Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah

Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
(1)

28/08/2026

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—œ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—ก) โ€“ Bahagian Perumahan telah mengadakan lawatan ke RPA Seberang Terus bagi meninjau keadaan pokok-pokok besar di sekitar kawasan perumahan sebagai persediaan untuk melaksanakan kerja-kerja memangkas pokok yang dikenal pasti telah tumbuh terlalu tinggi dan berisiko tumbang.

Lawatan ini turut mengambil kira beberapa aduan daripada penghuni berhubung kehadiran haiwan liar seperti ular yang memasuki kediaman, dipercayai berpunca daripada pokok-pokok yang telah tumbuh sehingga mencapai paras bangunan. Kerja-kerja pemangkasan akan dilaksanakan bagi membantu mengurangkan risiko tersebut serta memastikan kawasan persekitaran lebih selamat dan terurus.

Dalam kesempatan yang sama, Bahagian Perumahan turut melawat sebuah rumah di RPA Seri Gemilang yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada 20 Ogos 2026 (Khamis). Hasil tinjauan mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan teruk dan tidak terurus serta memerlukan tindakan selanjutnya.

26/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—ฃ๐—” ๐—–๐—›๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐—ก

๐—–๐—›๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—œ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—ก) โ€“ Bahagian Perumahan telah mengadakan lawatan pemantauan ke RPA Changloon pada hari ini bagi meninjau beberapa tapak tangki septik yang memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa tapak tangki septik yang telah ditutup atau dihalang dengan binaan, tempat letak barang dan stor simpanan oleh penghuni.

Sehubungan itu, Bahagian Perumahan akan mengeluarkan notis amaran kepada penghuni yang didapati mendirikan binaan di kawasan berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Perumahan memohon kerjasama semua penghuni RPA agar tidak mendirikan sebarang binaan atau meletakkan barang di kawasan luar rumah, khususnya di atas atau sekitar kemudahan awam. Tindakan tersebut bukan sahaja menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan, malah boleh menghalang pihak yang bertanggungjawab daripada menjalankan kerja dengan baik.

Kerjasama semua penghuni amat dihargai bagi memastikan kemudahan perumahan sentiasa dapat diselenggara dengan lancar demi keselesaan bersama.

19/08/2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฃ๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ก๐—”๐—›๐—จ ๐Ÿฎ โ€“ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐Ÿฎ

Sambungan rakaman operasi penguatkuasaan di PPR Paya Nahu 2.

Terima kasih kepada seluruh penghuni atas kerjasama yang diberikan.

18/08/2026

๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—œ, ๐Ÿญ๐Ÿฒ & ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—›๐—”๐—— & ๐—œ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—ก) โ€“ Bahagian Perumahan meneruskan operasi penguatkuasaan di PPR Paya Nahu 2 bagi merobohkan binaan-binaan yang didirikan tanpa kebenaran selepas tamat tempoh notis 30 hari yang telah diberikan kepada penghuni terbabit.

Operasi ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan binaan yang melanggar peraturan dapat diambil tindakan serta kawasan bersama di PPR Paya Nahu 2 kekal teratur dan tidak mengganggu keselesaan penghuni lain.

Bahagian Perumahan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga PPR Paya Nahu 2 atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi penguatkuasaan ini berlangsung.

16/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฅ๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—”, ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—ข๐—ก๐—š

๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ) โ€“ Bahagian Perumahan meneruskan pemantauan di RPA Taman Wira, Mergong bagi meninjau keadaan penghuni yang mempunyai tunggakan bayaran yang tinggi. Lawatan ini turut disertai oleh ejen kutipan rasmi Bahagian Perumahan, BPO Distribution Sdn. Bhd.

Bahagian Perumahan menyeru semua penghuni agar memberikan kerjasama dan mengambil tindakan segera untuk menjelaskan tunggakan masing-masing. Sekiranya penghuni masih gagal menjelaskan tunggakan dan tidak memberikan kerjasama, tindakan penarikan semula rumah akan diambil mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Bahagian Perumahan berharap penghuni mengambil serius perkara ini dan tidak menunggu sehingga tindakan penguatkuasaan diambil terhadap rumah masing-masing.

14/08/2026
13/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ

๐—ž๐—จ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ) โ€“ Bahagian Perumahan sekali lagi hadir ke Taman Nagasari bagi meninjau keadaan semasa serta membuat pemantauan susulan terhadap penghuni yang sebelum ini telah diberikan amaran.

Pada hari ini, notis rasmi telah diserahkan kepada penghuni yang terlibat sebagai peringatan supaya mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perumahan.

Sekiranya penghuni masih gagal mematuhi arahan dan didapati terus ingkar, notis pengosongan premis akan dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.

10/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ช๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฃ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—” โ€“ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐Ÿฎ

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฐ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”) โ€“ Bahagian Perumahan turut turun ke unit-unit kediaman bagi meninjau keadaan penghuni yang masih belum hadir untuk urusan tandatangan semula perjanjian penyewaan serta penghuni yang mempunyai tunggakan bayaran.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada Bahagian Perumahan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada penghuni dan meneliti keadaan setiap kes bagi tindakan selanjutnya.

05/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ช๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฃ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—”

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฏ ๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐Ÿฑ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—œ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—ก โ€“ ๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ) โ€“ Bahagian Perumahan telah mengadakan Program Siasatan dan Tandatangan Semula Perjanjian Penyewaan bagi penghuni PPR Taman Dahlia yang telah tamat tempoh perjanjian penyewaan selama tiga tahun.

Program ini bertujuan mengemas kini rekod penyewaan, menyemak status penghuni serta memastikan hanya penyewa yang mematuhi syarat dan peraturan diberikan pembaharuan perjanjian.

Hasil semakan yang dijalankan mendapati terdapat beberapa unit rumah yang akan diambil tindakan penarikan semula berikutan ketidakpatuhan terhadap syarat perjanjian. Unit-unit tersebut akan melalui proses pemutihan dan kerja-kerja pembaikan terlebih dahulu sebelum dibuka semula untuk permohonan kepada orang awam yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan bagi unit-unit berkenaan akan diumumkan melalui laman sesawang rasmi Bahagian Perumahan di ihome.kedah.gov.my setelah proses pemutihan dan pembaikan selesai dilaksanakan.

Bahagian Perumahan menyeru semua penghuni agar sentiasa mematuhi syarat perjanjian serta menjelaskan bayaran sewa mengikut jadual bagi memastikan pengurusan perumahan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat yang layak.

๐Ÿšจ AMARAN PENIPUAN (SCAM) ๐ŸšจKENYATAAN BAHAGIAN PERUMAHAN SUK NEGERI KEDAHBahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan N...
03/08/2026

๐Ÿšจ AMARAN PENIPUAN (SCAM) ๐Ÿšจ
KENYATAAN BAHAGIAN PERUMAHAN SUK NEGERI KEDAH

Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ingin memaklumkan bahawa satu hebahan palsu berkaitan permohonan Rumah PPR sedang tular di media sosial, khususnya melalui platform Threads.

Hebahan tersebut bukan dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah dan maklumat yang dipaparkan, termasuk pautan pendaftaran, bukan merupakan saluran rasmi Bahagian Perumahan.
Orang ramai dinasihatkan supaya:
Tidak mengklik pautan yang dikongsikan;
Tidak mengisi sebarang maklumat peribadi; dan
Tidak berkongsi hebahan tersebut kepada orang lain.

Sebarang maklumat berkaitan permohonan rumah hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah.
Orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Address

Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Negeri
05503

Telephone

+6047027311

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah:

Shortcuts

Share