Politeknik Melaka - Rasmi

Politeknik Melaka - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Politeknik Melaka - Rasmi, Government Organization, No 2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, Malim.

Politeknik Melaka merupakan Politeknik ke-11 di tubuhkan pada 1 Januari 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) dan dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota Melaka.

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π‰π€π˜π€π€π πŒπ„π‘π€πˆπ‡ 𝟐 ππˆππ†π€π“ 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πƒπˆ π’π”πŠπˆππ“ πŸπŸŽπŸπŸ”! πŸ₯‰Shah Alam, 1 September 2026 – Pasukan Lawn Bowls Majlis Su...
01/09/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π‰π€π˜π€π€π πŒπ„π‘π€πˆπ‡ 𝟐 ππˆππ†π€π“ 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πƒπˆ π’π”πŠπˆππ“ πŸπŸŽπŸπŸ”! πŸ₯‰

Shah Alam, 1 September 2026 – Pasukan Lawn Bowls Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) kategori lelaki mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih dua pingat gangsa dalam acara Men’s Triples dan Men’s Pairs dalam SUKIPT 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, kerjasama serta komitmen padu yang ditunjukkan oleh para atlet sepanjang kejohanan.

Pencapaian ini sekali gus membuktikan keupayaan dan kesungguhan atlet Politeknik Malaysia dalam mengharumkan nama institusi di pentas sukan pendidikan tinggi.

Lebih membanggakan, kemenangan pingat gangsa ini turut disumbangkan oleh Pusat Kecemerlangan Atlet (PKAT) Lawn Bowls yang dipimpin oleh Jurulatih, En. Eric Yea Cheng Aun dan Pengurus, Puan Norazlin binti Sarun, dari Politeknik Melaka.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlet dan semua yang terlibat.



π’π‘πˆπŠπ€ππƒπˆ 𝐏𝐌𝐊 π‚πˆππ“π€ πŠπ„π‰π”π“π€π, π‘π€ππ†πŠπ”π‹ π“π„πŒππ€π“ πŠπ„πƒπ”π€ π€π‘πŒπ˜ π–π€π‘π‘πˆπŽπ‘ 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 Klebang, 1 Sept 2026 – Tiga (3) orang mahasiswi ...
01/09/2026

π’π‘πˆπŠπ€ππƒπˆ 𝐏𝐌𝐊 π‚πˆππ“π€ πŠπ„π‰π”π“π€π, π‘π€ππ†πŠπ”π‹ π“π„πŒππ€π“ πŠπ„πƒπ”π€ π€π‘πŒπ˜ π–π€π‘π‘πˆπŽπ‘ 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄

Klebang, 1 Sept 2026 – Tiga (3) orang mahasiswi Politeknik Melaka telah berjaya mencipta kejutan dengan merangkul tempat kedua dalam Army Warrior Challenge sempena Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Melaka 2026 yang berlangsung selama tiga hari, dari 29 hingga 31 Ogos 2026 di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka.

Siti Aisyah binti Asfin, Aleeya Antasha binti Anowar Shadat dan Siti Norbatrisyia binti Norulazmi merupakan tiga (3) orang mahasiswi Politeknik Melaka yang juga anggota Unit Beruniform Askar Wataniah Politeknik Melaka.

Kejayaan mereka dalam cabaran yang menguji ketahanan fizikal, mental, disiplin dan semangat berpasukan ini membuktikan bahawa golongan mahasiswi juga mampu tampil berani, tangkas dan kompetitif dalam cabaran berintensiti tinggi.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama Politeknik Melaka, malah menjadi bukti bahawa usaha, kesungguhan, keberanian dan semangat juang mampu membawa kepada kejayaan yang membanggakan.

Tahniah dan syabas diucapkan!



𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‹π€πŠπ€ π’π„π‘π“π€πˆ πŒπˆπ’πˆ π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π π˜π’π’ πŠπ„ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 🌟Bangi, 1 September 2026 – Dua (2) orang pelajar Politekn...
01/09/2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‹π€πŠπ€ π’π„π‘π“π€πˆ πŒπˆπ’πˆ π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π π˜π’π’ πŠπ„ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 🌟

Bangi, 1 September 2026 – Dua (2) orang pelajar Politeknik Melaka sertai Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Sabah yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 September 2026.

Nur Ainaa Sofiyah binti Muhamad Hamizan dari Jabatan Perdagangan dan Siti Norbatrisyia binti Norulazmi dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik mengambil peluang terlibat dalam misi selama 18 hari ini bagi menyantuni masyarakat serta melaksanakan aktiviti bantuan dan khidmat sukarelawan bersama komuniti setempat di kawasan pedalaman Sabah.

Turut mengiringi delegasi pelajar ialah Saidatulnisa binti Mohamad Iskandar dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Muhammad Khairy bin Sallehuddin dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Penyertaan dalam misi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman lapangan, mengasah kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan serta menyemai nilai keprihatinan dan kesukarelawanan.

Seluruh warga Politeknik Melaka mendoakan agar segala urusan para peserta dipermudah serta sentiasa diberikan keselamatan dan kesihatan sepanjang misi berlangsung.

Semoga pengalaman ini menjadi bekalan bermakna dalam membentuk graduan TVET yang berkemahiran tinggi, berjiwa sukarelawan dan prihatin terhadap masyarakat.



π’π„πŒπ€ππ†π€π“ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€, π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‹π€πŠπ€ πŸ‡²πŸ‡ΎKlebang, 31 Ogos 2026 – Dr. Noriah binti Abdul Malek, Peng...
31/08/2026

π’π„πŒπ€ππ†π€π“ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€, π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‹π€πŠπ€ πŸ‡²πŸ‡Ύ

Klebang, 31 Ogos 2026 – Dr. Noriah binti Abdul Malek, Pengarah Politeknik Melaka, hadir memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada kontinjen perbarisan Politeknik Melaka, di samping bersama-sama memeriahkan sambutan yang menghimpunkan pelbagai agensi dan masyarakat Negeri Melaka di Dataran Klebang, Melaka.

Turut menyerikan kehadiran warga Politeknik Melaka ialah Puan Ain, alumni Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka, yang hadir sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam meraikan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap tanah air.

Kehadiran warga Politeknik Melaka dalam sambutan ini mencerminkan semangat kebersamaan dalam menghayati erti kemerdekaan, selain menjadi ruang untuk menyemarakkan semangat patriotik dan memperkukuh rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.




ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‹π€πŠπ€ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”!πŸ‡²πŸ‡ΎKlebang, 31 Ogos 2026 – Dengan kekuatan seramai 40 orang an...
31/08/2026

ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‹π€πŠπ€ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”!πŸ‡²πŸ‡Ύ

Klebang, 31 Ogos 2026 – Dengan kekuatan seramai 40 orang anggota kontinjen, Politeknik Melaka tampil penuh bersemangat dalam perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung meriah di Dataran Klebang, Melaka.

Kehadiran kontinjen Politeknik Melaka bukan sekadar memeriahkan sambutan, malah menjadi manifestasi semangat patriotisme, kecintaan terhadap tanah air serta iltizam warga politeknik dalam menyemarakkan jiwa kebangsaan.

Dengan langkah yang seiring, kibaran Jalur Gemilang dan semangat yang membara, warga Politeknik Melaka bersama-sama menghayati erti kemerdekaan serta menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat.

Selamat Hari Kebangsaan 2026!
πŸ‡²πŸ‡Ύ




31/08/2026

πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bersama menyemarakkan semangat patriotisme dan meraikan 69 tahun kemerdekaan dengan penuh rasa bangga.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Politeknik Melaka.




π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡ΎAyuh kita hayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, m...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh kita hayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh Warga Kerja Politeknik Melaka




ππ€π’π”πŠπ€π 𝐋𝐀𝐖𝐍 ππŽπ–π‹π’ πŒπ’ππŒ π‚πˆππ“π€ πŸ“ πŠπ„πŒπ„ππ€ππ†π€π 𝐏𝐀𝐃𝐀 π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ π’π”πŠπˆππ“ πŸπŸŽπŸπŸ”Melaka, 29 Ogos 2026 – Pasukan Lawn Bowls Majlis...
29/08/2026

ππ€π’π”πŠπ€π 𝐋𝐀𝐖𝐍 ππŽπ–π‹π’ πŒπ’ππŒ π‚πˆππ“π€ πŸ“ πŠπ„πŒπ„ππ€ππ†π€π 𝐏𝐀𝐃𝐀 π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ π’π”πŠπˆππ“ πŸπŸŽπŸπŸ”

Melaka, 29 Ogos 2026 – Pasukan Lawn Bowls Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) membuka tirai saingan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 dengan prestasi membanggakan apabila merekodkan lima (5) kemenangan daripada tujuh (7) perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Lawn Bowls, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Pasukan MSPM menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan yang dipertandingkan, dengan keputusan keseluruhan seperti berikut:

πŸ‘© Women Singles – R4
MSPM 20 – 17 UPNM βœ…

πŸ‘¨ Men Pairs – R1
MSPM 21 – 11 UM βœ…

πŸ‘¨ Men Triples – R3
MSPM 17 – 15 UPNM βœ…

πŸ‘© Women Fours – R2
UNIMAP 19 – 3 MSPM ❌

πŸ‘© Women Singles – R6
MSPM 19 – 13 USIM βœ…

πŸ‘¨ Men Pairs – R3
IIUM 16 – 13 MSPM ❌

πŸ‘¨ Men Triples – R6
MSPM 15 – 13 UTM βœ…

MSPM ini berada di bawah bimbingan Encik Eric Yeo Cheng Aun dari Politeknik Melaka dan seorang wakil dari Politeknik Melaka turut terlibat dalam pasukan bagi kategori wanita, bersama-sama atlet politeknik lain dalam membawa cabaran MSPM di SUKIPT 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh barisan atlet, jurulatih serta pegawai pasukan atas usaha, komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan.

Teruskan momentum dan berikan yang terbaik dalam saingan seterusnya! Ayuh MSPM! πŸ’ͺ🏻




29/08/2026

π€π©πš 𝐀𝐚𝐭𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐨π₯𝐒𝐭𝐞𝐀𝐧𝐒𝐀 𝐌𝐞π₯𝐚𝐀𝐚? πŸ‡²πŸ‡Ύ

Satu soalan.
Satu perkataan.
Pelbagai makna tentang kemerdekaan.



Address

No 2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim
Malim
75250

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Melaka - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share