05/09/2024
Sambutan Ambang Merdeka 2024, Malaysia Madani - Jiwa Merdeka Anjuran UMNO Cawangan Kg.Senibong telah diadakan di Dataran Senibong pada 30 Ogos 2024, yg telah dihadiri oleh penduduk Kg.Senibong dan para pengunjung yg hadir pada malam tersebut. Ada beberapa aktiviti yg dijalankan antaranya konvoi bermotosikal membawa jalur gemilang, basikal berhias, nyanyian lagu "Negara Ku" dan menaikkan Jalur Gemilang Gergasi dan diakhiri dengan persembahan Bunga Api. Pelepasan konvoi dilakukan oleh Tuan Hj.Abd Rahim bin Moen, Ketua Kg.Senibong merangkap Pengerusi JPKK Kg.Senibong. Tahniah dan syabas diucapkan kpd En.Shahrizal Yacob Selaku Ketua Cawangan dan barisan AJK yg terlibat menjayakan program tersebut. "MALAYSIA MADANI - JIWA MERDEKA"