Markas 3 Divisyen

  • Home
  • Markas 3 Divisyen

Markas 3 Divisyen 3 Divisyen adalah salah satu divisyen di bawah Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat. Piagam Pelanggan 3 Div
1. Motto - 'Gabungan Penggempur Semerah Sehitam'.

Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) merupakan divisyen gabungan yang pertama dalam Tentera Darat yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka. 3 Divisyen terdiri daripada gabungan 1 Briged di Seremban, 4 Briged (Mekanise) di Kuantan, 7 Briged di Kluang dan Artileri Divisyen 3 Divisyen di Melaka. Divisyen gabungan ini memainkan peranan utama dalam mempertahankan keselamatan di wilayah tanggungja

wabnya meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Seperti juga divisyen-divisyen lain dalam Tentera Darat , 3 Divisyen sentiasa berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi untuk diatur gerak pada sebilang masa. Visi- Menjadikan 3 Divisyen sebagai Formasi Tempur Gabungan (Combined Arms Division) terunggul di dalam Tentera Darat. Misi- Mempertahankan Kawasan Tanggungjawab dan memberi bantuan kepada Pihak Berkuasa Awam Tempatan. Menyediakan pegawai dan Anggota Tentera Darat yang terlatih, berdisiplin dan cekap di dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2. Membantu pihak berkuasa awam bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam serta keutuhan dan kedaulatan negara.
3. Menjamin mutu perkhidmatan dengan sentiasa bersikap respon dan proaktif.

πŸ•Œ CERAMAH PERDANA MAULIDUR RASULSeluruh warga Kem Terendak dijemput hadir bagi menyemarakkan kecintaan kepada junjungan ...
04/09/2026

πŸ•Œ CERAMAH PERDANA MAULIDUR RASUL

Seluruh warga Kem Terendak dijemput hadir bagi menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW menerusi Ceramah Perdana Maulidur Rasul bertemakan β€œKasih Sayang Rasulullah: Rahmat Buat Seluruh Alam.”

πŸ—“οΈ 4 September 2026 (Jumaat)
⏰ 12.00 tengah hari
πŸ“ Masjid As Syuhada’, Kem Terendak

Ceramah akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrir Asraf bin Haji Azmi. Semoga majlis ini memberi manfaat serta memperkukuh rasa cinta dan penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW.

π—¨π—π—œπ—”π—‘ π—žπ—’π— π—£π—˜π—§π—˜π—‘π—¦π—œ π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝟯 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘ π—¨π—π—œ π—žπ—˜π—§π—”π—›π—”π—‘π—”π—‘ π—™π—œπ—­π—œπ—žπ—”π—Ÿ 𝗗𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—§π—”π—ŸMELAKA, 2 Sep 26 – Panglima 3 Divisyen, Mej Jen...
02/09/2026

π—¨π—π—œπ—”π—‘ π—žπ—’π— π—£π—˜π—§π—˜π—‘π—¦π—œ π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝟯 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘ π—¨π—π—œ π—žπ—˜π—§π—”π—›π—”π—‘π—”π—‘ π—™π—œπ—­π—œπ—žπ—”π—Ÿ 𝗗𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—§π—”π—Ÿ

MELAKA, 2 Sep 26 – Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Haji Sani bin S Omar telah menyaksikan pelaksanaan Ujian Kompetensi Pegawai Muda Trup 3 Divisyen (Pangkalan Terendak) Tahun 2026 yang berlangsung di Kem Terendak. Ujian tersebut melibatkan 17 pegawai muda yang diterima oleh Markas 3 Divisyen pada tahun 2025 dan 2026 serta kini ditempatkan di pasukan-pasukan Trup 3 Divisyen.

Ujian ini dilaksanakan bagi menilai tahap kecergasan kardiovaskular, stamina, ketahanan mental, kemahiran navigasi, kecekapan membaca peta dan ketepatan membuat keputusan. Selain itu, ujian turut menguji kemahiran pengendalian senjata, keberanian mengatasi ketakutan terhadap ketinggian serta tahap keyakinan peserta ketika berada di dalam air.

Pelaksanaan ujian bermula di Dataran Hasbullah dan berakhir di Kolam Renang Olimpik, Terendak. Antara ujian yang dilaksanakan ialah larian sejauh 1.6 kilometer dengan memakai Pakaian Lengkap Medan (PLM) berserta senjata persendirian dan helmet, orientasi peta, membuka serta memasang senjata persendirian, berenang sejauh 100 meter, perapungan selama lima minit dan terjun dari ketinggian 10 meter.

Pelaksanaan ujian ini menjadi medan penting dalam membentuk pegawai muda yang tangkas, cekap, berani dan berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran penugasan. Turut hadir ialah Panglima-Panglima Formasi, Komander Artileri Divisyen Ketiga, Pegawai Memerintah Trup Divisyen (Pangkalan Terendak), Ketua Staf OPLAT, Ketua Staf Tadbir dan Logistik serta semua Ketua Cawangan Markas 3 Divisyen.








𝗨𝗣𝗔𝗖𝗔π—₯𝗔 π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—•π—˜π—‘π——π—˜π—₯𝗔 𝟯 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—§π—œπ—  π—¨π—žπ—  𝗧𝗗 𝟯 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘MELAKA, 2 Sep 26 – Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk ...
02/09/2026

𝗨𝗣𝗔𝗖𝗔π—₯𝗔 π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—•π—˜π—‘π——π—˜π—₯𝗔 𝟯 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—§π—œπ—  π—¨π—žπ—  𝗧𝗗 𝟯 π——π—œπ—©π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘

MELAKA, 2 Sep 26 – Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Haji Sani bin S Omar telah menyempurnakan Upacara Penyerahan Bendera 3 Divisyen kepada Tim Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) 3 Divisyen Tahun 2026.

Kontinjen yang berkekuatan seramai 12 pegawai dan 76 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) itu diketuai oleh Lt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar, Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mek). Beliau telah menerima Bendera 3 Divisyen selaku Ketua Kontinjen Tim UKM TD 3 Divisyen.

Barisan penembak kontinjen akan menggalas cabaran 3 Divisyen dalam enam acara yang dipertandingkan, iaitu Raifal, Carbine, MGKA, MGR, Pistol Lelaki dan Pistol Wanita.

Upacara simbolik tersebut mencerminkan mandat, keyakinan dan amanah seluruh warga 3 Divisyen kepada kontinjen untuk mempamerkan semangat juang, disiplin serta prestasi terbaik. Semoga Tim UKM TD 3 Divisyen memperoleh kejayaan cemerlang sekali gus mengharumkan nama pasukan pada kejohanan tersebut.








π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π—žπ—’π—₯ 𝗔π—₯𝗠𝗒π—₯ π——π—œπ—₯𝗔𝗝𝗔 π—žπ—˜-𝟳𝟰Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kor Armor Diraja Ke-74 kepada seluruh ...
01/09/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π—žπ—’π—₯ 𝗔π—₯𝗠𝗒π—₯ π——π—œπ—₯𝗔𝗝𝗔 π—žπ—˜-𝟳𝟰

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kor Armor Diraja Ke-74 kepada seluruh warga Kor Armor Diraja.

Mej Jen Datuk Haji Sani bin S Omar, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia serta seluruh warga Gabungan Penggempur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara.

Semoga Kor Armor Diraja terus unggul, berwibawa dan teguh melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan tanah air.

β€œπ—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨”








31/08/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π—žπ—˜-𝟲𝟡 πŸ‡²πŸ‡ΎPanglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Haji Sani bin S Omar serta seluruh warga...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π—žπ—˜-𝟲𝟡 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Haji Sani bin S Omar serta seluruh warga Gabungan Penggempur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memelihara keamanan dan kedaulatan tanah air tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!








30/08/2026

Majlis Peluncuran Karnival CIMIC Melaka 2026 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh bersama Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.

Karnival yang berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2026 ini menjadi wadah memperkukuh hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti serta pameran interaktif.

30/08/2026
30/08/2026
30/08/2026

Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohammed Khaled Nordin bersama Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama AB Rauf bin Yusoh akan menyempurnakan Majlis Peluncuran Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) Melaka 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan

Address

MARKAS DIVISYEN KETIGA INFANTRI

76200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas 3 Divisyen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share