Pejabat Perikanan Negeri Johor

Pejabat Perikanan Negeri Johor Pejabat Perikanan Negeri Johor

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM DAERAH KOTA TINGGI (DUN PASIR RAJA)11 Ogos 2026 | Jeti Kampung Baru...
14/08/2026

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM DAERAH KOTA TINGGI (DUN PASIR RAJA)

11 Ogos 2026 | Jeti Kampung Baru Sungai Telor, Kota Tinggi, Johor

Jabatan Perikanan Negeri Johor telah menganjurkan Program Pelepasan Benih Udang Galah ke Perairan Umum Daerah Kota Tinggi (DUN Pasir Raja) yang berlangsung di Jeti Kampung Baru Sungai Telor, Kota Tinggi, Johor

Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr.Haji Adham bin Baba. Turut hadir sama ialah Pengarah Perikanan Negeri Johor, Puan Hajah Rosmawati Binti Ghazali, Ketua Kampung, serta ketua-ketua jaringan perikanan daerah Kota Tinggi.

Program ini turut disertai oleh 30 orang komuniti nelayan darat setempat sebagai tanda sokongan terhadap usaha konservasi sumber perikanan darat. Dalam ucapan perasmian, YB Dato'Seri Dr Haji Adham bin Baba melahirkan penghargaan kepada Jabatan Perikanan atas inisiatif membantu meningkatkan hasil pendaratan komuniti nelayan melalui Program Pelepasan Benih Ikan dan Udang ke Perairan Umum serta memohon agar lebih banyak kemudahan pendaratan ikan dibangunkan. Beliau turut berpesan agar komuniti nelayan turut sama bersama Jabatan Perikanan melaksanakan pemantauan berkenaan penggunaan peralatan yang tidak dibenarkan dan melaksanakan aktiviti pembasmian ikan asing yang mengancam ekosistem air tawar. Dalam program yang diadalkan, sebanyak 200,000 ekor benih udang galah telah dilepaskan ke perairan umum sebagai salah satu inisiatif Jabatan Perikanan Malaysia dalam memperkayakan stok sumber perikanan darat, memulihara ekosistem perairan serta memastikan kelestarian sumber perikanan demi manfaat komuniti nelayan dan masyarakat setempat.

Semoga usaha berterusan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara sumber perikanan darat dan seterusnya menjamin kelestarian sumber perikanan untuk kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM DAERAH TANGKAK (DUN BUKIT GAMBIR)10 Ogos 2026, Tangkak - Jabatan Pe...
12/08/2026

PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH KE PERAIRAN UMUM DAERAH TANGKAK (DUN BUKIT GAMBIR)

10 Ogos 2026, Tangkak - Jabatan Perikanan Negeri Johor telah menganjurkan Program Pelepasan Benih Udang Galah ke Perairan Umum Daerah Tangkak (DUN Bukit Gambir) yang berlangsung di Pangkalan Nelayan Darat (Jeti 100), Jeti Kg. Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Tangkak, Johor

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sahrihan Bin Jani, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Turut hadir ialah Pengarah Perikanan Negeri Johor, Puan Hajah Rosmawati Binti Ghazali, Pegawai Daerah Tangkak, serta ketua-ketua jaringan perikanan daerah Tangkak.

Program ini turut disertai oleh 20 orang komuniti nelayan darat setempat sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemuliharaan dan pengayaan sumber perikanan darat.

Sebanyak 200,000 ekor benih udang galah telah dilepaskan ke perairan umum sebagai salah satu inisiatif Jabatan Perikanan Malaysia dalam memperkayakan stok sumber perikanan darat, memulihara ekosistem perairan serta memastikan kelestarian sumber perikanan demi manfaat komuniti nelayan dan masyarakat setempat. Dalam ucapan aluan Pengarah Perikanan Negeri Johor, Puan Hajah Rosmawati Binti Ghazali memohon kerjasama Ketua-Ketua Jaringan Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri Johor dikekalkan meliputi pemantauan terhadap penggunaan peralatan yang dilarang, aktiviti pelepasan ikan asing ke perairan umum dan pelaporan pendaratan hasil tangkapan secara berkala.

Semoga usaha berterusan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara sumber perikanan darat dan seterusnya menjamin kelestarian sumber perikanan untuk kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi

Assalamualaikum dan Salam SejahteraSEBUTHARGA : CADANGAN MENAIK TARAF JETI PASCA TUAI TERNAKAN KERANG, PROJEK ESTET KERA...
10/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SEBUTHARGA : CADANGAN MENAIK TARAF JETI PASCA TUAI TERNAKAN KERANG, PROJEK ESTET KERANG NEGERI JOHOR MY KP SUNGAI BAGAN LAUT, RENGIT, BATU PAHAT. (NEGERI-MANUAL)
DOF.JHR.UKP(SH/RJ5T)13/2026

: 11.08.2026 SELASA 10.00 PAGI: PENDAFTARAN
11.00 PAGI:
TAKLIMAT SEBUT HARGA
TEMPAT: PEJABAT PERIKANAN DAERAH BATU PAHAT, JKR NO.1444, JALAN PANTAI, 83000 BATU PAHAT, JOHOR.
IKLAN TUTUP PADA : 18.08.2026 SELASA, JAM 12.00 T/HARI)

06/08/2026

Tahukah anda Malaysia adalah antara 17 negara megadiversiti di dunia? 🇲🇾🐠

Namun, spesies ikan asli dan hidupan air tawar kita kini semakin terancam akibat:

❌ Pembukaan tanah

❌ Pengubahsuaian sungai

❌ Pelepasan spesies ikan asing

Kita mampu mengubahnya! Mari bersama Jabatan Perikanan Malaysia untuk dengan:

👥 Memantau ekosistem sungai komuniti anda

🐟 Mempromosikan spesies ikan tempatan

🚫 Tidak melepaskan ikan asing ke dalam sungai

Jaga sungai kita, pelihara warisan akuatik kita! ❤️🌊

🌐 Maklumat lanjut: www.dof.gov.my

06/08/2026
06/08/2026

– Sebanyak 20 tukun tiruan berbentuk ‘kuboid juvenil’ dilabuhkan di sekitar perairan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu yang bertujuan untuk meningkatkan perlindungan habitat marin yang menjadi sumber perikanan negara di sekitar kawasan kepulauan berkenaan. Inisiatif berkenaan juga dil.....

20 TUKUN TIRUAN KUBOID PENGHALANG PUKAT TUNDA DILABUHKAN DIPERAIRAN MERSING Mersing, 4 Ogos 2026 - Jabatan Perikanan Mal...
06/08/2026

20 TUKUN TIRUAN KUBOID PENGHALANG PUKAT TUNDA DILABUHKAN DIPERAIRAN MERSING

Mersing, 4 Ogos 2026 - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah melabuhkan sebanyak 20 unit Tukun Tiruan Kuboid Juvenil Penghalang Pukat Tunda di perairan Pulau Tinggi dan Pulau Sibu, Mersing sebagai langkah memperkukuh perlindungan habitat marin, meningkatkan sumber perikanan serta membendung pencerobohan aktiviti pukat tunda di kawasan pesisir pantai.

Program itu menyaksikan 10 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Pulau Tinggi dan 10 unit lagi di Pulau Sibu. Setiap struktur seberat kira-kira 17 tan direka bentuk sebagai habitat perlindungan hidupan marin, kawasan agregasi ikan serta penghalang fizikal kepada aktiviti penangkapan ikan yang boleh menjejaskan ekosistem dasar laut.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Md. Israk bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, Puan Rosmawati binti Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Johor serta wakil-wakil agensi berkaitan.

Dimajlis yang sama telah dijalankan penyerahan Kit Pengenalan Ketua Jaringan Perikanan (KJP) Daerah Mersing. Seramai 16 Orang KJP Daerah Mersing menerima baju korporat dan beg kalis air sebagai jasa dan penghargaan membantu menyampaikan dasar kerajaan serta menyelaras program komuniti perikanan di peringkat akar umbi dibawah Program Kesukarelawan Perikanan.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi


05/08/2026
03/08/2026

Sorotan video Lawatan Rasmi YB Tuan Haji Md Israk bin Abdullah dan YB Tuan Sahrihan bin Jani, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor ke Jabatan Perikanan Negeri Johor

Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi


Address

Kompleks Perikanan Negeri
Negeri

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075104808

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share