Pejabat Kesihatan Daerah Marang

Pejabat Kesihatan Daerah Marang Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Marang

KURSUS PAEDIATRIC LIFE SUPPORT (PLS) KK MARANGTARIKH : 3 SEPTEMBER 2026MASA : 8.00AM – 3.30PMTEMPAT : BILIK SEMINAR KK M...
04/09/2026

KURSUS PAEDIATRIC LIFE SUPPORT (PLS) KK MARANG

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2026
MASA : 8.00AM – 3.30PM
TEMPAT : BILIK SEMINAR KK MARANG

Kursus kali ini telah dikendalikan oleh Dr Nor Azila, Dr Safuraa Mariyyah, Dr Amir Syakir,Dr Nik Nabihah,PPP Wahida Azlin serta PPP Mohamad Noor Solehuddin.

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat kesihatan,jururawat masyarakat,pembantu perawatan kesihatan dan pemandu kenderaan berpeluang menyertai kursus PLS yang diadakan kali ini.

OBJEKTIF KURSUS :
1. Menambahkan kemahiran berkenaan asas Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) Kanak-kanak yang betul dan efektif di kalangan kakitangan klinik.
2. Mempelajari tentang cara menyelamat mangsa trauma kanak-kanak.
3. Mempelajari asas dan teknik menggunakan "Automated External Defibrilator" (AED)untuk resusitasi kanak-kanak.
4. Menambahkan ilmu pengetahuan terbaru berkenaan bantuan asas hayat melalui garis panduan "The National Committee on Resuscitation Training" (NCORT) yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

AKTIVITI :
1. Ceramah bertajuk Paediatric Life Support disampaikan oleh Dr Nor Azila.
2. Sesi demonstrasi oleh para fasilitator.
3. Sesi ujian kemahiran CPR kanak-kanak oleh setiap peserta kursus.
4. Sesi ujian Kahoot.
5. Sesi penghargaan dan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik.

Diharapkan dengan kursus yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada kakitangan yang terlibat.






03/09/2026

🏃‍♀️ KELAS SENAMAN NCD & PENGURUSAN BERAT BADAN OBESITI 🏃‍♂️

📅 2 September 2026
📍 Klinik Kesihatan Marang
🏥 Anjuran: Unit Fisioterapi

Kelas Senaman NCD dan Pengurusan Berat Badan Obesiti telah diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan aktiviti fizikal dalam membantu mengawal penyakit tidak berjangkit (NCD) serta pengurusan berat badan.

Pelbagai aktiviti senaman telah dijalankan secara berkump**an merangkumi pemanasan badan, senaman chairobic, tabata, aktiviti kardiorespiratori dan regangan. Peserta turut diberikan penerangan berkaitan kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat secara konsisten.

Sesi telah dikendalikan oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi KK Marang iaitu Puan Roziahanani binti Awi dan Puan Nurul Fatihah binti Mohamad Alwi.

“Aktif Bergerak, Sihat Sepanjang Hayat.” 💚

30/08/2026
28/08/2026

PROGRAM IBU BEKERJA TANPA BURNOUT

Anjuran: Unit Terapi Cara Kerja, PKD Marang
Tarikh: 26 Ogos 2026
Tempat: Bilik Seminar KK Marang
Peserta: 40 orang staf kesihatan

📌Objektif
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan emosi, masa, rumah tangga serta penjagaan dan penampilan diri bagi mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan.

🎯Pengisian

🏠Sesi 1: Pn. Nur Baizura binti A Bakar – cara pengurusan emosi, mengatur masa dengan berkesan serta menguruskan rumah tangga dan kerjaya.

🎀Sesi 2: Pn. Siti Nurul Huda binti Masuri, OT KK Sri Langkap – penampilan diri, bentuk muka dan badan, pemilihan warna serta pakaian, aksesori dan refleksi diri.

Kesimp**annya program ini berjalan lancar dan memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran peserta terhadap pengurusan diri, keluarga dan kerjaya.Diharapkan peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh bagi mencapai keseimbangan hidup dan mengurangkan risiko burnout.


PROGRAM MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU & HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2026PERINGKAT KLINIK KESIHATAN BUKIT PAYONG27 Ogos 2026 – K...
28/08/2026

PROGRAM MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU & HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2026
PERINGKAT KLINIK KESIHATAN BUKIT PAYONG

27 Ogos 2026 – Klinik Kesihatan Bukit Payong telah menganjurkan Program Minggu Penyusuan Susu Ibu & Hari Kanak-Kanak Sedunia 2026 dengan dua aktiviti utama, iaitu MummyCare Class dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Program ini dilaksanakan dengan penglibatan Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Unit Pemakanan, Unit Fisioterapi, Unit Pemulihan Cara Kerja serta Unit Pergigian.

MummyCare Class melibatkan bakal ibu bersama suami dengan pengisian berkaitan persediaan kehamilan dan kelahiran, senaman antenatal dan postnatal, pemakanan ibu dan penyusuan susu ibu, penjagaan pergigian serta pengurusan emosi dan stres.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia p**a dimeriahkan dengan Pertandingan Mewarna, Little Champions Challenge, Demonstrasi Masakan Sihat serta bual bicara bertajuk “Nutrisi Cukup, Anak Membesar Sihat” yang disampaikan oleh Dr. Athirah bt Ismail, Pegawai Perubatan dan Kesihatan; Pn. Syarma bt Mohd Shariff, Pegawai Sains Pemakanan; dan Pn. Fatin Shakira bt Azman, Jurupulih Perubatan (Cara Kerja).

Majlis turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh Dr. Athirah bt Ismail, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Payong, diikuti dengan penyampaian Anugerah Penyusuan Susu Ibu Eksklusif, Sijil Penghargaan Kump**an Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Anugerah Zon Cemerlang Penyusuan serta hadiah kepada para pemenang.

Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran keluarga mengenai kesihatan ibu, penyusuan susu ibu, pemakanan serta pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

LAWATAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA NAIK TARAF UNIT KECEMASAN KLINIK KESIHATAN MARANGTARIKH : 27 OGOS 2026MASA : 11.30AM – 1....
27/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA NAIK TARAF UNIT KECEMASAN KLINIK KESIHATAN MARANG

TARIKH : 27 OGOS 2026
MASA : 11.30AM – 1.30PM
TEMPAT : KLINIK KESIHATAN MARANG

Satu lawatan pemantauan bagi meninjau perkembangan kerja-kerja naik taraf Unit Kecemasan, Klinik Kesihatan Marang telah diadakan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan serta memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang ditetapkan.

Lawatan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, YBrs. Dr.Mohd Anuar Bin Abd Rahman, dengan diiringi oleh Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr. Elyas Bin Ahmad , dan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Marang, Dr. 'Atirah Az-Zahra' Binti Abu Bakar serta anggota kesihatan yang lain.

TUJUAN LAWATAN :*
1. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan menilai secara langsung status kerja-kerja naik taraf Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Marang. Selain itu,lawatan ini turut memberi peluang untuk mengenal pasti sebarang isu atau kekangan sepanjang proses pelaksanaan serta memastikan aspek fasiliti, susun atur ruang dan keperluan operasi unit dapat diselaraskan dengan keperluan perkhidmatan kecemasan.

PERKARA YANG DITINJAU :*
Penilaian melibatkan perkembangan kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian ruang dan susun atur unit. Di samping itu, lawatan ini juga memberi ruang kepada pihak pengurusan klinik untuk memberikan penerangan berkaitan keperluan unit serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kemudahan naik taraf dapat dimanfaatkan secara optimum setelah selesai projek ini.

RUMUSAN
Secara keseluruhannnya,lawatan pemantauan ini berjalan dengan lancar dan memberi gambaran mengenai perkembangan semasa kerja-kerja naik taraf Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Marang. Lawatan ini diharapkan kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan dengan baik serta memenuhi keperluan perkhidmatan dan keselesaaan pengguna.

Sekalung terima kasih kepada Tuan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Anuar atas kunjungan dan input yang bermanfaat dalam menambahbaik perkhidmatan kesihatan di KK Marang dan PKD Marang






🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA, JIWA PENYAYANG, PERKHIDMATAN CEMERLANG 🇲🇾Bulan Kemerdekaan disemarakkan dengan penuh semangat patri...
27/08/2026

🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA, JIWA PENYAYANG, PERKHIDMATAN CEMERLANG 🇲🇾

Bulan Kemerdekaan disemarakkan dengan penuh semangat patriotik menerusi Perhimpunan Penyayang Pejabat Kesihatan Daerah Marang bagi bulan Ogos 2026, anjuran Unit Pengurusan dan Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Kami Sedia Membantu dan PKD Marang Satu Tekad, diikuti bacaan ikrar, bacaan doa serta sesi pengenalan anggota baharu. Suasana bertambah meriah dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan tayangan aktiviti serta program Unit Pengurusan dan Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan.

Turut diadakan Kuiz Interaktif Merdeka menggunakan aplikasi Kahoot yang bukan sahaja menceriakan majlis, malah mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja PKD Marang.

Majlis diteruskan dengan amanat daripada Yang Berbahagia Dr. Elyas bin Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Marang, sebelum disempurnakan dengan Pelancaran Bulan Kemerdekaan PKD Marang sebagai simbolik semangat cintakan negara, perpaduan dan kesatuan warga kerja.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kuiz Interaktif Merdeka. Semoga semangat patriotisme yang disemai terus mekar dalam jiwa setiap warga PKD Marang, seterusnya diterjemahkan melalui perkhidmatan yang ikhlas, berkualiti dan cemerlang kepada masyarakat.

Ayuh kita terus melangkah bersama dengan satu semangat, satu tekad dan satu jiwa demi negara tercinta!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
PKD Marang – Satu Tekad!






PROGRAM KOMUNITI BEBAS DENGGI (KOMBED) DI KAMPUNG BINJAI BONGKOK PERINGKAT DAERAH MARANG TAHUN 202621 Ogos 2026 (Jumaat)...
24/08/2026

PROGRAM KOMUNITI BEBAS DENGGI (KOMBED) DI KAMPUNG BINJAI BONGKOK PERINGKAT DAERAH MARANG TAHUN 2026

21 Ogos 2026 (Jumaat)

Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong, Marang telah dipilih sebagai lokaliti KOMBED pertama di daerah Marang dalam usaha memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam pencegahan dan kawalan denggi.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang dengan kerjasama JPKK Kampung Binjai Bongkok. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Marang, YBrs En Zulkifly bin Isa, Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Elyas Bin Ahmad, wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang, Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Pejabat Agama Daerah Marang, Pejabat Perpaduan Daerah Marang, Pejabat RELA Daerah Marang, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Marang, Pejabat KEMAS Daerah Marang, Sektor Entomologi dan Pest JKNT, Penghulu Mukim, Pengerusi COMBI Daerah Marang, Pengerusi JPKK Kg Binjai Bongkok, Pengerusi JKKP Kg Binjai Bongkok, Madrasah Mazahirululum Kg Binjai Bongkok serta penduduk setempat.

Program yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Marang ini menghimpunkan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti berunsurkan kesihatan, pendidikan dan kesedaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Eksplorace kanak-kanak, Pertandingan Mewarna, Saringan Kesihatan dan Pameran daripada pelbagai agensi.

Pelaksanaan KOMBED bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan penglibatan komuniti dalam usaha mencegah pembiakan Aedes serta mengurangkan risiko penularan penyakit denggi. Program ini turut menjadi platform memperkukuhkan kerjasama antara PKD Marang, JPKK, agensi-agensi berkaitan dan komuniti setempat, dalam menjadikan usaha pencegahan denggi sebagai tanggungjawab bersama.

KOMBED: daripada komuniti, untuk komuniti. Bersama-sama kita hapuskan tempat pembiakan Aedes.





21/08/2026

Program Pengurusan Berat Badan (PBB) Lokaliti KOSPEN Kg Merchang – Sesi 3

Sesi ke-3 Program Pengurusan Berat Badan Lokaliti KOSPEN Kg. Merchang diteruskan dengan aktiviti hiking di Bukit Lubuk Batu. Peluh keluar, nafas turun naik, kaki mula menggigil… tapi semangat tetap padu! 💪

Bukan siapa paling laju, tapi siapa yang tak mengalah sampai ke atas. ❤️

Setiap langkah hari ini adalah satu langkah menuju badan yang lebih sihat dan lebih aktif. Yang penting, kita buat bersama-sama. 🤝





Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH MARANG
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096182545

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share