26/08/2026
Pemandu maut, tiga wanita cedera dalam di Miri
, 26 Ogos — Seorang lelaki maut manakala tiga wanita cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di atas bukit berhampiran Taman Awam Miri di Jalan Bintulu-Miri, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3 pagi.
Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bersama sebuah jentera kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian.
Menurut JBPM Sarawak, terdapat empat mangsa berada di dalam kenderaan berkenaan ketika kejadian.
“Tiga mangsa wanita berjaya dikeluarkan, manakala seorang lelaki yang merupakan pemandu kenderaan tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Bagaimanapun, mangsa lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Tiga mangsa wanita mengalami kecederaan, dengan seorang daripadanya cedera parah manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan,” katanya.