03/08/2026
π Program Promosi Kesihatan Pergigian SMART di Kampung Selanyau, Sibuti, Bekenu-28
Julai 2026
Pasukan Kesihatan Pergigian telah menyertai Program SMART di Kampung Selanyau, Sibuti, Bekenu melalui kolaborasi bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian kepada penduduk kampung. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk pameran kesihatan pergigian, ceramah kesihatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan pergigian bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan mulut yang betul.
Antara mesej utama yang disampaikan ialah kepentingan memberus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida, mengamalkan pemakanan yang sihat, serta mendapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengesan dan mencegah penyakit pergigian lebih awal.
Semoga melalui program ini, masyarakat Kampung Selanyau memperoleh manfaat dan kesedaran bahawa kesihatan mulut merupakan sebahagian daripada kesihatan diri secara menyeluruh.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pihak penganjur, serta seluruh komuniti Kampung Selanyau atas kerjasama dan sambutan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti.