SPRM Negeri Sembilan

SPRM Negeri Sembilan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan

KUNJUNGAN HORMAT SKMM KE PEJABAT SPRM NEGERI SEMBILANSEREMBAN, 13 Mei 2026 – SPRM Negeri Sembilan hari ini telah menerim...
13/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT SKMM KE PEJABAT SPRM NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 13 Mei 2026 – SPRM Negeri Sembilan hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri SKMM, Tuan Hj Bukhari bin Yahya.

Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail bersama barisan pegawai.

Antara intipati pertemuan adalah pertukaran pandangan berhubung peranan membanteras rasuah dan kerjasama strategik melalui program kesedaran kepada masyarakat disamping perbincangan cadangan pemantapan budaya integriti warga SKMM.





29/04/2026
π™†π™€π™‰π˜Όπ™‹π˜Ό π™Šπ™π˜Όπ™‰π™‚ β€œπ˜½π˜Όπ™„π™†β€ π˜½π™Šπ™‡π™€π™ƒ π™π™€π™π™…π™€π˜½π˜Όπ™† π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒ?Bukan kerana mereka berniat jahat.Tetapi kerana keputusan kecil yang berulang…...
28/04/2026

π™†π™€π™‰π˜Όπ™‹π˜Ό π™Šπ™π˜Όπ™‰π™‚ β€œπ˜½π˜Όπ™„π™†β€ π˜½π™Šπ™‡π™€π™ƒ π™π™€π™π™…π™€π˜½π˜Όπ™† π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒ?

Bukan kerana mereka berniat jahat.
Tetapi kerana keputusan kecil yang berulang… akhirnya menjadi kebiasaan.

Dalam siri ini, kita lihat bagaimana ia boleh berlaku:
β€’ Bermula dengan perkara kecil yang dinormalisasikan
β€’ Tekanan kerja yang membuatkan kita rasa β€œtiada pilihan”
β€’ Konflik kepentingan yang dianggap remeh
β€’ Budaya organisasi yang membenarkan ia berterusan

Hakikatnya, rasuah jarang berlaku secara tiba-tiba.
Ia terbina sedikit demi sedikit β€” tanpa kita sedar.

πŸ’­ Pernah tak kita berada dalam situasi yang β€œnampak biasa”… tapi sebenarnya salah?

Integriti bukan diuji ketika mudah,
tetapi ketika kita berdepan pilihan yang sukar.

πŸ“Œ Setiap keputusan ada kesan.
πŸ“Œ Setiap kompromi ada akibat.





26/04/2026
Majlis Penyerahan Masjid Kampung Terentang, Kuala Pilah
25/04/2026

Majlis Penyerahan Masjid Kampung Terentang, Kuala Pilah

Salam Aidil Fitri 1 Syawal 1447H @ 21 Mac 2026. Maaf Zahir & Batin.Syawal tiba sebagai tanda kemenangan selepas sebulan ...
19/03/2026

Salam Aidil Fitri 1 Syawal 1447H @ 21 Mac 2026.
Maaf Zahir & Batin.

Syawal tiba sebagai tanda kemenangan selepas sebulan kita mendidik diri dengan nilai kesabaran dan keikhlasan.

Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadan diterima dan diberkati.
Dalam kemeriahan Syawal ini, marilah kita terus menolak rasuah dan bersama membina masyarakat yang bersih dan adil



18/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Pengarah Dan Seluruh Warga SPRM Negeri Sembilan.

Semoga segala amal ibadah sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati oleh Nya. Dalam keindahan menyambut Syawal yang bakal tiba, semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan, ketenangan serta terus menghayati nilai integriti, amanah dan kejujuran dalam setiap tindakan.

Maaf zahir dan batin. Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati.





SPRM NEGERI SEMBILAN SANTUNI GOLONGAN ASNAFSEREMBAN, 18 Mac-Dalam menyemarakkan semangat keprihatinan dan kasih sayang s...
18/03/2026

SPRM NEGERI SEMBILAN SANTUNI GOLONGAN ASNAF

SEREMBAN, 18 Mac-Dalam menyemarakkan semangat keprihatinan dan kasih sayang sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan terus mengorak langkah menyantuni golongan yang memerlukan melalui penganjuran program penyampaian sumbangan kewangan kepada keluarga asnaf.

Hasil daripada keikhlasan dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan pegawai serta kakitangan SPRM Negeri Sembilan, sejumlah sumbangan telah berjaya dikumpulkan bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

Seramai lapan penerima daripada keluarga asnaf telah dikenal pasti sebagai penerima sumbangan, yang bukan sekadar bantuan kewangan, malah menjadi lambang keprihatinan serta menyuntik sinar harapan dan kegembiraan dalam persiapan mereka menyambut Syawal.

Penyampaian telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi SPRM Negeri Sembilan PPj Mohamad Fareez bin Mohd Zawawi.

Dengan penuh rasa empati dan keinsafan, usaha ini mencerminkan komitmen berterusan warga SPRM dalam menyemai nilai kemanusiaan. Inisiatif murni ini bukan sahaja diharap dapat meringankan beban golongan penerima, malah menjadi simbol kukuhnya semangat kebersamaan, keprihatinan dan solidariti dalam kalangan warga SPRM, terutamanya dalam menghayati erti sebenar Ramadan.





Warga Majlis Daerah Rembau Komited Perangi Rasuah Melalui Ikrar Bebas RasuahRembau,12 Mac 2026 – Ikrar Bebas Rasuah (IBR...
12/03/2026

Warga Majlis Daerah Rembau Komited Perangi Rasuah Melalui Ikrar Bebas Rasuah

Rembau,12 Mac 2026 – Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Majlis Daerah Rembau telah diadakan dengan penyertaan hampir 100 warga kerja dan Ahli Majlis Daerah Rembau sebagai komitmen memperkukuh budaya integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah dalam perkhidmatan awam melibatkan hampir 100 orang warganya dan Ahli Majlis. Majlis ikrar tersebut telah dipimpin oleh Encik Mohd Hisham bin Abdul Malik dan disaksikan oleh PPj Fatimah binti Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, berucap dan menyeru seluruh warga Majlis Daerah Rembau agar sentiasa memperkukuh tadbir urus organisasi dengan menambah baik sistem dan prosedur kerja bagi menutup ruang serta peluang yang boleh mendorong kepada salah laku integriti dan rasuah.

Terdahulu, Ps Mohd Adib bin Othman telah menyampaikan ceramah bertajuk β€œRasuah: Punca dan Kesan” yang memberi pendedahan mengenai faktor-faktor berlakunya rasuah serta kesan buruknya terhadap organisasi, masyarakat dan negara.





SPRM NEGERI SEMBILAN MENGADAKAN SESI TAZKIRAH BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1447HSEREMBAN, 11 MAC – Suruhanjaya Pencegahan Ra...
11/03/2026

SPRM NEGERI SEMBILAN MENGADAKAN SESI TAZKIRAH BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1447H

SEREMBAN, 11 MAC – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah mengadakan satu sesi tazkirah bersempena bulan Ramadan 1447H yang berlangsung di Dewan Transformasi SPRM Negeri Sembilan. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), iaitu Ustaz Abdul Hadi bin Abdul Aziz dengan tajuk β€œLailatulqadar Dulu Baru Raya”.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail; Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Sembilan, PKPj Mohd Yussof bin Awang Osman; Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan, PPj Fatimah binti Hamid; serta pegawai dan kakitangan SPRM Negeri Sembilan yang lain.

Selain itu, satu kaunter zakat turut dibuka oleh MAINS sepanjang sesi tazkirah tersebut bagi memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan SPRM Negeri Sembilan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah dan zakat pendapatan dengan lebih mudah dan teratur.

Penganjuran sesi tazkirah ini bertujuan untuk memberi pengisian rohani kepada warga SPRM Negeri Sembilan, khususnya dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan serta meningkatkan kefahaman mengenai kelebihan malam Lailatulqadar. Disamping itu, program ini juga diharapkan dapat memupuk nilai integriti, memperkukuh jati diri serta menggalakkan pegawai dan kakitangan untuk terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan ketika melaksanakan tugas.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ ΩΩ„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali" Takz...
09/03/2026

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ ΩΩ„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali"

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Hazilawati binti Hassan.

"Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha" (Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, sejahterakanlah, dan maafkanlah dia)

Aamin YRA.

Address

Nilai
70700

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+6067625446

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM Negeri Sembilan:

Share