16/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐
๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐| YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri bagi meninjau tahap kesiapsiagaan serta operasi semasa pengurusan bencana di daerah ini.
Ketibaan beliau telah disambut dan diiringi oleh YS TPj. ( PA) Mohtar Bin Samat,Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Mejar (PA) Zulfaituri Bin Ramli , Penolong Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sarawak , Mejar ( PA ) Bonnie Bin Madisun, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri bersama pegawai-pegawai kanan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi di lapangan serta memastikan segala aspek pengurusan kecemasan dan bantuan kepada masyarakat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Sepanjang lawatan, Menteri turut diberikan taklimat mengenai operasi semasa, kekuatan anggota, aset logistik serta cabaran yang dihadapi oleh pihak APM dalam melaksanakan tugas-tugas penyelamatan dan bantuan kemanusiaan.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi koordinasi antara agensi serta meningkatkan kecekapan sistem pengurusan bencana di negeri Sarawak khususnya di bahagian Miri .
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
"๐๐๐ ๐๐ข๐ซ๐ข, ๐๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐๐๐ฒ"
"๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐๐๐ก, ๐๐๐ฅ๐ฅ ๐๐๐"
Jabatan Perdana Menteri
RTM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak