Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mata Ayer

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mata Ayer Page rasmi Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Mata Ayer

Alhamdulillah, kerja-kerja memangkas dahan pokok jati di sepanjang Jalan Gial–Guar Nangka telah selesai dilaksanakan.Tin...
13/08/2026

Alhamdulillah, kerja-kerja memangkas dahan pokok jati di sepanjang Jalan Gial–Guar Nangka telah selesai dilaksanakan.

Tindakan ini bagi memastikan laluan lebih selamat dan selesa untuk penduduk, terutama pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Terima kasih kepada pihak yang bekerjasama dan membantu menyelesaikan perkara ini.πŸ’ͺ🏻




𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

Alhamdulillah, selesai kerja-kerja menebang pokok di Kampung Gial.Terima kasih kepada semua pihak yang membantu memastik...
12/08/2026

Alhamdulillah, selesai kerja-kerja menebang pokok di Kampung Gial.

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu memastikan kerja ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga kawasan sekitar lebih selamat, kemas dan selesa untuk penduduk.

In Shaa Allah, setiap aduan dan keperluan rakyat akan terus diberi perhatian.πŸ˜‡




𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

07 Ogos 2026 | Jumaat23 Safar 1448H Alhamdulillah, selesai penyerahan Skim Kafalah kepada 10 orang penerima.Semoga bantu...
07/08/2026

07 Ogos 2026 | Jumaat
23 Safar 1448H

Alhamdulillah, selesai penyerahan Skim Kafalah kepada 10 orang penerima.

Semoga bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta membantu urusan para penerima dan keluarga. Setiap bantuan mungkin nilainya tidak seberapa, tetapi mudah-mudahan ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang sedang melalui ujian.

In Shaa Allah, semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. 🀲🏻




𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

Alhamdulillah, pagi tadi ke Kampung Baroh untuk menziarahi Puan Noorin binti Man selepas rumah beliau terbabit dalam keb...
28/07/2026

Alhamdulillah, pagi tadi ke Kampung Baroh untuk menziarahi Puan Noorin binti Man selepas rumah beliau terbabit dalam kebakaran petang semalam.

Ujian seperti ini pastinya amat berat, lebih-lebih lagi apabila rumah yang menjadi tempat berteduh mengalami kerosakan yang serius.

Semoga Puan Noorin dan seisi keluarga terus diberi kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan. In Shaa Allah, semoga ada sinar di sebalik setiap ujian dan semoga segala bentuk bantuan yang diperlukan dapat dipermudahkan.

Sama-sama kita doakan agar keluarga ini diberikan kekuatan untuk bangkit semula. 🀲🏻



𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

Tengah hari tadi YB Wan Badariah Wan Saad bersama suami berkesempatan menziarahi sebuah keluarga di RPA Mata Ayer 2 bagi...
26/07/2026

Tengah hari tadi YB Wan Badariah Wan Saad bersama suami berkesempatan menziarahi sebuah keluarga di RPA Mata Ayer 2 bagi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Mohd Fikri bin Jasni.

Semoga ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, meluaskan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Al-Fatihah. 🀲🏻



𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada JKR Perlis dan Senggara Utara Sdn. Bhd. atas tindakan yang pantas terhadap ...
25/07/2026

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada JKR Perlis dan Senggara Utara Sdn. Bhd. atas tindakan yang pantas terhadap aduan yang dikemukakan.

πŸ“Œ 24/7/2026 – Aduan dibuat.
πŸ“Œ 25/7/2026 – Kerja-kerja membersihkan pokok-pokok liar di kawasan flyover Mata Ayer telah selesai dilaksanakan.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memastikan kawasan ini lebih bersih, selamat dan selesa untuk digunakan oleh orang ramai.

Semoga kerjasama yang baik seperti ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat. πŸ’ͺ🏻




𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

23/07/2026
Alhamdulillah, kerja-kerja penambahbaikan longkang di kawasan Pokok Sena sudah dilaksanakan bagi mengatasi masalah salir...
22/07/2026

Alhamdulillah, kerja-kerja penambahbaikan longkang di kawasan Pokok Sena sudah dilaksanakan bagi mengatasi masalah saliran serta memastikan aliran air lebih lancar.

Semoga dengan penambahbaikan ini, masalah saliran dapat diatasi, aliran air menjadi lebih lancar dan penduduk setempat dapat menikmati persekitaran yang lebih selesa.

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu mengusahakan projek ini. In Shaa Allah, setiap aduan yang memberi manfaat kepada rakyat akan terus diberi perhatian dari semasa ke semasa. 🀲🏻




𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

✨ Ziarah Kasih DUN Mata Ayer ✨15 Julai 2026 | Rabu30 Muharam 1448HAlhamdulillah, YB Kak Wan berkesempatan menyantuni 6 b...
17/07/2026

✨ Ziarah Kasih DUN Mata Ayer ✨

15 Julai 2026 | Rabu
30 Muharam 1448H

Alhamdulillah, YB Kak Wan berkesempatan menyantuni 6 buah keluarga menerusi Program Ziarah Kasih DUN Mata Ayer di Komuniti Kersik dan RPA Mata Ayer 1.

Kunjungan kali ini melibatkan pesakit, warga emas, keluarga kurang berkemampuan, anak-anak yatim, ibu tunggal serta mereka yang sedang berdepan ujian kehidupan.

Setiap ziarah bukan sekadar membawa sumbangan, malah menjadi ruang untuk mendekati masyarakat, bertanya khabar dan mendengar sendiri segala keperluan serta permasalahan yang dihadapi oleh penduduk.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan semangat kepada mereka yang disantuni. In Shaa Allah, YB Kak Wan akan terus komited turun padang kerana kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan ❀️




𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

Alhamdulillah, YB Kak Wan berkesempatan menyampaikan Skim Kafalah kepada 5 orang penerima di sekitar DUN Mata Ayer.Semog...
14/07/2026

Alhamdulillah, YB Kak Wan berkesempatan menyampaikan Skim Kafalah kepada 5 orang penerima di sekitar DUN Mata Ayer.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para penerima serta menjadi tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.




𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π–π€πŠπˆπ‹ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π“π€ π€π˜π„π‘

Address

Batu 1Β½, Jalan Mata Ayer
Mata Ayer
02500

Opening Hours

Monday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6049381746

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mata Ayer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mata Ayer:

Shortcuts

Share