Bandar Marang

Bandar Marang Bandar Marang

♡Mana Yang ANGKUH & SOMBONG...Cuba Lihat Gambar Ini...Masih Jauh Perjalanan Kita... Hanya Amal & Kebaikan Akan Menjadi P...
15/03/2017

♡Mana Yang ANGKUH & SOMBONG...Cuba Lihat Gambar Ini...Masih Jauh Perjalanan Kita... Hanya Amal & Kebaikan Akan Menjadi Penyelamat Disetiap Perjalanan Kita...♡

♤SEBARKAN KEBAIKAN SEBANYAKNYA♤

12/01/2017

♡Seorang wanita bertanya kepada m***i :

"Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?

M***i menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"

Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".

M***i menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?"

Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."

M***i kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."

Semoga Allah membimbing kita semua!♡

♡Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), mel...
10/01/2017

♡Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-

1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.

2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.

3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.


► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)

Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-

Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.

Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.

Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.

Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita s**a dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan s**a dan melayan kita sebagai raja dan ratu.

► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)

Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.

Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-

1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.

Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).

► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)

Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.

Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.

Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.

Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.

Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan p**a, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.

Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.


"Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran: 38) ♡

26/12/2016

♡Ulama' memberi perumpamaan.

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing.

Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan.

Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu.

Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api.

Mereka akn makan makan kau (sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat)".

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar.

Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah.

Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.

Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.

Bila sudah mati, hijab akhirat akan dibuka.

Kita nampak manusia yg dibakar atas api.

Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran.

Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat.

Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.

Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam.

Semoga Allah beri kita kefahaman .
Aamiin Allahumma Aamiin...♡

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

20/12/2016

♤KEPADA SESIAPA YG INGIN MEMASANG AIR COND,KERJA2 ELEKTRIK DAN PA SYSTEM SERTA DJ UNTUK KENDURI KAHWIN BOLEH LIKE PAGE DAN BERHUBUNG TERUS DENGAN PAKAR 014-686 4670♤

Pakar Air Cond, Electrical, PA System, Renovation & Repair Services

23/11/2016

♤ Untuk Perkongsian Bersama ♤

♡Syeikh Syahrain JAKIM:
Sekadar renungan mrk yg ada ank
yg menduduki peperiksaan.

" Saya ada 4 org anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer n lawyer. Tapi yg no 3 tak menyerlah lansung. Dpt gred 2 spm.
Sangat mengecewakan sy. Tusyen beratus ringgit sebulan.tp hasil tak de. X mcm abg n kakak n adik dia. Dpt straight A.
Dapat lah kerja kilang. Duduk dng sy.
Tiap kali sebut pasal belajar mesti sy ungkit dia.
' tengok mcm adik brdk yg lain, semua keja elok2. Kau sorang keja kilang. Buat malu keluarga aje.'
Ini ungkapan yg selalu sy lepaskan pd dia.
Masa berlalu pantas. Takdir Allah sy kena strok. Istri sy pun sakit jugak. X mampu nak uruskan sy. Ingat ada ank yg jd doktor mudah la ckit. X juga. Harap ank2 lain semua sibuk ngan keja masing2. Hanya dtg lawat sesekali, lepas tu cepat2 nak balik.
Satu hari ank ke3 balik dng beg besar. Sy tanya kenapa. Dia jwp berhenti keja nak jaga abah.
Kelu lidah sy. Berhemburan air mata sy pd hari itu. Inilah anak yg paling saya kecewa dulu. Tp dialah yg menjaga sy hinga hari ini.
Sy mohon ampun kpd Allah atas

kesilapan sy yg dulu. Rupanya Allah jd kan dia kurang dlm pelajaran, tp Allah sertakan dia dng rasa tanggungjawab yg tinggi.

Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kpd manusia ada hikmahnya. Mungkin kita x nampak sekarang, masa dapan kita x tau. Bersangka baiklah dng Allah.
Bg ibubapa yg dpt result ank x cemerlang. Jng kecewa. Gagal dlm peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tp gagal dlm agama bala yg paling besar bg manusia.♡

11/11/2016

♡
08/11/2016

06/11/2016

❤Tausiyatul Qulub❤

♤"Wahai Sheikh..!" Seorang pemuda bertanya...

" Yang manakah yang lebih baik : seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia ?"

"Subhaanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.

"Mengapa boleh begitu?"

"Kerana orang yang tekun beribadah itu nantinya mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nantinya akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNYA."

"Jadi siapa yang lebih buruk?" Desak si anak muda.

Airmata mengalir di p**i si alim.

"Kita, anakku", ujar beliau.

"Kitalah yang selayak disebut buruk lantaran gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."

Dalam esakan dan hiba tangisan, si alim menyambung kata....

" Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada ALLAH dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."♤

19/10/2016

♤ LAWAK SERAM ♤

MENGAPA SAYA TAK PERNAH MARAH PADA ISTERI SAYA LAGI ...

Pengakuan jujur Seorang Suami

Sewaktu berbulan madu di negara orang, isteri saya melihat seekor kucing yang nakal. Dia pun mengajak kucing yang nakal itu bermain. Tapi, tak diduga kucing nakal itu menggigit tangannya. Isteri saya tersenyum dan memberi amaran pada kucing itu sambil berkata
"SATU..."

Kemudian isteri saya kembali mengajak kucing nakal itu bermain. Sekali lagi kucing nakal itu menggigit tangan isteri saya sampai berdarah. Isteri saya kembali tersenyum dan berkata:
"DUA..."

Saya mulai was-was. Tapi isteri saya dengan tenangnya mengajak kucing nakal itu kembali bermain. Sayangnya, kucing itu kembali menggigit tangan isteri saya. Isteri saya berkata pada kucing itu sambil tersenyum: "TIGA..." dan isteri saya mengambil pistol dari begnya dan menembak kucing itu sampai mati.

Saya marah kepada isteri saya: "Mar, awak sudah gila ke?" Isteri saya memandang saya sambil tersenyum dan berkata: "SATU..."
Sejak itu saya tidak pernah marah lagi kepada isteri saya.

-SEKIAN-

😂😂😂😂

18/10/2016

♡ Seorang lelaki kaya melihat melalui tingkap dan melihat seorang lelaki mengambil sesuatu dari tong sampah itu. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak miskin.

Orang miskin melihat sekeliling dan melihat lelaki telanjang berkelakuan tidak senonoh di jalan. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak gila.

Orang gila memandang ke hadapan dan melihat ambulans yang membawa pesakit. Beliau berkata, Terima kasih Allah aku tidak sakit.

Kemudian seorang yang sakit di hospital menyaksikan troli mengambil mayat ke bilik mayat. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak mati.

Hanya orang yang mati tidak boleh bersyukur kepada Tuhan. Mengapa kamu tidak bersyukur kepada Tuhan hari ini untuk memberikan anda peluang untuk hidup hari yang lain?

Kehidupan:
Untuk memahami dengan lebih baik, anda perlu pergi ke 3 lokasi:

1. Hospital,
2. Penjara &
3. Kubur.

* Di Hospital, anda akan memahami bahawa tiada apa yang lebih cantik daripada KESIHATAN.

* Dalam Penjara, anda akan melihat KEBEBASAN itu adalah perkara yang paling berharga.

* Diperkuburan, anda akan menyedari bahawa hidup ini tiada bernilai apa-apa. Hakikatnya kehidupan hari ini akan menjadi bumbung kpd kita di hari esok.

Oleh itu, marilah kita tetap merendah hati dan bersyukur dengan segala-galanya ♡

08/09/2016

!!!!PERINGANTAN UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....PLEASE SHARE!!!!!

Address

Marang
Marang
21600

Telephone

+60126562600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bandar Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bandar Marang:

Share