ICU JPM Melaka

Call Website Contact the organization

ICU JPM Melaka Laman Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU JPM Melaka)

ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π’π”πŒππ€ππ†π€π πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐍 π‘πŽπ‡π€ππˆMELAKA, 19 Oktober 2026 – ICU JPM Melaka telah men...
25/10/2026

ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π π’π”πŒππ€ππ†π€π πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐍 π‘πŽπ‡π€ππˆ

MELAKA, 19 Oktober 2026 – ICU JPM Melaka telah menyampaikan sumbangan peruntukan khas daripada YAB Perdana Menteri berjumlah RM5,000 kepada Puan Rohani binti Latip, seorang pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori intelektual bagi membantu membiayai kos pembedahan mata beliau.

Sumbangan ini bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penerima, sekali gus membantu beliau mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Khususnya, golongan yang memerlukan bantuan bagi mendapatkan akses kepada rawatan kesihatan yang sewajarnya.




πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπ€πŒππ”ππ† ππ”πŠπˆπ“ π‘π€πŒππ€πˆMELAKA, 18 Oktober 2026 – Majlis Peluncuran Kampung Angkat M...
23/10/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπ€πŒππ”ππ† ππ”πŠπˆπ“ π‘π€πŒππ€πˆ

MELAKA, 18 Oktober 2026 – Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) Kampung Bukit Rambai telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Abidin oleh diiringi Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Tuan Haji Shahrul bin Shaari.

Turut hadir, Puan Surina Datuk Haji Shamsudin, wakil JPKK Kampung Bukit Rambai. Menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI, peruntukan sebanyak RM500,000 disediakan bagi pelaksanaan projek pembangunan kampung, termasuk RM20,000 yang diperuntukkan kepada Sekolah Angkat MADANI, SMK Bukit Rambai.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Bakul Rahmah berjumlah RM500 kepada 10 orang penerima serta bantuan berjumlah RM25,000 kepada lima orang usahawan Sejati MADANI sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.

Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui penyediaan kemudahan dan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk setempat.





πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π–π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π π”ππ“π”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππŸ’πŸŽMELAKA, 14 Oktober 2026 –ICU JPM Melaka meneruskan usaha memperkasakan u...
15/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π–π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π π”ππ“π”πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππŸ’πŸŽ
MELAKA, 14 Oktober 2026 –ICU JPM Melaka meneruskan usaha memperkasakan usahawan golongan B40 menerusi penganjuran Kursus Kewangan dan Pemasaran selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri.

Seramai 100 orang usahawan B40 terlibat dalam kursus ini serta bakal menerima bantuan peralatan perniagaan bernilai RM5,000 bagi setiap peniaga.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan MADANI berjaya melahirkan usahawan yang mampu mengembangkan perniagaan melalui pengaplikasian kaedah pemasaran tanpa sempadan, pengurusan kewangan yang lebih sistematik serta penggunaan peralatan agar kualiti produk terjamin.

Sumber: ICU JPM Melaka, 15 Oktober 2026





ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπˆπ“π€ (𝐏𝐌𝐊) πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πƒπˆ π€π‹πŽπ‘ 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇MELAKA, 11 Oktober 2026 – ICU JPM Melaka meneruskan inisi...
14/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπˆπ“π€ (𝐏𝐌𝐊) πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πƒπˆ π€π‹πŽπ‘ 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇

MELAKA, 11 Oktober 2026 – ICU JPM Melaka meneruskan inisiatif kebajikan rakyat menerusi penyampaian sumbangan Bakul Rahmah sempena Program MADANI Kita 2026 di FELDA Tun Ghafar, Alor Gajah.

Seramai 50 orang penerima daripada golongan B40 telah menerima sumbangan Bakul Rahmah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2,500.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya bagi meringankan beban kos sara hidup serta membantu memenuhi keperluan harian golongan yang memerlukan.

Sumber: ICU JPM Melaka, 14 Oktober 2026





𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π— π—”π——π—”π—‘π—œ π—žπ—œπ—§π—” (π—£π— π—ž) π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ π—žπ—₯π—¨π—•π—’π—‘π—š, π—žπ—”π— π—£π—¨π—‘π—š π—§π—”π— π—£π—’π—œ, π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—” MELAKA, 10 Oktober 2026 –Program MADANI Kita (PMK) yang...
11/10/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π— π—”π——π—”π—‘π—œ π—žπ—œπ—§π—” (π—£π— π—ž) π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ π—žπ—₯π—¨π—•π—’π—‘π—š, π—žπ—”π— π—£π—¨π—‘π—š π—§π—”π— π—£π—’π—œ, π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—”
MELAKA, 10 Oktober 2026 –Program MADANI Kita (PMK) yang berlangsung di PPR Krubong, Kampung Tampoi mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan warga Melaka.

ICU JPM Melaka turut memainkan peranan dalam menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah bernilai keseluruhan RM5,000 kepada seramai 100 orang penerima daripada golongan B40.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan ICU JPM Melaka dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara melalui penyampaian bantuan yang berkesan di peringkat akar umbi.

Sumber: ICU JPM Melaka, 12 Oktober 2026



πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐑𝐄𝐋𝐀 πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”MELAKA, 8 Oktober 2026 – Pengarah Pembangunan Negeri Melak...
10/10/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐑𝐄𝐋𝐀 πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

MELAKA, 8 Oktober 2026 – Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Shahrul bin Shaari telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Teduhan Kasih RELA MADANI Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di Kampung Jus, Selandar, Melaka.

Turut hadir, Pgkr Ros Shahida binti Mohd Nayan, Pegawai Operasi RELA Negeri Melaka serta anggota-anggota RELA Negeri Melaka.

Program ini merupakan satu inisiatif bagi membantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) melalui kerja-kerja baik pulih kediaman, sekali gus menyediakan persekitaran tempat tinggal yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

Pelaksanaan program ini turut mencerminkan keprihatinan terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota RELA, khususnya dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka.

Sumber:ICU JPM Melaka, 11 Oktober 2026





πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ π“πˆππƒπ€πŠπ€π ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ„π†π„π‘πˆ (𝐉𝐓𝐏𝐍𝐠) πŒπ„π‹π€πŠπ€ ππˆπ‹. πŸ‘/πŸπŸŽπŸπŸ” & πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π…πŽπ‚π”π’ π†π‘πŽπ”π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π π‘π€πŠπ˜...
09/10/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ π“πˆππƒπ€πŠπ€π ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ„π†π„π‘πˆ (𝐉𝐓𝐏𝐍𝐠) πŒπ„π‹π€πŠπ€ ππˆπ‹. πŸ‘/πŸπŸŽπŸπŸ” & πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π…πŽπ‚π”π’ π†π‘πŽπ”π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π π‘π€πŠπ˜π€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ ππˆπ‹. 𝟐/πŸπŸŽπŸπŸ”

MELAKA, 7 Oktober 2026- Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Bil.3/2026 dan Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Negeri Melaka Bil.2/2026 telah berlangsung pada hari ini yang dipengerusikan oleh YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Mohd Shahrul bin Shari selaku Setiausaha Mesyuarat JTPNg dan Focus Group serta Ketua-ketua jabatan/ agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Terdapat tiga (3) kertas kerja yang dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Melaka Bil.3/2026:
1. Prestasi Perbelanjaan / Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-13 RP1 bagi Tahun 2026 bagi Peruntukan Persekutuan di Negeri Melaka.
2. Pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI & Sekolah Angkat MADANI Negeri Melaka Tahun 2026.
3. Status Projek Pra Pelaksanan Berimpak Tinggi di Negeri Melaka di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, sebanyak empat (4) kertas kerja turut dibentangkan dalam Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Negeri Melaka Bil.2/2026:
1. Laporan Data ekasih Negeri Melaka oleh ICU JPM Melaka.
2. Inisiatif Bantuan Kebajikan Tahun 2026 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. Inisiatif Bantuan Kebajikan Asnaf Tahun 2026 oleh Majlis Agama Islam Melaka.
4. Program Pemerkasaan Ekonomi Usahawan B40 oleh Malaysia Design Development Centre.





πŸ“’ HEBAHAN PEMBUKAAN KAUNTER E-KASIH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) πŸ“’Warga Melaka! Orang ramai dijemput hadir ke Perkh...
08/10/2026

πŸ“’ HEBAHAN PEMBUKAAN KAUNTER E-KASIH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) πŸ“’

Warga Melaka! Orang ramai dijemput hadir ke Perkhidmatan Kaunter eKasih yang dibuka oleh ICU JPM Melaka bersempena Program Madani Kita yang berlangsung di Krubong dan Hutan Percha.

Pelbagai perkhidmatan disediakan secara terus untuk anda:
βœ… Pendaftaran eKasih
βœ… Semakan & Kemaskini Status eKasih
βœ… Semakan Bantuan Kerajaan Persekutuan / Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

πŸ—“οΈ MAKLUMAT LOKASI & TARIKH:
πŸ“ LOKASI 1: Dewan Komuniti PPR Krubong, Jalan Krubong, Kampung Tampoi
πŸ—“ Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - 4.00 Petang πŸ›

πŸ“ LOKASI 2: Padang Awam Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah
πŸ—“ Tarikh: 11 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - 6.00 Petang

Jangan lepaskan peluang ini! Sila bawa dokumen pengenalan diri yang berkaitan untuk urusan di kaunter.





NO. SEBUT HARGA: PPNM/02/2026ππŽππƒπŽπŠ π“π€π‡π…πˆπ™ π‰π€πŠπˆπŒ - ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππ€πˆπŠπ€π πˆππ…π‘π€π’π“π‘π”πŠπ“π”π‘ 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓-𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π ππŽππƒπŽπŠ 𝐓𝐀𝐇𝐅...
30/09/2026

NO. SEBUT HARGA: PPNM/02/2026
ππŽππƒπŽπŠ π“π€π‡π…πˆπ™ π‰π€πŠπˆπŒ - ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππ€πˆπŠπ€π πˆππ…π‘π€π’π“π‘π”πŠπ“π”π‘ 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓-𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π ππŽππƒπŽπŠ π“π€π‡π…πˆπ™ πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ ππ€π†πˆ πŒπ€πƒπ‘π€π’π€π‡ π“π€π‡π…πˆπ™ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐋 ππˆπ‘π€π€π“, πŒπ„π‹π€πŠπ€ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŠπ„π‘π‰π€-πŠπ„π‘π‰π€ ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π

GRED & KOD BIDANG : GRED G2
KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 (KEBENARAN KHAS TIDAK DIBENARKAN)
TARIKH TAKLIMAT & PENDAFTARAN KONTRAKTOR : 07 OKTOBER 2026 (RABU) (11.00 PAGI)
LOKASI PENDAFTARAN KONTRAKTOR : MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT, TELOK MAS, MELAKA
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA : 14 OKTOBER 2026 (RABU) (SEBELUM JAM 12:00 TENGAH HARI)

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π–π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐃𝐀𝐍 πŒπˆππ”πŒπ€π πƒπˆππ€π–π€π‡ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππŸ’πŸŽMelak...
27/09/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π–π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐃𝐀𝐍 πŒπˆππ”πŒπ€π πƒπˆππ€π–π€π‡ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ @ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππŸ’πŸŽ

Melaka, 25 September 2026- Kursus Kewangan dan Pemasaran Usahawan Makanan dan Minuman dibawah PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI @ USAHAWAN B40 yang dikelolakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah dirasmikan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, diiringi oleh Encik Afzai Nizam bin Sandiman, Timbalan Pengarah ICU JPM Melaka serta Puan Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi TERAS.

Kursus ini dilaksanakan bagi membantu usahawan makanan dan minuman dalam kalangan B40 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan strategi pemasaran perniagaan.

Melalui inisiatif Malaysia MADANI, para usahawan yang terlibat turut menerima bantuan peralatan perniagaan bernilai RM5,000 bagi memperkukuh keupayaan serta mengembangkan operasi perniagaan masing-masing. Bantuan tersebut merangkumi mesin, peti sejuk beku, singki dan pelbagai peralatan lain yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan peserta.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memperkasa usahawan B40 melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan keupayaan dalam menguruskan perniagaan.





Address

Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Aras Bawah Menara Mitc, Kompleks Mitc, Jalan Konvensyen Ayer Keroh
Melaka
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 05:30
Friday 07:30 - 05:30

Telephone

+6063183000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ICU JPM Melaka:

Shortcuts

Share