Dunia Tentera

Dunia Tentera Menjual pelbagai barangan outdoor dan militari

Geng!!Korang mana yang nak dapatkan  baju inner paratrooper edisi kepala tengkorakBoleh tekan link dekat bawah ⤵️⤵️⤵️htt...
18/09/2024

Geng!!
Korang mana yang nak dapatkan baju inner paratrooper edisi kepala tengkorak

Boleh tekan link dekat bawah ⤵️⤵️⤵️

https://my.shp.ee/9LFZZgA
https://my.shp.ee/9LFZZgA
https://my.shp.ee/9LFZZgA

Benda baru up, masih panas ² lagi 🤭

Army Style T-Shirt 10 BRIGED PARA BAJU PARA T-SHIRT INNER 10 BGD PARA Material Microfiber Round Neck Color Sand Khaki SILA “CHAT” KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN Material: Microfibre Quick Dry/Polyester Colour: Sand / Khaki *Sangat sesuai untuk digunakan sebagai Inner Digital *Sila lihat kedai ka...

11/05/2023
𝐅𝐎𝐓𝐎 “𝐑𝐀𝐑𝐄” 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu telah menggesa Pegawai British di Tanah Me...
03/12/2022

𝐅𝐎𝐓𝐎 “𝐑𝐀𝐑𝐄” 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀

Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu telah menggesa Pegawai British di Tanah Melayu untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan. Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pertama pada tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak watan di Tanah Melayu.

Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu.

Kredit : Friend of Impak

Hanya mereka yang layak saja yang boleh memakai lencana payung terjun ni.Ni kerana mereka telah dilatih mengikut SOP dan...
01/12/2022

Hanya mereka yang layak saja yang boleh memakai lencana payung terjun ni.Ni kerana mereka telah dilatih mengikut SOP dan telah diberi latihan teori dan amali,sebelum mereka menjalani penerjunan sebenar.

Ini kerana ada segelintir anggota pasukan keselamatan sekarang di lihat memakai lencana penerjunan ni walaupun hanya melakukan penerjunan hanya sebanyak 2 kali dan latihan selama 2 hari sahaja.

Cara mereka mengendali payung terjun pun perlu dikawal dari bawah mengunakan walkie talkie.

Berbanding dengan mereka yang terlatih perlu menjalani kursus payung terjun selama satu bulan.Semua pelajaran kecemasan di ajar,mendarat di air,dipokok dan di wayar.Mereka yang terlatih juga di ajar bagaimana penerjun perlu di terjunkan bersama alatan untuk situasi tugas sebenar.

Hormat kepada pasukan keselamatan yang memakai lencana penerjunan yang mereka dapat.Berbanding sesetengah pihak 2 hari dah dapat lencana.Segantang peluh mereka bergadai nyawa untuk mendapatkan lencana keramat ni.

Segala bentuk arahan penerjunan mengikut SOP pasukan masing-masing.Kerana mereka lebih terlatih dari pihak diluar sana.

𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀???RGK pernah menghantar anggota untuk menjalani latihan asas komando selama 6bulan di Indonesia dibawah pen...
01/12/2022

𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀???

RGK pernah menghantar anggota untuk menjalani latihan asas komando selama 6bulan di Indonesia dibawah pengendalian KOPASSUS.

Anggota yang lulus latihan ini dianugerahkan Beret Merah p**ang ke tanah air untuk menyambung latihan asas komando bagi mendapatkan penganugerahan Beret Hijau.
Ketabahan dan keberanian anggota yang memiliki 2 penganugerahan parajurit Komando Indonesia dan juga Malaysia ini tiada tolok bandingnya.

Awal minggu ini mereka yang pernah menjalani latihan asas komando Kopassus telah di jemput untuk merayakan sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Komando Kopassus di Bandung.

SEMANGAT YANG TIADA SEMPADAN 😎

Kredit : Rejimen Gerak Khas

"Rakkasan Hei" adalah pasukan payung terjun tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Sama seperti pasukan payung terjun ...
27/11/2022

"Rakkasan Hei" adalah pasukan payung terjun tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Sama seperti pasukan payung terjun Jerman "Fallschirmjager", pasukan ini turut mengalami korban yang tinggi didalam peperangan dan mereka merupakan pasukan infantri elit bagi tentera Jepun.

Pusat latihan payung terjun telah dibuka pada tahun 1941 di Jepun dan mula beroperasi pada tahun 1942 bagi melatih anggota paratrooper. Anggota paratrooper Jepun menggunakan raifal Type 99 yang telah diubahsuai seperti but senjata yang boleh ditanggalkan, pistol grip yang boleh dilipat serta piston gas yang lebih efektif.

Pasukan ini telah melakukan penerjunan di Sumatera dan turut bertempur dengan pasukan payung terjun AS dipenghujung perang apabila pasukan ini diaturgerakkan sebagai pasukan infantri elit yang tidak diketahui kewujudannya.

Sumber Kredit Muhammad Faizul & KPSM

Pada 13 November 1975 bersamaan hari Khamis, Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak meninggalkan pejabatnya di Ibu P...
26/11/2022

Pada 13 November 1975 bersamaan hari Khamis, Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak meninggalkan pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak untuk p**ang makan tengahari di rumah beliau yang terletak di Jalan Tawar Off Jalan Tambun, Ipoh.

Dalam perjalanan p**ang, kereta beliau melalui Jalan Kelab (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab) dan Jalan Anderson, iaitu jalan-jalan penting dalam bandar Ipoh. Apabila sampai dipersimpangan lampu isyarat Jalan Ashby dengan Jalan Fair Park, pemandu beliau Konstabel Yeong Peng Cheong memberhentikan kereta kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Pada ketika itu jam sudah 1.00 petang.

Dengan tak disangka-sangka tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang pemuda Cina berpakaian seragam putih seperti pelajar sekolah dan bertopi keledar. Mereka datang dari arah belakang kereta dan memotong dari sebelah kanan kereta rasmi jenis Volvo 244 yang dinaiki Tan Sri Khoo Chong Kong terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah beliau.

Pemandu beliau, Konstabel Yeong Peng Cheong yang terkejut dengan tembakan tersebut segera memberhentikan kereta dan keluar dari kereta untuk membalas tembakan, tetapi malang menimpa beliau kerana beliau juga turut ditembak dan rebah meninggal dunia disisi kereta yang dipandunya.

Dengan bersenjatakan pistol, serangan nekad disasarkan kepada Tan Sri Khoo Chong Kong yang duduk di belakang sebelah kiri pemandu membuatkan Tan Sri Khoo Chong Kong tidak bergerak. Tiga butir peluru mengenai bahagian kepala dan satu butir mengenai lengan kiri beliau. Tan Sri Khoo Chong Kong telah dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh oleh seorang pegawai polis yang kebetulan lalu berhampiran tempat kejadian.

Kecederaan yang dialami oleh Tan Sri Khoo Chong Kong sangat serius dan setelah bertarung nyawa selama 28 jam. Akhirnya pada 14 November 1975 jam 4.41 petang beliau meninggal dunia.

Pihak polis percaya penyerang juga mengalami kecederaan di muka apabila bingkai cermin mata yang pecah dijumpai ditempat kejadian dan terdapat kesan darah. Ejen komunis berusaha untuk membunuh pemimpin tertinggi dalam pasukan polis yang boleh mengancam dan menjadi penghalang pergerakan mereka.

Semasa pengkebumiannya di Ipoh, seramai lebih 20,000 orang telah hadir termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn dan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar. Untuk mengenang jasa-jasa Tan Sri Khoo Chong Kong, Yang di-Pertuan Agong telah memberi penghormatan tertinggi Tan Sri kepada beliau.

Semasa hayatnya, Khoo Chong Kong pernah memberikan pendapat bahawa selagi orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas menerima bahasa Melayu sebahagian bahasa mereka dan mereka masih ada sentimen mahu menegakkan bahasa mereka, maka selama itulah perpaduan tidak akan tercapai dengan sempurna.

Agama Islam mestilah diterima sebagai agama negara, dan hukum-hukumnya dipraktikkan sebagai undang-undang dan perkemaskan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam. Pemahaman mengenai Islam sebagai agama rasmi negara hendaklah diberi fahaman kepada semua rakyat bukan Islam, supaya perpaduan antara rakyat yang sedia ada akan bertambah kukuh.

Tidak ada cara yang lebih baik yang berkesan untuk membanteras fahaman komunis, melainkan dengan Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar dan pinggir bandar.

Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalau dibiarkan amalan rasuah berleluasa di kalangan para pegawai, kakitangan kerajaan dan mereka yang berkecimpung dalam arena politik. Untuk meninggikan moral semua rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalang kemasukan segala macam unsur menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusi filem, televisyen dan media cetak.

Sumber Kredit Cerita Kedai Kopi

Detik Cemas Paskau – Pertarungan Hidup Mati Dibadai Ombak12 tahun lalu, sebuah bot Pasukan Khas Udara ( PASKAU) telah  k...
26/11/2022

Detik Cemas Paskau – Pertarungan Hidup Mati Dibadai Ombak

12 tahun lalu, sebuah bot Pasukan Khas Udara ( PASKAU) telah karam di perairan Mersing, ketika Malaysia dan Singapura berebutkan Pulau Batu Putih. Kawasan tersebut memang menjadi lokasi biasa tentera masing-masing menjalankan latihan meski ia dipertikaikan.

“Daripada kump**an 6 orang tersebut, 2 mati lemas, dan 4 selamat. Hanya saya dan Smith yang sampai pukul 11.49 malam. Sebastian sampai lebih kurang jam 5.00 petang sebab beliau berenang dahulu untuk mendapatkan pertolongan,manakala Sjn Saad(pencen pencen PW1)yang berenang bersama arwah Ayub dan Asrul dijumpai oleh helikopter PDRM setelah 55 jam berada di dalam laut. Beliau dijumpai bersendirian sebab meninggalkan arwah Asrul dan arwah Ayub untuk pergi mendapatkan pertolongan.Saad dijumpai di perairan Tanjung Siang pada jarak lebih kurang 50km dari lokasi kejadian.

Helikopter PDRM tiada alat untuk winch- up Saad ke dalam helikopter. Jadi, mereka terpaksa tunggu pesawat Nuri yangg terlibat dengan Operasi Carilamat itu untuk mengambil Saad dan seterusnya membawanya terus ke hospital JB. Semasa berenang tu.. body line saya diikat kepada Smith, manakala Saad dengan kedua arwah. Saya dan Smith terpisah daripada group Saad disebabkan cuaca buruk. Ditambah p**a laut yang bergelora – kebetulan masa tu musim tengkujuh,” begitu kisah yang diceritakan oleh PWII (B) Radzi Abdul Majid.

Pada mulanya, beliau membangkang cadangan untuk mereka keluar pada hari itu, memandangkan ianya adalah permulaan musim tengkujuh. Keadaan laut sangat bergelora pada ketika itu, hinggakan bot nelayan kecil tidak ada yang berani keluar. Mereka sendiri kekurangan kelengkapan untuk menghadapi keadaan tersebut. Walaubagaimanapun, Mjr. Smith berkeras kerana merasakan ia satu keperluan bagi mereka menjalankan tugasan reccy bagi tujuan mencari lokasi untuk penandaan bagi LGB (Laser Guided Bomb) yang akan dilepaskan oleh pesawat Hornet semasa latihan nanti. Kawasan tersebut memang menjadi kawasan latihan pesawat-pesawat kita , antaranya untuk Laser Guided Bombing.

Sudahnya, mereka keluar juga dengan bot 17 kaki berenjin kembar. Namun bot uzur itu tidak mempunyai kekuatan untuk mengharungi laut bergelora pada musim sebegitu. 38 km ke tengah laut, salah satu enjinnya mati. Enjin yangg satu lagi tidak mampu membekalkan tenaga, dan akhirnya turut mati juga. Tersadai mereka di tengah laut itu dalam keadaan ombak yang mencanak tingginya. Beberapa ketika, akhirnya salah satu ombak itu menghempap dan menenggelamkan terus mereka.

Keadaan panik menguasai. Mujurlah dengan latihan berterusan selama ini, Radzi, Saad dan Sebastian bertindak pantas. Radzi mengikat bodylinenya kepada Mjr. Smith, manakala Saad mengikat bodylinenya kepada kedua orang anggota yang boleh dikatakan agak baru, iaitu Asrul dan Ayob. Sebastian diarahkan berenang mencari bantuan terlebih dahulu. Selepas agak lama menunggu tetapi tiada kelibat bantuan yang kelihatan, Radzi dan Saad akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan bot yang semakin karam kerana sekiranya mereka menunggu, pasti lebih banyak bahaya yang bakal terjadi.

Ketika melepaskan pegangan daripada bot, tiba-tiba ombak datang dan memisahkan mereka. Arus kuat telah membawa Radzi dan Mejar Smith ke arah lain- memisahkan mereka daripada Saad dan dua orang anggota lagi. Maka, bermulalah pertarungan antara hidup dan mati bagi mereka. Menggunakan segala ilmu yang pernah dipelajarinya, Radzi mengambil kemudi untuk perjalanannya dengan Mjr. Smith. Gaya renangan Backstroke digunakannya bagi menjimatkan tenaga dan memastikan dia tahu apa yang bakal mendatang. Kaedah ini lebih efisyen berbading renangan bebas yang membutakan perenang kepada bahaya dari arah belakang. Setiap kali ombak datang, perenang pasti akan ditenggelamkan.

Sampai satu ketika, Mjr. Smith hampir menyerah kalah dan tak sanggup meneruskan perjalanan. Kederatnya sudah habis dan matanya mahu terlelap. Radzi berusaha sedaya upaya membakar kembali semangat lelaki itu dan meneruskan perjalanan mereka. Sekiranya dia menurut, mereka berdua pasti tipis harapan dan peluang untuk selamat.

Sekian lama berenang dan dalam keadaan letih lesu, mereka akhirnya berjaya sampai ke pantai dan diselamatkan pasukan. Sebastian kelihatan terlantar keletihan. Menurut mereka yang ada di situ, dia sampai kira-kira 6 jam sebelum mereka. Dialah yang memberitahu pasukan akan keadaan mereka dan pasukan carilamat digerakkan untuk mencari mereka.

Keesokannya barulah Saad dijumpai – berseorangan. Beliau terpisah daripada Asrul dan Ayob kerana beliau bertindak cuba mencari bantuan apabila melihatkan keduanya sudah semakin tidak bermaya. Itupun, beliau dijumpai tersasar daripada laluan asal – lebih 50 km. Helikopter PDRM yang menjumpainya terpaksa berpatah balik kerana tidak mempunyai peralatan mengangkutnya keluar. Nuri terpaksa dikeluarkan untuk meneruskan usaha menyelamat. Mayat Asrul dan Ayob dijumpai masih terikat dengan life line mereka.

Pengalaman itu mungkin perit, tapi ia juga memberi kebaikan kepada pasukan PASKAU yang selepas itu dilengkapi dengan bot yang lebih canggih dan moden. Bagi Radzi p**a, kenangan peristiwa itu memang menyayat hati, terutama apabila mengenang kedua orang anak buahnya yang tewas di laut tersebut. Namun ia juga membuktikan, latihan keras yang selama ini dikaitkan dengan dunia komando adalah sedikit sebanyak penyumbang yang membuatkan beliau terus berusaha mencari jalan menyelamatkan bukan sahaja nyawanya sendiri, tetapi juga nyawa orang lain yang bersama beliau. Beliau dan Mjr. Smith selepas itu menjadi rakan baik, dan disahkan naik ke pangkat PW hasil temuduga yang telah dilaluinya sebelum peristiwa tersebut..

Sumber Kredit =WRA= [ Anid Abdullah]
thepatriots

KOMUNIS MEMANG KEJAM!MAHMOIR CATAT SEJARAH KOMANDO BERTINDAK BERSEORANGAN BUNUH TUJUH KOMUNIS  SERENTAK!Dalam majlis reu...
10/11/2022

KOMUNIS MEMANG KEJAM!

MAHMOIR CATAT SEJARAH KOMANDO BERTINDAK BERSEORANGAN BUNUH TUJUH KOMUNIS SERENTAK!
Dalam majlis reunion bekas-bekas komando tadi, abam terserempak dengan seorang bekas komando yang mencatat sejarah tersendiri dalam unit elit tersebut.
Pada 5 Jun 1968, PW (B) Mahmor Said telah diarahkan bersama-sama anggota komando yang lain untuk memburu komunis di Gunung Gading, Lundu, Sarawak.
Dalam operasi tersebut, Mahmor menunjukkan keberanian luar biasa apabila berjaya membunuh TUJUH orang komunis sekaligus dengan menembak sambil berdiri - secara bersendirian!
Kesemua pengganas komunis itu ditembak mati kurang daripada tiga minit menggunakan 85 butir peluru daripada senjatanya

1972: Kisah benar membawa keluar mayat anggota polis hutan di Air Panas, Grik Perak. Ini adalah kisah bekas anggota tent...
31/10/2022

1972: Kisah benar membawa keluar mayat anggota polis hutan di Air Panas, Grik Perak.

Ini adalah kisah bekas anggota tentera (Unit Angkut/Pengangkutan) yang terlibat dalam operasi mengangkut keluar mayat anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) atau kini dikenali dengan panggilan Pasukan Gerak Am (PGA) yang telah diserang hendap oleh pengganas komunis di Kawasan Air Panas Gerik, Perak.

Kejadian ini berlaku pada tahun 1972 dimana sebanyak lima trak pengangkutan telah membawa anggota PPH dari kem PPH Ulu Kinta ke kem PPH Air Panas Gerik. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi, dimana trak pengangkut terakhir konvoi tersebut telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Seramai 12 orang anggota telah terkorban dalam serangan hendap tersebut."

"Pakcik telah ditugaskan untuk mengangkut mayat-mayat tersebut untuk dibawa keluar dari kawasan serangan dimana pakcik sendiri telah melihat mayat-mayat tersebut bergelimpangan dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Perasaan pakcik pada ketika itu bercampur-campur, takut ada sedih pun ada."

"Dalam kejadian tersebut kalau tak silap pak cik cuma seorang sahaja yang terselamat itupun cedera di tembak. Pakcik sempat melawat anggota PPH yang terselamat tersebut di hospital dan pak cik juga sempat bertanya pengalaman beliau. Beliau berkata mereka telah diserang hendap melalui 3 buah bukit di mana kekuatan pengganas lebih kurang 30 orang."

"Pada zaman pakcik dulu memang banyak komunis ni, tak kurang juga dengan talibarut komunis yang terdiri dari orang-orang Melayu."

- Kisah ini diceritakan oleh seorang bekas anggota tentera.

Sumber Kredit Ruhul Hayat [ Lela Rentaka]

31/10/2022

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dunia Tentera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share