27/02/2026
Kenyataan Media
Pelantikan Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional
Saya ingin merakamkan setinggi–tinggi ucapan terima kasih atas kepercayaan dan amanah sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, yang diputuskan oleh semua Presiden parti anggota PN dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional (MPT PN) yang bermesyuarat khas pada hari ini, Ahad 22 Februari 2026.
Saya turut merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi yang besar dalam Piihan Raya ke 15 yang lalu.
Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak dan rakyat kepada PN, untuk menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosio ekonomi.
Saya akan berbincang dengan kepimpinan MPT PN untuk mengadakan mesyuarat MPT PN bagi menentukan pelantikan jawatan sebagaimana keperluannya dalam Perlembagaan PN.
Apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik ini, melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
22 Februari 2026/ 4 Ramadan 1447H
--------------------------------------------------------------------------
Press Statement
Appointment as Chairman of Perikatan Nasional
I would like to express my deepest gratitude for the trust and mandate entrusted to me as the new Chairman of Perikatan Nasional (PN), as resolved by all the Presidents of PN component parties and members of the Perikatan Nasional Supreme Council (MPT PN) during a special meeting held today, Sunday, 22 February 2026.
I extend my highest appreciation to YB Tan Sri Muhyiddin Yassin for his dedicated service as the Chairman of PN since its inception, alongside the entire leadership of the MPT PN, for building PN into a foundation of political consensus that has progressed excellently, enabling us to secure a significant number of seats in the recent 15th General Election.
This new responsibility bestowed upon me is immense, heavy, and challenging, particularly amidst the high expectations placed by various parties and the public upon PN to serve as a political consensus capable of bringing meaningful change for all Malaysians across diverse religions, races, ethnicities, and socio-economic backgrounds.
I will engage with the MPT PN leadership to convene an MPT PN meeting to determine the appointments for the necessary designations in accordance with the PN Constitution.
What must be expedited at this critical juncture is the consolidation of this political consensus, alongside the implementation of structural and operational enhancements that will position PN as the nucleus of people's hopes.
YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Sunday, 22 February 2026 / 4 Ramadan 1447H