14/05/2026
Operasi Kutipan Luar Cukai Taksiran
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) Majlis Daerah Maran sedang menjalankan Operasi Kutipan Luar Cukai Taksiran ke premis kediaman yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran.
Operasi telah dijalankan di Taman Maran Damai, Taman Sri Keramat, Taman Muda Jaya, Taman Sri Chedong dan Taman Maran Jaya.
Operasi akan diperluaskan ke seluruh premis yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran. Sekiranya pemilik gagal menjelaskan tunggakan dalam tempoh yang diberikan tindakan penguatkuasaan akan diambil