24/08/2026
Tahniah En. Kasni!
Setinggi-tinggi tahniah kepada En. Kasni bin Kasbullah atas kejayaan meraih Penarafan Emas bagi Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam sempena Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2026.
Tahniah Penerima Anugerah Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2026 dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga pentadbir UTHM atas pencapaian membanggakan dalam Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia (HPUA) 2026 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Ogos 2026 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
HPUA yang diperkenalkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) merupakan platform tahunan bagi meraikan kecemerlangan pentadbir universiti awam, di samping memperkukuh hubungan kerjasama, mengiktiraf pencapaian serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran pengurusan dalam kalangan pentadbir.
Dengan tema βMenyulam Aspirasi, Menjulang Profesionalisme Pentadbirβ, HPUA 2026 turut memberi penekanan kepada pengiktirafan kecemerlangan, peningkatan kemahiran pengurusan serta galakan terhadap inovasi baharu dalam mendepani cabaran semasa pendidikan tinggi.
Antara program utama HPUA ialah Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia (KPUA), Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia, Pameran Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia serta Program Tanggungjawab Sosial Universiti Awam Malaysia (VCORE).
Dalam edisi tahun ini, sebanyak 15 anugerah berprestij ditawarkan yang merangkumi tiga kategori utama, iaitu Anugerah Perdana Pentadbir Universiti Awam, Anugerah Persatuan Pentadbir Universiti Awam dan Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam.
Tahniah diucapkan kepada:
Dr. Noraishah binti Daud
π₯ Anugerah Gangsa β Anugerah Pentadbir Unggul
π₯ Anugerah Perak β Anugerah Penulisan Sains Sosial
Encik Ahmad Khirul Nizam bin Ali
π₯ Anugerah Emas β Anugerah Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan
π₯ Anugerah Gangsa β Anugerah Penyelidikan Sains Sosial
Encik Ahmad Shah bin A. Rahim
π₯ Anugerah Gangsa β Anugerah Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan
Ts. Mohd Fadlullah bin Gimat
π Penarafan Diamond β Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam
Puan Hawa binti Omar
π₯ Penarafan Emas β Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam
Puan Suhailah binti Muhammad Philip
π₯ Penarafan Emas β Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam
Encik Kasni bin Kasbullah
π₯ Penarafan Emas β Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam
Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM
π₯ Tempat Pertama β Anugerah Pameran Terbaik, Kategori Aktiviti Persatuan
Pembentang: Encik Anuar Raze bin Abd. Rahim
Penyedia Bahan Pembentangan Encik Reeza bin Abd Patah dan Encik Khairul Akmal Rahimi bin Ahmad Kamil
Lebih membanggakan, Ts. Mohd Fadlullah bin Gimat berjaya mengekalkan penarafan selama tiga tahun berturut-turut, iaitu pada 2022, 2024 dan 2026, sekali gus mencerminkan konsistensi kecemerlangan dalam mengetengahkan amalan terbaik universiti awam.
Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada UTHM, malah mencerminkan profesionalisme, kompetensi, kreativiti dan komitmen warga pentadbir dalam memperkukuh pengurusan serta tadbir urus universiti.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima. Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan aspirasi untuk meningkatkan kecekapan, memperkasa inovasi dan menjulang profesionalisme pentadbir demi kecemerlangan UTHM.