Trafik IPD Melaka Tengah

Trafik IPD Melaka Tengah BSPT IPD MELAKA TENGAH

04/04/2026
31/03/2026

Salam Sejahtera dan Salam Aidilfitri

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali bersama isteri, Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato’ Hj. Che Umar, selaku Pengerusi PERKEP JSPT, dengan penuh takzim dan keikhlasan menzahirkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta PERKEP JSPT di seluruh negara.

Semoga Syawal yang mulia ini disambut dengan penuh keinsafan, keharmonian dan rasa kesyukuran setelah melalui bulan Ramadan yang sarat dengan keberkatan. Diharapkan agar nilai-nilai murni yang telah disemai dengan kesabaran, keikhlasan, toleransi dan semangat kebersamaan, akan terus subur dalam sanubari dan menjadi pedoman dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai warga PDRM.

Dalam kesempatan ini juga, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga JSPT dan PERKEP JSPT atas komitmen, dedikasi serta pengorbanan yang tidak berbelah bahagi, khususnya dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan. Jasa dan pengorbanan ini amatlah dihargai serta disanjung tinggi.

Semoga Aidilfitri ini menjadi medan terbaik untuk mengeratkan lagi ukhuwah, memperkukuhkan silaturahim sesama rakan setugas, keluarga dan masyarakat, seterusnya menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga PDRM.

Akhir kata, semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kongsi perjalanan, kongsi keselesaan
Keselamatan Diutamakan

22/03/2026



*Tarikh : 21/03/2026
*Hari :Sabtu
*Masa :2130 hrs

Sjn Saifuaad & Kpl Nazatul Semasa Sedang Membuat Pemantauan lalulintas Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di *Lebuh SPA Tmn Paya Emas.* Telah Terkesan Sebuah M/kar Yang Dipandu Dengan Kerosakan Tayar Depan Pecah. MT K44 dan MT K32 Telah Mengekori dan Telah Tahan Pemandu Tersebut Di Jln Kg Bertam Ulu dan Segera Memberi Bantuan.

 *Tarikh : 21/03/2026*Hari     :Sabtu*Masa   :2030 hrsKpl Hatimurodzi bersama Kpl Nazaruddin Semasa Sedang Membuat Peman...
21/03/2026



*Tarikh : 21/03/2026
*Hari :Sabtu
*Masa :2030 hrs

Kpl Hatimurodzi bersama Kpl Nazaruddin Semasa Sedang Membuat Pemantauan lalulintas Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di *TL Meng Seng / Jln Bendahara.* Telah Terkesan Sebuah M/kar Yang Berhenti di Bahu Jalan Yang Mengalami Kerosakan Tayar Depan Pecah. MT K44 dan MT K32 Segera Memberi Bantuan Keatas Pemandu Tersebut.



 PIC OF THE DAY: ANGGOTA BSPT IPD MELAKA TENGAH BANTU KENDERAAN ROSAKPenghargaan buat Kpl Sollehan, KPL Zia Azri, LK Aza...
21/03/2026



PIC OF THE DAY: ANGGOTA BSPT IPD MELAKA TENGAH BANTU KENDERAAN ROSAK

Penghargaan buat Kpl Sollehan, KPL Zia Azri, LK Azarul dan LK Naqib dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kerana membantu seorang pemandu sebuah M/kar yang mengalami masalah enjin ketika menjalankan rondaan dan pemantauan lalulintas Op Selamat Ke- 26 di Lebuh AMJ TL Lee Rubber.
Pegawai dan Anggota tersebut telah memberikan bantuan awal dilokasi.

Tahniah atas keprihatinan yang diberikan oleh anggota terlibat yang memaparkan nilai-nilai murni warga JSPT dalam membantu masyarakat dan semoga menjadi teladan buat warga pasukan yang lain.

- Selamat - _Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi_

- Selamat 25 - _Kongsi Perjalan, Kongsi Keselesaan, Keselamatan Diutamakan_

Untuk Makluman dan info bersama

SELAMAT BERSAMA JSPT


*PROGRAM ADVOKASI OP SELAMAT 26 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026 OLEH BSPTD MELAKA TENGAH*Tarikh: 20/03/2026 (Jumaat )M...
20/03/2026

*PROGRAM ADVOKASI OP SELAMAT 26 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026 OLEH BSPTD MELAKA TENGAH*

Tarikh: 20/03/2026 (Jumaat )
Masa : 1500hrs - 1540hrs
Tempat : AEON Melaka

Address

Jalan Kota Melaka
Melaka
75661

Telephone

+6062842222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trafik IPD Melaka Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share