manfaat?
βœ”οΈ Adakah ia menjaga maruah dan keharmonian orang lain?

Kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab. Integriti tidak hanya diukur di tempat kerja, tetapi juga dalam ruang digital yang kita diami setiap hari.

Media sosial yang sihat bermula dengan pengguna yang beretika.

GOTONG ROYONG PERDANA EKSAπŸ—“οΈ : 15 MEI 2026 (JUMAAT)⏰ : 8pagi - 12tengahariπŸ“ : Semua Zon EKSA Cantik dihias sebuah raga,H...
14/05/2026

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA

πŸ—“οΈ : 15 MEI 2026 (JUMAAT)
⏰ : 8pagi - 12tengahari
πŸ“ : Semua Zon EKSA

Cantik dihias sebuah raga,
Hendak diisi manisan halwa,
Kebersihan pejabat perlu dijaga,
EKSA tanggungjawab kita semua

Aktiviti riadah setiap sabtu,
Minda tenang badan aktif,
Marilah MBMB kita bersatu,
Persekitaran kondusif, MBMB proaktif



Keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama. Sepanjang tahun 2025, sebanyak 6 kes kemalangan pekerjaan tela...
12/05/2026

Keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama. Sepanjang tahun 2025, sebanyak 6 kes kemalangan pekerjaan telah dilaporkan melibatkan warga kerja MBMB.

Justeru, semua anggota diseru agar sentiasa:

βœ… Mematuhi arahan kerja selamat
βœ… Menggunakan PPE yang sesuai
βœ… Mengikuti SOP yang telah ditetapkan
βœ… Mengutamakan keselamatan sepanjang masa

Marilah kita bersama-sama mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan harmoni.

⚠️ Utamakan Keselamatan, Elak Kemalangan ⚠️

Layari https://myspb.mbmb.gov.my/myspb/startapp.cfm untuk lebih info

Address

MBMB Graha Makmur Jalan Ayer Keroh Tun Abdul Razak
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MYSPB MBMB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MYSPB MBMB:

Share