World Tourism Melaka

World Tourism Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from World Tourism Melaka, Government Official, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Malacca City.

06/02/2026
04/02/2026
03/02/2026

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ž๐ ๐“๐‘๐€๐‚๐Š! ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐ˆ๐ ๐Š๐”๐Š๐”๐‡

PPSPM sentiasa menyambut baik segala usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka yang mampan, sekali gus memastikan ekonomi Melaka terus berkembang.

Seiring komitmen tersebut, PPSPM terus memperkasa dan mempromosikan pelancongan berasaskan air di seluruh negeri, merangkumi Utara Melaka yang menampilkan keunikan flora dan fauna melalui ECO CRUISE SUNGAI LINGGI , Selatan Melaka p**a yang menawarkan pengalaman pelayaran Eco Cruise Tasik Chin Chin yang tenang dan mendamaikan, serta Melaka Tengah dengan ikon utama pelancongan negeri iaitu Melaka River Cruise, di samping ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐’๐ž๐š ๐‚๐ซ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ž yang menyajikan pengalaman pelayaran unik untuk menikmati keindahan serta khazanah Taman-Taman Laut Melaka.

Ab Rauf Yusoh
Abdul Razak Abdul Rahman
Shaharul Azuar
Kerajaan Negeri Melaka
Tourism Melaka







03/02/2026

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆโ€ฆ

Saat yang dinantikan hampir tiba.

Mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, saya dengan sukacitanya menjemput seluruh rakyat Negeri Melaka untuk menghadiri Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka.

Program ini membuka ruang kepada rakyat untuk bertemu secara langsung dengan semua Ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri bagi menyuarakan pandangan, berkongsi cadangan dan mendapatkan perkhidmatan secara terus.

๐Ÿ“ Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh
๐Ÿ—“ 4 Februari 2026 (Rabu)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 3.00 petang

Kerajaan Negeri Melaka sentiasa mendengar, bertindak dan bersama rakyat. Jumpa anda semua esok!





02/02/2026

๐Ÿ“œ SEMINAR KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DALAM DUNIA MARITIM โš“
Institut Tun Perak (ITP) dengan penuh sukacitanya menjemput para ilmuwan, pengkaji, pendidik serta masyarakat umum untuk menghadiri sebuah wacana ilmiah yang menyingkap keunggulan Kesultanan Melayu Melaka sebagai kuasa maritim terbilang di rantau ini.
Seminar ini akan membincangkan peranan strategik Melaka dalam jaringan perdagangan antarabangsa, pentadbiran pelabuhan, diplomasi maritim serta pengaruhnya terhadap pembentukan tamadun dunia Melayu.
๐Ÿ—“ Tarikh: 4 Februari 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Auditorium Muzium Hang Tuah Center,
Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka
๐ŸŽ“ Anjuran: Institut Tun Perak
Ayuh bersama-sama kita menghayati dan memperkasa warisan kegemilangan sejarah maritim Melaka demi manfaat generasi masa kini dan akan datang.

@ Nizamuddin Alias








30/01/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐ˆ๐“๐‚ & ๐๐”๐“๐‘๐€ ๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹๐ˆ๐’๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

30 Januari 2026 - Syukur Alhamdulillah, sekali lagi agensi anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka menerima pengiktirafan yang amat membanggakan.

Saya bersama seluruh barisan kepimpinan negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Putra Specialist Hospital Melaka atas kejayaan cemerlang menerima pengiktirafan The BrandLaureate The Worldโ€™s Best Brand Awards 2025โ€“2026 menerusi kategori Excellence Convention & Exhibition Centre serta Advanced Specialty Care, iaitu satu pencapaian yang membuktikan keupayaan institusi tempatan bersaing di pentas dunia.

Syabas Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka International Trade Centre - MITC, serta seluruh warga kerja MITC yang telah menunjukkan komitmen luar biasa, kepimpinan berwawasan dan iltizam tinggi dalam mengangkat MITC sebagai destinasi acara dan pameran berskala besar bertaraf antarabangsa.

Tahniah juga kepada Mohd Zahiruddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Hospital Melaka, bersama seluruh warga kerjanya yang terus melakar kejayaan demi kejayaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan hospital ini sebagai peneraju perkhidmatan kesihatan kepakaran yang diyakini bukan sahaja oleh rakyat Melaka dan Malaysia, malah kepada rakyat di luar negara.

Kejayaan ini adalah manifestasi kerja berpasukan, kepimpinan berintegriti dan visi Melaka untuk terus maju, berdaya saing serta menggamit dunia. Kerajaan negeri akan terus komited menyokong kecemerlangan institusi-institusi yang menjadi kebanggaan rakyat. Melaka Sayang Rakyat!





๐ŸŒด๐ŸŒณ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—จ๐—ก ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก๐ŸŒด๐ŸŒณ๐™ฝ๐š’๐š”๐š–๐šŠ๐š๐š’ ๐š‘๐š’๐š๐šŠ๐š—๐š๐šŠ๐š— ๐š•๐šŠ๐šž๐š” ๐š™๐šŠ๐šž๐š” ๐š”๐šŠ๐š–๐š™๐šž๐š—๐š ๐šข๐šŠ๐š—๐š ๐š›๐š’๐š—๐š๐š”๐šŠ๐šœ ๐š—๐šŠ๐š–๐šž๐š— ๐š–๐šŽ๐š—๐šข๐šŽ๐š•๐šŽ๐š›๐šŠ๐š”๐šŠ๐š—...๐š‹๐šŽ๐š›๐š๐šŠ๐š–๐š‹๐šŠ๐š‘ ๐šœ๐šŽ๐š•๐šŽ๐š›๐šŠ ๐š๐š’๐š—...
26/01/2026

๐ŸŒด๐ŸŒณ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—จ๐—ก ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก๐ŸŒด๐ŸŒณ

๐™ฝ๐š’๐š”๐š–๐šŠ๐š๐š’ ๐š‘๐š’๐š๐šŠ๐š—๐š๐šŠ๐š— ๐š•๐šŠ๐šž๐š” ๐š™๐šŠ๐šž๐š” ๐š”๐šŠ๐š–๐š™๐šž๐š—๐š ๐šข๐šŠ๐š—๐š ๐š›๐š’๐š—๐š๐š”๐šŠ๐šœ ๐š—๐šŠ๐š–๐šž๐š— ๐š–๐šŽ๐š—๐šข๐šŽ๐š•๐šŽ๐š›๐šŠ๐š”๐šŠ๐š—...๐š‹๐šŽ๐š›๐š๐šŠ๐š–๐š‹๐šŠ๐š‘ ๐šœ๐šŽ๐š•๐šŽ๐š›๐šŠ ๐š๐š’๐š—๐š’๐š”๐š–๐šŠ๐š๐š’ ๐š‹๐šŽ๐š›๐šœ๐šŠ๐š–๐šŠ ๐š”๐šŽ๐š•๐šž๐šŠ๐š›๐š๐šŠ ๐š๐šŠ๐š— ๐šœ๐šŠ๐š‘๐šŠ๐š‹๐šŠ๐š ๐š๐šŽ๐š—๐š๐šŠ๐š— ๐š๐š’๐š”๐šŽ๐š•๐š’๐š•๐š’๐š—๐š๐š’ ๐š๐šž๐šœ๐šž๐š— ๐š๐šž๐š›๐š’๐šŠ๐š— ๐šข๐šŠ๐š—๐š ๐š–๐šŽ๐š—๐š๐š‘๐š’๐š“๐šŠ๐šž...๐š‘๐šŠ๐š—๐šข๐šŠ ๐š๐š’ ๐™ณ๐šž๐š๐šŠ ๐š๐š’๐šŠ๐š—๐š ๐š…๐š’๐š•๐š•๐šŠ ๐š‚๐šŽ๐š•๐šŠ๐š—๐š๐šŠ๐š› ๐™ผ๐šŽ๐š•๐šŠ๐š”๐šŠ ๐ŸŒด

๐—–๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด
๐ŸŒด๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐˜€๐—ฒ๐˜
๐ŸŒด๐—™๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ ๐—™๐—น๐—ผ๐˜„ ๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐ŸŒด๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐Ÿฐ-๐Ÿฑ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐ŸŒด๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐˜‡๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ & ๐—ช๐—ผ๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
๐ŸŒด๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿญ/๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿณ/๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐ŸŒด๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฒ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐—ฝ๐—บ - ๐Ÿญ๐Ÿฌ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐—ฝ๐—บ
๐ŸŒด๐—ง๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—œ๐˜€๐—ป๐—ถ๐—ป
๐ŸŒด๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜‚ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ
๐ŸŒด๐—ฅ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€

๐Ÿ“Duta Riang Villa
4852, Jalan Selandar/Alor Gajah, 77500 Selandar, Melaka

Untuk tempahan sila hubungi :

www.wasap.my/60194708899/citarasakampung

Layari laman web rasmi :
https://dutariangvilla.com/

TikTok Page :
https://www.tiktok.com/?_t=ZS-90W7IQNzBAr&_r=1

page :
https://www.facebook.com/share/1HNZufwzwx/

Address

Jabatan Ketua Menteri Melaka
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when World Tourism Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to World Tourism Melaka:

Share