Unit Pemantauan & Pelaksanaan Strategik - Pejabat Menteri Besar Kelantan

  • Home
  • Malaysia
  • Negeri
  • Unit Pemantauan & Pelaksanaan Strategik - Pejabat Menteri Besar Kelantan

Unit Pemantauan & Pelaksanaan Strategik - Pejabat Menteri Besar Kelantan Laman Facebook Rasmi Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK) Pejabat Menteri Besar Kelantan

SESI PEMUKIMAN AHLI YANG BERHORMAT KELANTAN 2026Sesi Pemukiman Ahli Yang Berhormat Kelantan 2026 yang menghimpunkan Ahli...
28/06/2026

SESI PEMUKIMAN AHLI YANG BERHORMAT KELANTAN 2026

Sesi Pemukiman Ahli Yang Berhormat Kelantan 2026 yang menghimpunkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara pada 22 Jun hingga 24 Jun 2026 di Kuala Lumpur.

Antara agenda utama ialah Pembentangan Laporan Kajian Prestasi Pusat Khidmat DUN Kelantan oleh YABrs. Mejar Dr. Nazmi bin Ghazali Azmi, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan dan Pembentangan Laporan Kajian Prestasi Wakil Rakyat Oleh YBhg Dato' Dr Wan Nik Wan Yusof, Pengarah Pusat Kajian Strategik.

Program turut diteruskan dengan Sesi Intellectual Discourse: Data dan Statistik Sosioekonomi Kelantan yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Seterusnya, Pembentangan: Memperkasa Fungsi Legislatif – Peranan, Cabaran dan Masa Depan telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu.

Sesi tersebut disusuli dengan Ulasan Pembentangan oleh YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Mantan Menteri Besar Kelantan, dan YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Dr. Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah, Speaker Dewan Negeri Kelantan.

Ucapan Rumusan telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, sebelum diteruskan dengan Amanat oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Program turut menampilkan Sesi bersama dengan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, yang memberikan penekanan terhadap aspek tadbir urus, penyelarasan pentadbiran serta pengukuhan kerjasama bersama Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

SPARK telah bertindak sebagai urus setia, mengendalikan penyelarasan dan pengurusan sepanjang program berlangsung.




Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita...
16/06/2026

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama memasuki fasa baru Hijrah iaitu Tahun Baru 1448H.

Pada Tahun Baru 1448H ini, marilah kita sama-sama merapatkan saf dan berazam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik pada tahun ini.

Salam Maal Hijrah 1448H/2026M



🌙 Salam Aidiladha 1447HSeluruh warga Unit Pemantauan & Pelaksanaan Strategik (SPARK), Pejabat Menteri Besar Kelantan men...
27/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H

Seluruh warga Unit Pemantauan & Pelaksanaan Strategik (SPARK), Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam umumnya.

Semoga Aidiladha ini menjadi medan untuk memperkukuh nilai keimanan, semangat pengorbanan, serta perpaduan dalam membina masyarakat yang harmoni, sejahtera, dan diberkati.

Marilah kita bersama menghayati erti sebenar pengorbanan dengan memperkukuh ukhuwah, menyemai nilai keprihatinan serta mempertingkatkan semangat kebersamaan demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta dirahmati Allah SWT.




📃 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥YB Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi...
09/05/2026

📃 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

YB Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke TM Network Intelligence Centre (NIC) dan Klang Valley Data Centre (KVDC), Cyberjaya pada 6 Mei 2026.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Pengurus Besar Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. serta wakil Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kelantan. Mewakili Unit SPARK, Encik Zaim Irsyad turut dijemput bagi membantu memastikan kelancaran perjalanan program serta pengurusan sepanjang lawatan berlangsung.

Lawatan ini juga bertujuan mendapatkan input berkaitan pembangunan ekosistem digital di Negeri Kelantan termasuk perancangan polisi pendigitalan, pembangunan sistem cloud di peringkat negeri serta usaha memperkasa komponen Internet of Things (IoT) dalam agenda Smart City Kelantan menjelang tahun 2030.

Selain itu, sesi libat urus yang diadakan turut memberi pendedahan berkaitan pengurusan rangkaian pintar, keselamatan data, sistem pemantauan operasi dan teknologi digital terkini yang menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi digital negara.

Selain TM NIC dan KVDC, delegasi turut mengadakan lawatan ke My5G Portal Digital Nasional Berhad (DNB) serta CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) bagi melihat dengan lebih dekat perkembangan teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital yang sedang berkembang pesat di negara ini.



Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan isu bekalan air di Machang bersama...
05/05/2026

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan isu bekalan air di Machang bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd, termasuk pembentangan Projek TAPS Machang.

Encik Mohd Farhan bin Mohd Bakhari turut hadir mewakili Unit SPARK. Fokus diberikan kepada pengukuhan bekalan dan tindakan susulan bagi menjamin kestabilan air.


🏢 Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026Hari Pekerja merupakan simbol penghargaan kepada seluruh warga kerja yang men...
01/05/2026

🏢 Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026

Hari Pekerja merupakan simbol penghargaan kepada seluruh warga kerja yang menjadi tunjang kepada kemajuan organisasi, negeri dan negara. Setiap peranan, sama ada di peringkat pengurusan mahupun pelaksana, memainkan tanggungjawab yang amat penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berkualiti.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan, dia melaksanakannya dengan cemerlang.” (Riwayat al-Tabarani), nilai kecemerlangan dalam pekerjaan wajar terus dijadikan amalan dalam setiap aspek tugasan harian.

Semoga sambutan Hari Pekerja ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, berdaya saing dan berteraskan nilai amanah demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.




𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐉𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓 (𝐑𝐓𝐃) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄-𝟑: 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍Bengkel dan Sidang Meja Bula...
22/04/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐉𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓 (𝐑𝐓𝐃) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐊𝐄-𝟑: 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

Bengkel dan Sidang Meja Bulat (RTD) Siri Ke-3 yang memfokuskan kepada pemerkasaan pelaksanaan serta standardisasi sukan mesra Islam di Negeri Kelantan, bermula 22 hingga 24 April 2026.

Program ini menghimpunkan panel pakar daripada Universiti Malaya sebagai rujukan utama dalam pembangunan dasar dan garis panduan sukan mesra Islam, iaitu Prof. Dr. Ishak bin Hj Suliaman (Profesor VK7, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith merangkap Pengarah Pusat Dana Penyelidikan Universiti Malaya); Dr. Mohd Naufal bin Yunos (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Sukan dan Eksesais); Dr. Norazam Khair bin Mohd Ithnin (Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam); serta Dr. Mohd Firdaus bin Abdullah (Timbalan Dekan merangkap Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Sukan dan Eksesais, Universiti Malaya).

Timbalan Pengarah Unit SPARK, YBrs. Encik Mohd Khairul Padli bin Baduldin turut hadir bersama Pegawai-Pegawai SPARK dalam menjayakan program ini. Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Encik Mohd Arman bin Zulkifli bersama Pegawai-Pegawai MSN bagi memperkukuh kerjasama strategik antara agensi pelaksana dan pihak berkepentingan.

Selain itu, sesi perbincangan turut merangkumi Focus Group Discussion (FGD) dan Sidang Meja Bulat bagi merangka resolusi yang praktikal serta berimpak tinggi untuk dilaksanakan di peringkat negeri.





Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK) Pejabat Menteri Besar Kelantan telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan...
08/04/2026

Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK) Pejabat Menteri Besar Kelantan telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Sempena Persidangan Dewan Negeri Kelantan Kali Pertama Tahun 2026 bersama Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC).

Bengkel ini diadakan bagi memastikan penyelarasan serta pemantapan gerak kerja Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN), khususnya dalam menghadapi persidangan pada bulan April ini agar pelaksanaan dapat berjalan secara lebih tersusun, berkesan dan berimpak tinggi.

Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh koordinasi serta kesepaduan antara semua pihak terlibat dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian dan tadbir urus negeri.

Turut hadir Timbalan Pengarah SPARK, Encik Mohd Khairul Padli bin Baduldin bersama pegawai-pegawai bagi menjayakan bengkel ini.





08/04/2026

Address

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Negeri

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097481957

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemantauan & Pelaksanaan Strategik - Pejabat Menteri Besar Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Pemantauan & Pelaksanaan Strategik - Pejabat Menteri Besar Kelantan:

Shortcuts

Share