11/05/2026
10/5/2026
Derma Organ Muar tidak melepaskan peluang menyambut World Kidney Day Peringkat Negeri Johor di sini.
Terima kasih kepada pihak penganjur Jabatan Perubatan Hpsf Muar kerana menjemput kami membuka reruai Derma Organ dan Tisu.
Alhamdulillah syukur ramai pengunjung yang hadir ke program ini dan ke reruai kami.
Antara mesej penting daripada sambutan ini ialah:
Jagalah pemakanan, jagalah buah pinggang.
Mencegah itu lebih murah daripada merawat.
Jika buah pinggang kita masih elok dan berfungsi dengan baik sehingga akhir hayat, kita boleh berikannya pada orang lain selepas kita meninggal dunia.
Dan perbuatan memberi organ/tisu itu dikira sebagai sedekah jariah selagi mana ianya digunakan.
Erti hidup pada memberi.
Sebuah ikrar, sejuta harapan.